Wednesday, August 8, 2018

Apabila murid gembira


Saya kira, saya yang gembira hari ini dalam kelas sirah, berkaitan Hijrah Rasulullah ke Madinah. Dalam sirah, teknik penceritaan memainkan elemen penting dalam memastikan sampai atau tidak jalan cerita dan sesuatu ibrah di sebalik sirah. Kisah hijrah, suatu kisah penuh debaran, terutama apabila tiba pada bahagian puncak cerita para musyrikin ingin membunuh baginda. 


Apabila murid-murid mula menunjukkan emosi takut seolah-olah telah berada di Mekah dan menggambarkan seolah-olah diri mereka yang dikejar musuh dan memberikan respon seolah-olah tidak sabar untuk mengetahui pengakhiran cerita, "Ustazah, lepas tu Rasulullah selamat tak?".  Maka, makin bersemangat ustazah bercerita. "Sabar... ustazah nak ceritalah ni."


Paling seronok, apabila di pengakhiran kisah murid-murid melompat sambil bersorak menyebut 'yeay!' apabila Rasulullah dan Abu Bakar BERJAYA sampai ke Madinah dan bertepuk tangan mendengar happy ending kisah ini. 


Sebagai guru, saya dapat rasakan kegembiraan dan keterujaan mereka. Seperti biasa saya akan menambah kefahaman mereka dengan selingan sedutan video Muhammad Utusan Terakhir. Terdengar suara murid-murid berbisik sesama mereka "Eh, samalah macam ustazah cerita tadi!". Mestilah sama anak-anak oiii. Haha. Akhirnya kami beraktiviti dengan menterjemahkan kisah perjalanan Hijrah Rasulullah dalam bentuk model peta seperti dalam gambar. 




Dalam sesuatu pengajaran dan pemudahcaraan, emosi positif yang ditunjukkan oleh guru akan dapat dirasai murid-murid seterusnya akan mengembalikan aura yang baik kepada diri seorang guru terutama setelah tercapainya sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Murid gembira, ustazah bertambah-tambah gembira!A

Seronok melihat respon murid,
7 Ogos 2018 (Selasa)

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah ustazah. Agaknya ustazah pun mahir bercerita sebab tu murid suka. Idea aktiviti tu pun kreatif dan menarik. Dan agaknya mampu tak mereka ni rungkaikan teladan daripada kisah hijrah Nabi Muhammad SAW? :D

Humaira said...

Tidaklah terlalu mahir. Masih dalam proses belajar. Alhamdulillah. In shaa Allah, salah satu isi penting yang ditekankan dalam PdPC Sirah adalah pengajaran dari sesebuah kisah yang telah dipelajari. Murid akan dipandu untuk proses sumbang saran ibrah dari kisah yang telah dipelajari dan sekiranya ibrah tersebut 'lari' dari kisah yang dipelajari, maka tugas guru untuk memperbetulkan kefahaman murid.

Anonymous said...

Dah ada. Baguslah kalau macam tu. PdPC tu apa?

Humaira said...

Pengajaran dan pemudahcaraan. Istilah baharu, dulu pdp je 😅