Thursday, November 27, 2008

haDitH paLsu



salam kpd semua pengunjung blog iNNiakHaFuLLah [“,] insya allah kali ini ana nk share tentang hadith palsu. Ini adalah berdasarkan apa yang telah ana belajar di IPTAA. Jom kita explore sama-sama….
PENGERTIAN HADITH PALSU
Bahasa ( اسم مفعول ) berasal daripada perkataan وضع الشىء yang mempunyai beberapa pengertian, antaranya menggaris, mereka, menganggur dan melekat2; atau menjatuhkannya kerana tergugur kedudukannya3.
Istilah ialah Hadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara dusta, ianya tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w." (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi `Ulum al-Hadith, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)
Menurut istilah lagi berita yang dibuat-buat terhadap Rasulullah s.a.w sebagai pembohongan terhadap baginda3; atau hadis yang direka atau diada-adakan terhadap Rasulullah s.a.w4.
Ulama hadith mendefinisikannya sebagai apa-apa yang tidak pernah keluar daripada Nabi s.a.w sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan atau taqrir, tetapi disandarkan kepada baginda s.a.w sama ada secara sengaja atau tersalah, jahil atau memperdaya.
SEJARAH KEMUNCULAN HADITH PALSU
Pembuatan Hadith palsu ini bermula setelah Rasulullah saw. meninggal dunia dan berlakunya pertentangan politik, kemudian ia berkembang melalui perkembangan arus politik, ashabiah, fanatik mazhab dan lain-lain. Ia dilakukan oleh orang-orang Islam sendiri yang lemah imannya dan juga oleh orang-orang munafiqin dan kafir zindik.
HUKUM HADITH PALSU
Para ulama bersepakat haram hukumnya meriwayatkan hadis palsu kecuali disertakan diiringi dengan penjelasan mengenai pendustaan dan pembohongannya. Sesiapa yang mengatakan ia hadis sedangkan tahu ia adalah suatu pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w, ternyata dia telah terlibat dengan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w
من كذب علي متعمدا فليتبوا مقعده من النار
Maksudnya, “ Sesiapa yang sengaja berdusta kepada-ku, maka sediakanlah tempat tinggalnya di dalam neraka.” (Riwayat Muslim)

1 comment:

paktehrizal@yahoo.com.my said...

syukran...