Thursday, November 27, 2008

..ciri n HaDIth paLsu y faMous di MaLaYSIA


CIRI-CIRI HADITH PALSU
Hadis-hadis tersebut dapat dikenali pada sanadnya dan juga matannya. Di antara ciri-ciri26 utamanya:-
1]Pengakuan yang dibuat oleh pembuatnya seperti yang diakui oleh Ibn Auja’.
2]Perawinya terkenal pembohong sedangkan hadis yang diriwayatkannya tidak diriwayatkan oleh perawi lain yang kepercayaan.
3]Ia bertentangan dengan fakta sejarah seperti ia meriwayatkan hadis dari guru yang tidak pernah dijumpainya atau pun perawi tersebut dilahirkan setelah ‘gurunya’ meninggal dunia.
4]Makna hadis tidak bertepatan dengan usul Islam.
5]Hadis tersebut tidak terdapat dalam kitab-kitab yang muktabar.
6]Hadis yang berlawanan dengan kaedah Islam.
7]Hadis yang bertentangan dengan dalil-dalil Al-Qur’an dan Hadis.
8]Matannya mengandungi perkataan dan ayat-ayat yang jelik dan janggal di samping maknanya yang rosak.


CONTOH HADITH PALSU YANG POPULAR
a) Azan dan qamat
Ertinya: Barang siapa yang dilahirkan baginya seorang anak lalu ia mengazankan telinga kanannya dan qamat pada telinga kirinya, maka anak ini tidak akan terkena gangguan syaitan.
Hadis ini adalah mauduk, diriwayatkan oleh Ibn Sunni dalam kitab ‘Amalul Yaumi wa Lailah halaman 200. Juga diriwayatkan oleh Ibn Asakir dari jalan Abi Ya’ala dan Ibn Musran dan lain-lainnya. Muhammad Nashruddin al-Bani mengatakan sanad hadis ini mauduk
b) Menuntut Ilmu
Ertinya: Tuntutlah ilmu walau di negeri China.
Hadis ini juga terkenal dan menjadi hujah mengenai kepentingan ilmu. Hadis ini dikategorikan sebagai batil ( باطل ) dan bukan ucapan Rasulullah. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam kitabnya juz kedua, halaman 207; dan oleh Ibn Nu’aim dalam kitab Akhbaru Asbahan juzuk kedua, halaman 106, juga oleh al-Khatib dalam kitab Tarikhul Baghdadi. Kesemua riwayat melalui al-Hasan bin ‘Athiyyah tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Abu ‘Atikah dan dia termasuk dalam rawi yang matruk (ditolak). Rawi inilah yang meriwayatkan dengan ada tambahan ولو بالصين (walau di negeri China). Imam Bukhari mengatakan: Abu ‘Atikah yang tersebut dalam sanad ini adalah yang suka meriwayatkan Mungkar, manakala Iman Nawawi pula mengatakan rawi ini adalah yang tidak kepercayaan ( ليس بثقة )
c)Tauhid
Ertinya: Barang siapa yang mengenal dirinya, maka sesungguhnya dia kenal pada Tuhannya.
Hadis ini juga masyhur dalam pengajian-pengajian ilmu tauhid. Ulama hadis meletakkan hadis ini sebagai ‘tidak ada asalnya’ ( لا اصل له ). Al-Hafiz as-Sakhawi memasukkan hadis ini dalam kitab al-Maqosidul Hasanah, halaman 198. Al-Muzaffar bin al-Sam’ani mengatakan yang hadisini tidak pernah dikenal sebagai hadis marfu’ tetapi ia merupakan ucapan Yahya bin Mu’az al-Razi. Ibn Taimiyyah mengatakan hadis ini mauduk (palsu). Al’Alamah al-Fairuz menyebut perkataan ini bukan sabda Nabi tetapi masyhur di merata tempat dan sebahagian orang telah menjadikannya dalil dan hujah, dan anehnya mereka mengatakannya sebagai sabda Nabi29
d) Asabiah
Ertinya: Cinta tanah air adalah sebahagian daripada iman.
Hadis ini banyak digunakan oleh golongan yang ingin mempertahankan fahaman asabiah. Ulama hadis meletakkan hadis ini di taraf palsu (mauduk). Imam al-Saghghani dan lain-lainnya mengatakan hadis ini hadis mauduk. Makna hadis ini tidak benar kerana sesungguhnya cintakan tanah air setaraf dengan cintakan harta, diri sendiri, anak-anak dan sebagainya. Semua yang disebut itu adalah termasuk dalam perkara naluri atau gharizah yang tidak akan ada pujian bagi yang mencintainya, dan yang demikian itu bukan termasuk daripada bahagian iman kerana ia dipunyai oleh semua manusia sama ada Islam atau kafir
e) Doa
Ertinya: Doa adalah senjata orang Mukmin, tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi.
Hadis ini cukup popular bertujuan untuk menggembirakan orang Islam yang putus harapan dengan hanya berdoa, sedangkan kita disuruh berusaha kemudian barulah bertawakal kepada Allah. Ulama hadis menyifatkan hadis ini sebagai mauduk atau palsu. Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi, Hakim dan al-Qudla’i
daripada jalan al-Hassan bin Hammad az-Zlibi daripada Muhammad bin Hasan al-Zubair al-Hamdani daripada Jaafar bin Muhammad bin Ali bin al-Husain daripada ayahnya daripada datuknya, daripada Ali r.a. Kemudian Imam Hakim mengatakan hadis ini hadis sahih tetapi Imam Muhammad Nashruddin al-Bani menolaknya berdasarkan beberapa alasan berikut:-
a. Hadis ini terdapat sanadnya ada yang putus, sebagaimana kata a-Zahabi sendiri dalam kitabnya Mizan al-I’tidal iaitu antara rawi yang bernama Ali al-Husain dengan datuknya Ali bin Abi Talib.
b. Ada rawi yang bernama Muhammad Hasan al-Hamdani. Rawi ini bukan yang dimaksudkan sebagai kepercayaan sebagaimana pendapat Imam Hakim tetapi rawi ini ialah Muhammad bin al-Hasan bin Abi Yazid al-Hamdani seorang pendusta berdasarkan alasan iaitu; Al-Zahabi sendiri telah menjelaskan hadis dengan mengutip pendapat dari Ibn Ma’in dan lain-lainnya yang mengatakan rawi tersebut adalah pendusta, begitu juga pendapat Ibn ‘Adi; dan Hadis ini disebut dalam kitab al-Haitsami ‘al-Majma’, kemudian beliau berkata: Diriwayatkan oleh Abu Ya’la tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Muhammad bin al-Hasan bin Abi Yazid seorang rawi yang matruk (ditolak).
Ada hadis lain yang darjatnya sahih iaitu, “Doa itu adalah otaknya ibadah.” Oleh itu jika benar hadis di atas itu palsu, cukuplah kita beramal dengan hadis ini dan juga ayat-ayat Quran yang menggalakkan kita berdoa31.

f) Solat
Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.
HADITH MUTAWATIR
Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)


erm begitu banyak hadith palsu yang muncul dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini..
bahkan ramai penceramah bebas tetap menggunakan hadith2 ini sebagai hujah mereka...

No comments: