Thursday, November 29, 2018

KOPI




Falsafah kopi itu,
dekat dengan kehidupan,
fitrahnya pahit,
dihirup pelan,
dinikmati pejam,
rupanya tersembunyi manis dalam diam.


17.11.2018,
Bintulu.

Saturday, November 24, 2018

Kreatif dengan Microsoft Power Point (Ep:13), Design 2018


Bismillahirrahmanirrahim

Sungguh cepat masa berlalu. Tanpa sedar telah berada dipenghujung 2018. Jujur dikatakan, banyak ujian sepanjang tahun 2018. Pelbagai kisah telah berlaku. Yang senang, yang tenang, yang sukar, yang susah kini telah berlalu. Hanya tinggal hikmah dan pengajaran untuk diamati. Sesukar apa pun yang terjadi, pasti kerana TuhanMu yang telah mengeluarkan dari mehnah tersebut. Sesenang apa pun pasti segalanya berlaku dengan hanya izin TuhanMu. Syukur dan terus syukur hanya jalan terbaik. Sentiasa berbaik sangka. Apa yang diatur dan ditakdirkan TuhanMu itu baik-baik belaka. Hanya itu kata-kata pemujuk jiwa. Bak kata Qawalun, “: "Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Tapi kami selalu berprasangka baik kepada Allah!". Bulan 12, cabaran terakhir tahun ini dalam untuk membentangkan hasil kajian penyelidikan dan kajian bebas. Mohon dokongan doanya!



Jom saya kongsikan beberapa hasil design saya sepanjang tahun 2018. Moga memberi inspirasi untuk idea yang lebih baik!


Banner Maulidur Rasul


Poster Ceramah Keibubapaan

 Poster Hari Raya

Banner Majlis Khatam al-Quran

Kad Jemputan Majlis Khatam al-Quran
 


 Kad Jemputan Viral Pertandingan Pidato (Link softcopy ada dipost Facebook saya






 Banner Majlis Solat Hajat


  Banner Majlis Persaraan Guru Besar

 Poster NSK


 Poster I Love School


Setakat ini sahaja perkongsian. Untuk melihat lebih banyak design saya, boleh follow instagram saya dan lihat hashtag #anishumairadesign 






 Terima Kasih!


25 November 2018 (Ahad),
Dah balik Kelate.



Saturday, November 10, 2018

Produk terbaik untuk kulit berjerawat


Bismillahirrahmanirrahim
Tajuk post ni macam nak jual produk je kan. Tapi tak, sekadar perkongsian. Kulit muka adalah anugerah dan amanah daripada Allah untuk kita jaga, selain untuk disyukuri, kulit yang sihat juga membuatkan kita semakin yakin untuk berhadapan dengan manusia lain kan?



Baru-baru ini, rakan sekerja bertanya, “Kulit you makin ok lah, you pakai apa ye sekarang?”. “Eh, akak ingat ke kulit saya dulu macam mana?”, saya bertanya kembali, terkejut juga rakan sekerja masih ingat rupa saya yang dahulu. Yelah, dah lima tahun berlalu dari zaman mula-mula posting dahulu. “Eh, mestilah ingat, dulu teruk juga kan jerawat you?”


Ya, beberapa tahun dahulu, memang diuji sungguh. Gara-gara menjadi mangsa kerakusan penjual kosmetik ni. Pada tahun 2012, saya terjebak dengan produk kecantikan tempatan SF ****ty.  Teringin nak kulit licin kononnya. Memang saya dapat apa yang saya nak, dalam 2,3 bulan kulit memang cantik sungguh-sungguh. Licin sangat, tapi akibatnya saya tanggung beberapa bulan selepas tu apabila jerawat mula naik. Sedangkan kulit saya yang asal tidak pernah ada jerawat (kecuali apabila minggu datang bulan) dan  tidak mempunyai sebarang masalah. Kesan penggunaan produk tersebut, kulit saya break out teruk. Bukan untuk beberapa bulan ye, tapi untuk 4 TAHUN. Sedihkan? Masa tu baru faham perasaan orang yang Allah uji kulit berjerawat ni. Jadi, pelbagai produk saya cuba untuk pulih seperti biasa. Duit tak yah cakap berapa banyak saya habiskan untuk pulihkan kulit. Produk mahal (Shaklee Set Enfuselle, Cetaphil, Khan Skincare dan lain-lain) dan produk murah semua saya cuba. Tapi Allah masih belum izinkan untuk pulih.

 Sebelum kejadian break out

 


Kulit ketika break out, teruk kan?



Pada tahun 2017, saya cuba produk Himalaya selepas ternampak kakak ipar saya pakai hehe. Alhamdulillah, setelah istiqamah, dalam masa 3 bulan, jerawat saya mula berhenti dan selepas tu saya masih teruskan penggunaan produk ni sehingga akhirnya parut pun mula hilang. Kuncinya, kena SABAR DAN ISTIQAMAH. Hebat penangan Himalaya ni, mula-mula saya seorang sahaja yang pakai produk ni, selepas nampak kesan yang sangat positif, ketiga-tiga housemates saya pun terjebak dengan Himalaya. Sekarang, rakan sekerja pula. Untuk permulaan, saya hanya pakai pencuci muka, toner dan krim siang sahaja. 






Neem Face Wash ni tak ada paraben, SLS/SLES, dan phthalates. Mengandungi 100% herbal actives. Sesuai untuk mereka yang nak kulit bersih dari masalah. Yang penting dermatological tested. Himalaya memang terkenal dengan Neem Face Wash ni. Pencuci muka Himalaya, mula-mula saya pakai agak kering untuk kulit saya, tapi alhamdulillah sekarang dah sesuai dan serasi dengan saya. Jadi korang sebelum beli yang pack besar, boleh beli pack percubaan dahulu untuk lihat keserasian kulit.

                                                              Toner yang sangat best


Krim siang


Alhamdulillah, dalam masa tiga bulan sudah menampakkan hasil yang sangat positif.  Sekarang tadaaaaa, full set Himalaya termasuk untuk rambut, krim mata pun saya pakai yang Himalaya. Krim malam himalaya korang wajib cuba, pakai sebelum tidur, sekiranya korang ada jerawat atau bintik-bintik di muka, bangun dari tidur korang akan rasa perubahannya.





Selain itu, yang sangat membantu dalam mengatasi masalah jerawat adalah penggunaan Dalacin T


Dalacin T ni adalah sejenis antibiotik yang akan meresap ke dalam darah untuk melawan bakteria penyebab jerawat. Dalam bentuk cecair. Sangat membantu, kalau ada jerawat yang baru tumbuh, terus dab, jerawat akan terus kecut. Korang boleh cari di farmasi.



Dalacin T ni mengandungi antibiotik jenis Clindamycin Phosphate yang diuji secara klinikal dapat menghalang pertumbuhan bakteria Propionibacterium acnes yang banyak menyebabkan jerawat.
 

Tidak dilupakan, sepanjang proses untuk pulih kulit, saya juga ada consume Dianz Vitamin C & E. Dalam 10 botol juga untuk dapatkan hasil. Alhamdulillah kulit makin sihat, kurang berminyak dan makin lembut. Sekarang walaupun dah berhenti consume vitamin ni, tapi kulit masih tetap sihat.
 



 Dianz vitamin old pack yang saya consume dulu



Tips paling penting adalah DOA. Minta kesembuhan daripada Allah. Macam kelakar kan, tapi waktu kulit break out tu memang perasaan saya down dan malu. Pakai bedak tebal, walaupun tahu kalau pakai bedak makin teruk kulit kita. Jadi, doa jangan putus ye. Boleh jadi, produk yang serasi untuk orang lain belum tentu serasi dengan kita. Jadi berdoa supaya Allah temukan dengan solusi yang terbaik. Kulit berjerawat ni ujian besar untuk kaum wanita kan? Mana-mana yang sedang mencari solusi, boleh cuba tips di atas ye. Mana tahu sesuai untuk kulit korang. Semoga Allah beri kesembuhan bagi yang sedang mencari solusi.


Kulit saya sekarang. Alhamdulillah.

Sekadar berkongsi,
11.11.2018 (Ahad)
Bintulu, Sarawak.