Thursday, November 27, 2008
..saMbuNgan perBincangan hadiTh palsu
FAKTOR BERLAKU HADITH PALSU
1] Politik
Setelah Rasulullah wafat timbullah perpecahan di kalangan umat Islam kerana perbezaan pendapat mengenai jabatan Khilafah.
CONTOH HADITH PALSU
(a) Barangsiapa ingin melihat Adam tentang ketinggian ilmunya, ingin melihat Nuh tentang taqwanya, ingin melihat Ibrahim tentang kebaikan hatinya, ingin melihat Musa tentang kehebatannya dan ingin melihat Isa tentang ibadatnya, maka hendaklah Ia melihat kepada ‘Ali.
2] Ashabiah
Setelah wafat Rasul, maka penyakit Ashabiah jahiliah itu timbul kembali. Mula-mula antara golongan Anshar dan Muhajirin, kemudian antara qabilah Amawiah dan Hasyimiah dan Abbasiah, kemudian antara bangsa Arab dan bangsa Farsi.
CONTOH HADITH PALSU
(a) Orang-orang yang kepercayaan itu ada tiga orang; Aku (Muhammad), Jibril dan Mu’awiah. (fanatik qabilah Umayyah)
(b) Akulah kota ilmu dan Ali adalah pintunya. (fanatik kepada golongan Hasyimiah dan Abbasiah)
3. Fanatik Mazhab
Perbezaan pendapat mengenai hukum-hukum fiqh akhirnya menimbulkan fanatik mazhab yang memkhinzir buta sehingga mereka sanggup membuat hadith-hadith palsu.
CONTOH HADITH PALSU
(a) Akan ada seorang laki-laki di dalam umatku yang dipanggil Abu Hanifah anNu’man bin Thabit, dia adalah suluh, umatku. (fanatik kepada mazhab Hanafi)
(b) Aku (Muhammad) berimam kepada Jibril di sisi Ka ‘bah, maka Ia mengeraskan bacaan (Bismillah) (fanatik kepada mazhab asy-Syafi’e)
4.Golongan Zindiq dan Munafiq’:
Peluk Islam secara pura-pura, kerana takut, mengikut orang ramai atau sesuatu kepentingan duniawi. Para zindiq dan munafiq memusuhi Islam secara senyap-senyap dari dalam, dan berusaha merosakkan Islam dari dalam dengan membuat banyak hadith palsu. Abdul-Karim bin al-Auja’ sahaja telah mengaku membuat empat ribu Hadith mengenai halal dan haram.
CONTOH HADITH PALSU
(a) Aku (Muhammad) adalah penyudah segala Nabi tiada Nabi lagi sesudahku, kecuali jika dikehendaki Allah swt)
5. Ahli-ahli Bid’ah
Ada golongan sesat yang berpendapat, bahawa Hadith-hadith boleh dibuat untuk menarik orang ke arah ibadat. Menurut mereka dusta kerana kebaikan adalah boleh. Golongan al-Karamiah (Pengikut Muhammad bin Karram as-Sajistani) membuat Hadith-hadith mengenai targhib dan tarhib dan Fadhail al Amal. Dengan demikian, maka banyaklah tersebar dalam masyarakat Islam Hadith-hadith mengenai keutamaan amal dan lahirlah banyak amalan-amalan yang bid’ah,
CONTOH HADITH PALSU
(Tiada seorangpun yang berpuasa pada hari Khamis awal bulan Rajab (solat Raghaaib) di antara ‘Isya dan 1/3 awal malam dua belas rakaat, ia memisahkan antara tiap-tiap dua rakaat dengan satu salam, ia membaca Fatihah sekali pada tiap-tiap rakaat: Inna Anzalnahu Fi Lailatil Qadr tiga kali dan Qul Huwallahu Ahad 12 kali, maka demi Allah subhanahu wa ta'aala yang diriku ini di dalam tangannya, tiada seorangpun yang mengerjakan solat ini melainkan Allah subhanahu wa ta'aala mengampuni semua dosanya walaupun sebanyak buih di laut, walaupun sebilangan pasir, walaupun seberat timbangan gunung-ganang dan dedaun pokok, dan ia akan memberi syafa’at pada hari Qiamat kepada 700 ahli rumahnya yang telah diwajibkan masuk Neraka)
6.Golongan Sufi Yang Keliru/Sesat:
Golongan sufi ini banyak terlibat dengan pembuatan dan mengamalkan Hadith-hadith palsu, antara lain ialah:
Hadith-hadith mengenai keutamaan surah-surah Al-Quran satu persatu yang diriwayatkan dari Ubai bin Ka’ab.
7. Ulama’ As-Su’:
ialah ulama duniawi yang menjual agama dengan dunia dengan harga yang murah, suka menjilat penguasa lalu memutarbelitkan kebenaran dengan membuat Hadith-hadith kerana kepentingan dunia, untuk mendekatkan diri dengan para penguasa.
CONTOH HADITH PALSU
Ghiath bin Ibrahim An-Nakha’ie berkunjung ke istana Al-Mahdi. Di kala itu Al-Mahdi sedang bermain burung dara (merpati) kerana beliau sangat suka dengan burung-burung merpati itu. Maka berkatalah Ghiath:
Rasulullah s.a.w. bersabda: (Tidak ada pertaruhan melainkan pada anak panah, unta atau kuda, atau burung)
8.Tukang-tukang Cerita:
Pendongeng-pendongeng atau penglipur lara banyak mencipta Hadith-hadith palsu yang mengandungi kisah-kisah yang aneh ajaib untuk menarik perhatian orang.
CONTOH HADITH PALSU
Diriwayatkan, bahawa Imam Ahmad dan Ibnu Ma’in bersolat di masjid Rasafah. Setelah selesai solat bangunlah seorang tukang cerita di tengah-tengah orang ramai lalu bercerita: Kami diberitakan oleh Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in yang berkata: Kami diberitakan oleh Abdur-Razaq dari Ma’mar dari Qatadah dari Anas katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mengucapkan Laa Ilaaha Illallah nescaya Allah subhanahu wa ta'aala menjadikan dari tiap-tiap kalimah seekor burung. Paruhnya dari emas dan bulunya dari marjan (bunga batu karang). Kemudian orang itu terus bercerita kira-kira dua puluh halaman kertas.
Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in saling berpandangan. Ahmad bertanya Ibnu Ma’in: Engkaukah yang menceritakan Hadith itu kepadanya? Ibnu Ma’in menjawab: Demi Allah subhanahu wa ta'aala, baru sekarang inilah saya mendengarnya. Setelah selesai orang itu bercerita, maka Ibnu Ma’in memberi isyarat kepadanya lalu ia datang kepada Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Ma’in. Berkata Ibnu Ma’in: Siapakah yang memberitakan Hadith itu kepadamu? Orang itu menjawab: Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in. Ibnu Ma’in berkata: Sayalah Ibnu Ma’in dan ini adalah Ahmad bin Hanbal. Kami tidak pernah mendengar sama sekali Hadith itu dari Rasulullah s.a.w. Orang itu menjawab: Saya selalu dengar bahawa Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in adalah orang bebal, baru sekarang inilah saya dapat mempastikannya. Yahya bertanya: Mengapa demikian? Ia menjawab: Seakan-akan di dunia ini tidak ada Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in selain kamu berdua. Sesungguhnya Hadith ini telah ditulis dari tujuh belas orang yang bernama Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in (Al-Maudhu'at, 1, hal. 46)
9. Orang-orang Yang Mencari Rezeki
Bagi melariskan barang-barang jualan atau menarik orang kepada sumber rezekinya banyaklah pula Hadith-hadith palsu yang dibuat orang.
Antaranya ialah:
Saya mengadu kepada Jibril kerana tidak kuat bersetubuh, maka ia menyuruhku supaya memakan bubur Harisah.
Mu’az bin Jabal berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. adakah anda didatangi makanan dan syurga? Beliau bersabda: Ya, aku didatangkan harisah dari syurga lalu aku memakannya maka Ia menambahkan kekuatanku bagaikan kekuatan empat puluh orang dan menambahkan jimak-ku seperti jimak empat puluh orang.
Misalnya di Malaysia didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Sya`aban maka hadith-hadith palsu mengenai mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadith: "Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku". Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment