Friday, February 27, 2009

ya allah bantuilah hambamu ini


Ketika Diriku Merasa Bersalah dan Berdosa..

Diriku sedar diriku hanya ciptaan Ya Kholiq yang tidak lepas dari kesilapan.
Ya Ghofur dan Ya Affuw sudah pasti menunggu-nunggu bilakan diriku menadah tangan memohon ampun dariNya dan Dia sudah pasti akan mengampunkan kesalahanku walaupun sebanyak buih di lautan. Sifat pemaaf dan pengampun Allah tidak ada tolok bandingnya.

Diriku memohon agar sedikit sifat Ghofur dan AffuwMu Ya Allah diberikan kepada diriku agar diriku mampu menjadi seorang yang pemaaf agar diriku mampu memaafkan sahabatku, semua insan dalam hidupku agar dengan sifat memaafkan ini mampu melahirkan hubungan ukhwah yang lebih erat dan seterusnya diriku mampu berbuat baik sesama manusia dan terus mengutip redhaMu Ya Allah.

Ketika Diriku buntu dan merasa tiada siapa..

Sekiranya diriku merasa buntu dan lemah pemikiran, tentulah Ya Hakim yang Maha Bijaksana, Ya Alim Yang Maha Berilmu dan ya Rashid yang Maha Cerdas akan memberikan kebijaksanaanNya, IlmuNya dan KecerdasanNya kepada diriku agar diriku mampu memikirkan yang terbaik dan Dia tentu akan melapangkan pemikiranku dan kehidupanku kerana Dia Ya Basith yang Maha Pelapang.

Ketika jiwaku merasa keseorangan dan kesunyian, tentulah diriku akan berpaling kepada Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud, Ya Jalil, Ya Sami’ dan Ya Bashir kerana Dialah yang mampu menghilangkan kesunyianku dengan Ar-Rahman, ar-Rahim dan Ya WadudNya yang sangat tulus. Dan Dia Ya Sami’ sentiasa akan mendengar setiap keluhan, rayuan dan rintihanku setiap saat tanpa jemu dan Ya Bashir akan terus melihat kebajikanku dan memberi perhatian kepada diriku setiap saat tanpa henti.

Bagaimana Diriku Menggapai Cinta

Dengan menyerahkan seluruh cintaku buat Ya Wadud, diriku akan pasti mendapat cintaNya, cinta yang tidak ada tolok bandingnya. Ya Wadud akan pasti memasukkan perasaan cinta ini kedalam orang-orang disekelilingku kerana Dia ingin diriku merasai betapa indahnya cintaNya, walaupun sedikit. Apatah lagi cintaNya di akhirat nanti, sudah tentu tidak terjangkau oleh akalku yang cetek ini. Oleh itu diriku menggapai cintaNya dengan menanamkan cintaNya jauh dihati sanubariku dan diriku keluarkan cinta-cinta selain Allah dari hatiku, cinta manusia, makhluq, dunia dan nafsu itu diriku genggam sekuat-kuatnya di genggamanku sebagai amanah Allah.

Diriku sedar cinta makhluq digenggamanku ini akan pergi meninggalkanku pada bila-bila masa dan ketika dia meninggalkanku, diriku akan melepaskannya dengan penuh rasa redha dan syukur kepada Tuhanku kerana kehilangan cinta sementara itu ada kebaikan buatku.

Cinta Allah dihati akan ku jaga sebaik-baiknya yang akan menyuluh hatiku dengan An-Nurnya dan akan menyalakan bintang-bintang dihatiku umpama bintang-bintang dilangit yang akan menjadi petunjuk jalan kepada diriku disepanjang kehidupan ini. Dengan cara ini, jiwaku pasti tenang kerana diriku pasti tidak akan kehilangan cinta yang begitu tulus, suci dan abadi daripada Ya Wadud, Ya Jalil dan Ya Quddus.

Saturday, February 21, 2009

caNda rasUlullah


Rasulullah adalah seorang pemimpin yang sangat memperhatikan urusan umat dan seluruh pasukannya. Beliau juga sangat perhatian terhadap bawahan serta anggota keluarga. Di samping itu beliau juga tetap menjaga amal ibadah serta wahyu yang diturunkan. Dan banyak lagi urusan lain yang beliau perhatikan. Sungguh merupakan amal yang sangat agung dalam rangka memenuhi tuntutan kehidupan dan membangkitkan motivasi, yang tidak akan mampu dilaksanakan oleh sembarang orang. Namun Rasulullah S.a.w meletakkan setiap hak pada tempatnya. Beliau tidak akan mengurangi hak orang lain atau meletakkan hak tersebut tidak pada tempatnya. Meskipun sangat banyak beban dan pekerjaan, namun beliau tetap memberikan tempat bagi anak-anak kecil dihatinya. Beliau sering mengajak mereka bercanda dan bersenda gurau, mengambil hati mereka dan membuat mereka senang.

Abu Hurairah Radhiallaahu anhu menceritakan: "Para sahabat bertanya kepada Rasulullah : "Wahai Rasulullah, apakah engkau juga bersenda gurau bersama kami?" Rasulullah menjawab:


"Tentu, hanya saja aku selalu berkata benar." (HR. Ahmad).

Anas Radhiallaahu anhu menceritakan kepada kita salah satu bentuk canda Rasulullah e, ia berkata: "Rasulullah r pernah memanggilnya dengan sebutan:

"Wahai pemilik dua telinga!" (maksudnya bergurau dengannya) (HR. Abu Dawud)

Anas Radhiallaahu anhu mengisahkan: "Ummu Sulaim Radhiallaahu anha mempunyai seorang putera yang bernama Abu 'Umair. Rasulullah e sering bercanda dengannya setiap kali beliau datang. Pada suatu hari Rasulullah r datang mengunjunginya untuk bercanda, namun tampaknya anak itu sedang sedih. Mereka berkata:

Wahai Rasulullah , burung yang biasa diajaknya bermain sudah mati." Rasulullah lantas bercanda dengannya, beliau berkata:


"Wahai Abu 'Umair, apakah gerangan yang sedang dikerjakan oleh burung kecil itu?" (HR. Abu Daud)

Demikian pula dengan para sahabat Radhiallaahu anhum, salah satu di antaranya adalah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik Radhiallaahu anhu ia berkata: "Ada seorang lelaki dusun bernama Zahir bin Haram. Rasulullah sangat menyukainya. Hanya saja tampangnya jelek. Pada suatu hari, Rasulullah menemuinya sewaktu ia menjual barang dagangan. Tiba-tiba Rasulullah memeluknya dari belakang sehingga ia tidak dapat melihat beliau. Ia pun berkata: "Lepaskan aku! Siapakah ini?" Setelah menoleh ia pun mengetahui ternyata yang memeluknya adalah Rasulullah e. Ia pun tidak menyia-nyiakan kesempatan untuk merapatkan punggungnya ke dada Rasulullah . Rasulullah lantas berkata: "Siapakah yang sudi membeli hamba sahaya ini?" Iapun berkata: "Demi Allah wahai Rasulullah , kalau demikian aku tidak akan laku dijual!" Rasulullah membalas: "Justeru engkau di sisi Allah I sangat mahal harganya!" (HR. Ahmad)

Sungguh merupakan akhlak yang terpuji dari baginda Nabi yang mulia dan luhur budi pekertinya r.

Meskipun beliau bersikap luwes terhadap keluarga dan kaumnya, namun tetap ada batasannya. Beliau tidaklah melampaui batas bila tertawa, beliau hanya tersenyum. Sebagaimana yang dituturkan 'Aisyah Radhiallaahu anha :


"Belum pernah aku melihat Rasulullah tertawa terbahak-bahak hingga kelihatan anak lidah beliau. Namun beliau hanya tersenyum." (Muttafaq 'alaih)

Meskipun beliau selalu bermuka manis dan elok dalam pergaulan, namun bila peraturan-peraturan Allah dilanggar, wajah beliau akan memerah kerana marah. 'Aisyah Radhiallaahu anhu menuturkan kepada kita: "Pada suatu ketika, Rasulullah baru kembali dari sebuah lawatan. Sebelumnya aku telah menirai pintu rumahku dengan korden tipis yang bergambar. Ketika melihat gambar itu Rasulullah langsung merobeknya hingga berubah rona wajah beliau seraya berkata:


"Wahai 'Aisyah, sesungguhnya orang yang paling keras siksanya di sisi Allah pada Hari Kiamat adalah orang-orang yang meniru-niru ciptaan Allah." (Muttafaq 'alaih)

isi haTi


semakin hari semakin tidak keruan rasanya dihambat pelbagai masalah dan tuntutan kerja namun masa still 24jam sehari.. minggu lepas dan minggu ini banyak mengajar ana erti hidup.. pertama selepas liQa’ kubra hari itu berkaitan ikhtilat..walaupun sebenarnya dalam mujadalah [sebenarnya lebih pada munaqashah] tu ana sendiri terkedu bila berhadapan dengan muslimin sehingga hampir semua isi hilang kecuali suku rasanya yang dapat diluahkan namun ana cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya dapat membuka jalan kepada muslimin n muslimat untuk meluahkan pengalaman dan resolusi pada masalah mereka… n perkara paling terpalit di hati ini bila ditegur akibat cara dakwah ana yang agak “kasar” [mungkin] ana sendiri pun sudah tahu sebenarnya perkara ini akan berlaku sebelum ana mengeluarkan kartun berkaitan usrah kepada kelas ana.. tapi mungkin dengan pengalaman ini ana akan lebih matang untuk menilai sesuatu tindakan sebelum melaksanakannya..namun Alhamdulillah apabila penegur itu akhirnya dapat terima cara ana … ana pun minta maaf gak kepada si penegur mungkin ada benarnya apa yang berlaku ini.. minggu lepas walaupun dilalui dengan sedikit tekanan namun semuanya dah berlalu yang penting cuba jadikan minggu ini lebih baik. Alhamdulillah minggu ni tekanan tak sehebat minggu lepas ..banyak kerja telah dapat diselesaikan walaupun dihujung minggu tetiba kerja baru telah diberikan namun cuba terima dengan redha dan sedaya upaya settlekan dengan segera. Masalah anak2 liqa fikri mmg x dapat dielakkan.. namun bila fikir balik banyak faedah yg diperoleh dgn menjadi naqibat namun diri yg lemah ini kdg2 lebih lemah dan lebih “t####” dari mad’u walaupun orang len x nampak namun cuba jadi yang terbaik..

teringat kat maahad.. sekolah lama. berita terbaru yang diterima…ada adik junior bg khabaran yang gak mengejutkan..seorang pelajar maahad meninggal kt asrama [innalillah semoga allah merahmatinya..alfatihah] menurut adik junior tu arwah baru form 1 n sbb kematian paru2 berair.. memang menginsafkan diri ini kematian di mana2… Cuma cara berbeza….betul tak?

‘ala kulli hal ana tidak banyak masa senggang untuk mengisi blog ini namun sentiasa berusaha memastikan at-least seminggu sekali dpt post info baru..

berusaha menjadi yang terbaik… semoga Berjaya..

Tuesday, February 10, 2009

RAHMAT DI SEBALIK DUGAAN



Dari Adulrahman bin Samurah ia berkata: Pada suatu hari keluar Rasulullah SAW menemui kami di suatu tempat, baginda berdiri lalu bersabda:

Malam tadi aku bermimpi melihat seorang lelaki dari golongan umatku yang didatangi oleh Malaikat Maut untuk mencabut nyawanya maka datanglah amal kebaikan yang dilakukan umatku itu kepada ibunya menolak Malaikat Maut itu.

Aku melihat seorang dari umatku yang akan mendapat seksaan kubur, maka datanglah amal kebaikan dari wuduk yang di kerjakan , menyelamatkanny dari seksaan tersebut.
aku melihat seorang dari umatku yang di kerumini oleh syaitan-syaitan , maka datnglah amal kebaikan dari zikirnya, maka larilah syaitan-syaitan itu.

Aku melihat seorang dari umatku yang akan diseksa olah Malaikat Azab, maka datanaglah amal kebaikan dari solatnya , lalu menyelamatkan dari Malaikat Azab tersebut.

Aku melihat seorang dari umatku yang sedang dalam kehausan , setiap ia mendekati suatu perigi maka ia dihalau dari perigi tersebut,maka datanglah amal puasa Ramadhan , lalu memberi ia minum hingga tubuhnya menjadi segar.

Aku melihat seorang dari umatku, dan aku melihat para nabi punya kumpulan masing-masing,setiap kali ia mendekati kumpulan itu,maka dihalau, lalu datanglah amal kebaikan dari mandi junubnya dan memimpin ia untuk duduk di sampingku.

Aku melihat seorang dari umatku yang mukanya dalam keadaangelap gelita begitu juga di kanan,di kiri, di bawah, diatas semuanya dalam keadaan gelap,pada waktu itu ia kebingungan ,maka datanglah amal Haji dan Umrahnya,mengeluarkannya dari kegelapan tersebut,menuju ke temoat yang terang benderang.

Aku melihat seorang dari umatku yang sentiasa menjaga mukanya dari percikan api neraka dan baranya , maka datanglah amal sedekahnya yang menyelamatkannya dari api neraka tersebut.

Aku melihat seorang dari umatku yang sangat inginberkat0kata kepada semua orang mukmin,namun mereka enggan berkata-kata dengannya,maka datanglah amal siltaurrahimnya yang menyelamatkan,hingga akhirnay ia dapat bergaul dengan mesra bersama orang-orang mukmin lainnya.

Aku melihat seorang dari umatku yang didekati oleh Malaikat Zabaniah, maka datanglah amal makruf nahimungkar yang menyelamatkannya daripada malaikat tersebut,serta membawanya kepada Malaikat Rahmah.

Aku melihat seorang dari umatku yang berjalan dengan lututnya, antara dia dia dengan Allah ada hijjab yang menutupinya, maka datanglah amal akhlaknya yang baik ,lalu memgangnya dan membuka hijab tersebut.

Aku melihat seorang dari umatku yang sedang dalam keadaan bingung kerana buku amalnya selalumengarah untuk memberikan kepada sebelah kirinya,maka datanglah rasa takutnya kepada Allah,lalu menangkap buku itu dan memberikan kepada arah kanannya.
Aku melihat seorang dari umatku yang ringan timbangan amal baiknya,maka datanglah anaknya yang telah meninggal dunia,lalu menjadi berat timbangan amal kebaikannya.

Aku melihat seorang dari umatku yang sudah berdiri di tepi neraka jahanam, lalu datanglah harapannya kepada Allah, menyelamatkannya dari tempat itu.

Aku melihat seorang dari umatku yang akan yang di seret untuk dimasukkan ke dalam neraka,maka datanglah titisan air matanya yang keluar keran takutkan kepada Allah,lalu menyelamatkannya.

Aku melihat seorang dari umatku yang sedang berdiri di atas jambatan ( Sirat ),sedang pada waktu itu ia dalam keadaan mengigil (bergocang) seperti goncangan benda kecil yang ditiup oleh angin yang sangat kuat maka datanglah sangkaan baiknya terhadap Allah ,lalu menjadikan ia tenang dari goncanagn tersebut.

Aku melihat seorang dari umatku dalam keadaan merangkak di atas jambatan (Sirat),bahkan berkali-kali ia hampir jatuh ke dalam neraka,lalu datanglah amal;an solatnya menyelamatkan sehingga akhinya ia berdiri tegak di atas jambatan ( sirat), dan dapat berjalan dengan kedua-dua kakinya dan selamatlah ia.

Aku melihat seorang dari umatku yang sudah mencapai pintu syurga, akan tetapi semua pintu-pintu syurga itu tertutup untuknya, maka datanglah ucapan syahadatnya lalu membuka pintu-pintu itu dan memasukkannya ke dalam syurga.

Friday, February 6, 2009

TAHNIAH!

salam

TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR PPSIMP PAI SEM 2
TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENGUASAI TOP 10 BEST STUDENT BATCH KITA WE ARE THE BEST!
ALHAMDULILLAH KEKALKAN PRESTASI ANTUM UNTUK SEM INI TAHNIAH JUGA KEPADA MY ROOMATE, IMA [POINTER KITA SAMA YE HU3 CAMNER BLEH SAMA NI ROOMATE] K.LINA [YG DULU KONON2 X MINAT PAI TGK2 BEST STUDENT GAK] DAN KEPADA SEMUA MUSLIMIN KLS KT

"akhirnya terpancar jua hikmahmu mengapa engkau meletakkan takdirku jua sahabatku sebagai pendidik anak bangsa ashkuruka ya rabb"

JUGA TAHNIAH KEPADA USTAZ FAUZAN ATAS PENCALONAN KE PILIHANRAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR WALAUPUN UNIT KITA TIDAK MENCAPAI KEJAYAAN DALAM PILIHANRAYA KALI INI NAMUN DENGAN UNDIAN LEBIH DARI 300 PLJR MENUNJUKKAN RAMAI YG MENYOKONG ANDA. ANA HARAPKAN PILIHANRAYA KALI INI MEMANTOPKAN LAGI UKHUWAH PLJR KLS KITA APABILA SAMA2 BERKEMPEN SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA KALIAN . INSYA ALLAH REZEKI AKAN KUNJUNG TIBA KEGAGALAN ADALAH KEJAYAAN YANG TERTANGGUH INGAT TU! JANGAN SEDIH2 [WALHAL AGAK SEDIH PADA MULANYA TP BILA FIKIR BALIK INSYA ALLAH ADA HIKMAHNYA]
KPD USTAZ FAUZAN: ADA SEBAB BILA BERLAKU SESUATU PERKARA YAKINLAH ALLAH MENGUJI HAMBANYA YG MENGAKU KEIMANAN PDNYA JGN TERLALU M'HRP UNTUK JD TERBAIK KERANA KEHIDUPAN X SEMUDAH ITU JDKN PGLMN HR INI SEBAGAI CERMIN DALAM MENILAI DIRI MOGA PENAT LELAH ANTA DIHARGAI ALLAH ..
[RJKLAH BAQARAH:AYAT 216,286, ALI IMRAN 139, ALHADID AYAT 22,23]

'ALA KULLI HAL MABRUK ILA PPISMP PAI SEM2!

Thursday, February 5, 2009

jaNgan Gundah..


salam ..lama rasanya ana tidak menjenguk blog ini. Dalam seminggu ini ana tidak mempunyai kelapangan.. alhamdulillah keputusan peperiksaan buat pertama kalinya buat diri ana di bumi IPTAA telah dikeluarkan baru2 ini dan syukur Alhamdulillah allah telah mengurniaan kejayaan yg agak cemerlang kepada ana apabila diisytiharkan sebagai top 10 bg batch ana. Bila menyebut tentang kejayaan sebenarnya kadangkala ana cukup bimbang jika ana lupa padaNya.. sebenarnya KEJAYAAN yang dilihat indah ini adalah satu ujian ALLAH bagi hambanya sekalipun ramai manusia yang tidak melihatnya sebegitu..
Menyebut tentang ujian teringat pada seorang teman yang baru2 ini diuji dengan kematian sahabatnya jua pada seorang teman ana yang diuji apabila sahabat2nya yang lain telah memberikan kepercayaan pada dirinya untuk mewakili kelas ana untuk PILIHANRAYA dan pada sahabat ana yang DIPULAUKAN oleh sahabatnya sendiri tanpa diketahu asbab dan alas an. Namun apa yang pasti semua ujian yang dilalui pastinya memeritkan dan cukup pahit... sebenarnya apabila selangkah ke alam perjuangan [hidup adalah perjuangan] bermakna diri kita tidak akan terlepas dari diuji begitulah hidup ini.. hidup bagai satu medan perjuangan…setiap hari dan setiap detik pasti akan diuji sama adaa dengan kesenangan atau dengan kesusahan dan ujian

Tiada manusia yang tidak diuji dengan tekanan. Sama ada dirumah, pejabat, di IPTAA atau keluarga, tekanan tetap ada. Malah tekanan dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia.

Bagaimanapun ana terjumpa sabda RASULULLAH memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda baginda yang bermaksud,
“sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana samada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan ALLAH akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut,”
(Riwayat Al-H akim)
Tapi Ingatlah bahawa ujian selalu seiring dengan perjuangan. Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada ALLAH dan seluruh ajaran-NYA adalah benar dan diikuti oleh PERLAKUAN DAN TINDAKAN ATAU HANYA TERHENTI SETAKAT DIMULUT SAHAJA.
.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana mengeluh akan membuatkan lemah semangat dan menerbitkan rasa kecewa serta putus asa sedangkan ALLAH berfirman yang bermaksud “ sesunnguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,” ( al-insyirah:6)

Namun apa yang penting bagi diri ana, sering sematkan dalam hati, tanpa masalah atau ujian, tidak akan lahir kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan. {an-nisa`}

betul x macam tu??? entahla..ingatlah hanya yang terpilih untuk menrima ujian diantara berjuta umat manusia adalah manusia paling beruntung..kerana ALLAH SAAAAYANG KITA..ana cukup suka pada kata2 ALLAH MEMBERI UJIAN PADA KITA BUKAN SAJE2 TAPI INGATLAH SEBAB ALLAH SAAAAAYANG KITA…itu jelas menunjukkan allah mengasihi kita setiap masa .. bersyukurlah dan tabahlah menghadapi ujian yang diberi maka apa yang perlu kita lakukan? BERSYUKURLAH….