Saturday, June 27, 2020

Amalan Perlindungan Rumah



๐ŸŒœDaripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

ู„ุงَ ุชَุฌْุนَู„ُูˆุง ุจُูŠُูˆุชَูƒُู…ْ ู…َู‚َุงุจِุฑَ ، ุฅِู†َّ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†َ ูŠَู†ْูِุฑُ ู…ِู†َ ุงู„ْุจَูŠْุชِ ุงู„َّุฐِูŠ ุชُู‚ْุฑَุฃُ ูِูŠู‡ِ ุณُูˆุฑَุฉُ ุงู„ْุจَู‚َุฑَุฉِ

Maksudnya: “Jangan kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.” Riwayat Muslim (780) dan al-Nasa’ie (10735)

๐ŸŒœMenurut Ibnu Mas’ud R.A pula, kata beliau:

ุฅِู†َّ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†َ ุฅِุฐَุง ุณَู…ِุนَ ุณُูˆุฑَุฉَ ุงู„ْุจَู‚َุฑَุฉِ ุชُู‚ْุฑَุฃُ ูِูŠ ุจَูŠْุชٍ، ุฎَุฑَุฌَ ู…ِู†ْู‡ُ

Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan, apabila mendengar surah al-Baqarah dibacakan di dalam rumah, maka dia akan keluar daripada rumah tersebut.” Riwayat al-Tabrani dalam Mu’jam al-Kabir (8642) dan al-Darimi (3422)

๐ŸŒœDalam sebuah hadis riwayat daripada Ubai ibn Ka'ab, bahawa beliau mempunyai tempat pengeringan kurma yang di dalamnya berisi kurma yang sedang dijaganya. Beliau kemudian mendapati kurma tersebut berkurangan. Tiba-tiba terdapat seekor binatang sebesar anak yang baru baligh. Dia berkata padanya: “Apakah engkau jin atau manusia?” Dia menjawab: “Aku adalah jin”. Dalam riwayat ini jin tersebut mengatakan padanya: “Telah sampai berita kepada kami bahawa engkau suka bersedekah. Maka aku ingin mendapat sebahagian daripada makanan yang engkau hendak sedekahkan itu.” Lalu Ubai bin Ka’ab bertanya:

ูَู…َุง ุงู„َّุฐِูŠ ูŠُุฌِูŠุฑُู†َุง ู…ِู†ْูƒُู…ْ؟ ู‚َุงู„َ : ู‡َุฐِู‡ِ ุงู„ุขูŠَุฉُ ุขูŠَุฉُ ุงู„ْูƒُุฑْุณِูŠِّ ، ุซُู…َّ ุบَุฏَุง ุฃُุจَูŠٌّ ุฅِู„َู‰ ุงู„ู†َّุจِูŠِّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ูَุฃَุฎْุจَุฑَู‡ُ ูَู‚َุงู„َ ุงู„ู†َّุจِูŠُّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ : ุตَุฏَู‚َ ุงู„ْุฎَุจِูŠุซُ

Maksudnya: “Apakah yang dapat melindungi kami daripada gangguanmu?” Jin tersebut berkata: “Ayat ini, iaitu Ayat Kursi.” Keesokan harinya, Ubai menceritakan apa yang dikatakan oleh jin tersebut kepada Nabi SAW, maka Nabi SAW bersabda: “Jin itu benar.” Riwayat al-Nasa’ie (10796)

๐ŸŒœNabi SAW juga mengajar kita untuk membaca doa ketika ingin masuk ke dalam rumah. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

ุฅِุฐَุง ุฏَุฎَู„َ ุงู„ุฑَّุฌُู„ُ ุจَูŠْุชَู‡ُ ูَุฐَูƒَุฑَ ุงู„ู„َّู‡َ ุนِู†ْุฏَ ุฏُุฎُูˆู„ِู‡ِ، ูˆَุนِู†ْุฏَ ุทَุนَุงู…ِู‡ِ، ู‚َุงู„َ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†ُ: ู„َุง ู…َุจِูŠุชَ ู„َูƒُู…ْ ูˆَู„َุง ุนَุดَุงุกَ، ูˆَุฅِุฐَุง ุฏَุฎَู„َ ูَู„َู…ْ ูŠُุฐْูƒَุฑِ ุงู„ู„َّู‡َ ุนِู†ْุฏَ ุฏُุฎُูˆู„ِู‡ِ ู‚َุงู„َ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†ُ: ุฃَุฏْุฑَูƒْุชُู…ُ ุงู„ْู…َุจِูŠุชَ

Maksudnya: “Apabila seseorang masuk ke dalam rumahnya, kemudian dia mengingati Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan berkata (kepada temannya): ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingati Allah (bismillah dan jangan lupa mengucapkan salam) ketika masuk, maka syaitan berkata: ‘Kamu memperoleh tempat menginap’.”

Riwayat Muslim (2018), Abu Daud (3765)

❥︎Setelah berbulan tinggalkan rumah, berjiran pula rumah sebelah yang dah hampir 3,4 tahun ditinggalkan, masih berkongsi dinding dan pagar yang sama, rumputnya dah kian meninggi, dan mula menjalar naik ke dinding rumah tanpa kami tahu siapa pemilik rumah, ada baiknya kami 'memagar rumah' semula. Tujuh tahun di rumah ini dengan pelbagai kisah sejak dari minggu pertama di di sini. Disebalik pelbagai kisah mistik, ada satu kisah yang kami takkan lupakan di rumah ni. Kisahnya...suatu hari, salah seorang dari kami mendakwa terdengar bunyi seolah-olah ada seseorang mengetip kuku di malam hari, cuba bayangkan kau duduk dalam bilik seorang diri di malam hari, tiba-tiba terdengar orang ketip kuku, ketik...ketik..ketik. Bila housemate ni bertanya kepada yang lain, siapa yang potong kuku malam tadi? Semua orang menidakkan. Lalu, rasa-rasanya siapa yang memotong kuku tadi? Hmmm siasat punya siasat, beberapa hari kemudian terjawab persoalan kami. Rupa-rupanya bukan bunyi orang ketip kuku, tapi itu bunyi pencuri memotong pagar dawai rumah kami haha. Punyalah tak perasan. Selepas tu kami terus pergi balai buat laporan cubaan pecah masuk untuk kali kedua. 

Sesungguhnya Allah SWT lah sebaik-baik pelindung dan tempat pergantungan. 

ู‚ُู„ ู„َّู† ูŠُุตِูŠุจَู†َุง ุฅِู„َّุง ู…َุง ูƒَุชَุจَ ุงู„ู„َّู€ู‡ُ ู„َู†َุง ู‡ُูˆَ ู…َูˆْู„َุงู†َุง ۚ ูˆَุนَู„َู‰ ุงู„ู„َّู€ู‡ِ ูَู„ْูŠَุชَูˆَูƒَّู„ِ ุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ُูˆู†َ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal". (Surah al-Taubah: 51)

Bintulu,
27 Jun 2020

Saturday, June 20, 2020

Jodoh


Bismillahirrahmanirrahim


Untuk kali pertamanya aku membicarakan soal jodoh. Dahulu, sewaktu usia awal 20 an, aku pernah melihat seorang kakak yang baik akhlaknya, cantik orangnya dan seorang penghafal al-Quran hampir melewati 30 an tapi belum menikah. Aku pelik dan penuh persoalan. Kenapa kakak itu belum bernikah. Melepasi 30 an, akhirnya dia menikah. Aku melihat, ada sahabatku menikah di usia sangat muda ketika masih riang riang peribadinya. Akhirnya aku faham. Nikah ini adalah soal rezeki. Bukan soal orang cantik, nikahnya awal. Orang baik nikahnya awal. Bukan dan bukan. Semuanya soal rezeki. Seperti rezeki yang lain. Ada orang punya kereta pada usia 19 tahun. Ada orang punya kereta pada usia 30 tahun. Rezeki kamu dan aku berbeza.



Beberapa tahun yang lalu, ketika adik aku menyatakan hasratnya untuk menikah, dia bertanya bersungguh-sungguh. "Kak nis tak kisah ke?" Maksudnya adakah aku izinkan dia kahwin dahulu sebelum aku. Begitu juga mak dan abah yang risaukan perasaanku. Jujur, sewaktu aku mengetahui perkara tersebut perasaanku bercampur baur. Tetapi aku gembira. Kerna dia adik aku.


Tapi ada satu peristiwa sewaktu majlis pernikahan adikku sedikit meninggalkan kesan pada diriku. Ada seorang tetamu yang mempersoalkan tentang jodohku sehingga mencadangkan untuk aku mandi bunga dan sebagainya. Dia seolah olah berbangga kerana anaknya yang sebaya denganku telah bernikah. Saat tu, kerna usianya yang lebih tua dari ayahku, aku tetap senyum mendengar setiap patah katanya sehinggalah abangku datang menyapa pak cik tersebut. Saat itu, akupun mengambil kesempatan untuk segera bangun. 


Bukan tidak ada yang meminang tapi fahamilah bahawa jika datang 1000 lelaki yang meminang dan aku bercinta dengan 1000 lelaki sekalipun jika dia bukan jodohku dan bukan rezekiku maka Allah takkan mengizinkan aku bernikah.


Aku tidak menyesal menolak lamaran-lamaran yang lepas kerana itu adalah jalan hidupku dan itulah pengalaman untukku. Beberapa bulan lagi sebelum aku berusia 30 tahun dan rasa untuk berteman tetap ada. Mungkin kurangku pada akhlakku, pada keimananku, pada diriku. Aku kenal kekurangan diriku.


Menulis, mengembara adalah cara untuk aku mengisi ruang dalam hatiku kerna itulah rezekiku dan aku bersyukur kerna terlalu banyak rezeki yang telah Dia kurniakan padaku. Masakan kerna kurangnya satu rezeki ini menjadikan aku seorang kufur nikmat. Doaku, siapapun kamu, kamulah cinta pertamaku. Aku berusaha memelihara diriku dalam kepayahan melawan nafsuku. Ada kala aku jatuh tapi aku bangun kembali. Aku berusaha menjaga pergaulanku sehingga ramai yang menyangkaku sombong padahal sombongku adalah kerna itu adalah tembok yang akan memelihara diriku. Aku berusaha dan aku sentiasa menanti janji Allah. 


Ya Allah, rezekikan aku seorang lelaki yang akan meminang dan menikahiku. Yang akan menjadi temanku di dunia dan di syurga. Dia benar-benar mencintaiku kernamu ya Allah dan aku juga benar-benar mencintainya keranaMu ya Allah. Temukanlah dan satukanlah kami dalam kebaikan dan keberkatan.


Dan aku sentiasa mengingatkan diriku bahawa hidup ini bukan hanya soal memilih jodoh, tapi soal siapa yang lebih berTAQWA di sisi Allah. Saat hatiku kaya dengan cinta Allah, saat aku mampu mengekang nafsu jahatku dari terus durhaka kepada rabb, saat Allah redha denganku itu pasti lebih baik dari dunia seisinya. Itu persoalan yang lebih besar yang sentiasa membuatkan aku takut. 

Sebuah coretan lalu,
21 September 2019.