Wednesday, June 24, 2009

::perLunya kiTa bersYUkur::


terbaca di blog sahabat anis tentang belajar "bersyukur" menyebabkan diri ini teringat, sebuah untaian hikmah agung dari Syaikh Ibnu Athaillah dalam karya besarnya “Al Hikam”, “Siapa yang tidak mengenal harga nikmat ketika adanya nikmat itu, maka ia akan mengetahui harga kebesaran nikmat setelah tidak adanya”.

Malah Masih terbayang-bayang di pelupuk mata diri ini, bagaimana diri ini selalu menggerutu, mengeluh terhadap semua yang terjadi, padahal nikmat di depan mata selalu Allah limpahkan kepada diri ini...

baru terbaca ayat 19-20 di dalam surah al-ma'arij yang bermaksud . [19.sungguh! manusia itu diciptakan bersifat suka mengeluh]
[20.apabila ia ditimpa kesusahan, Dia berkeluh kesah]

nikmat allah terlalu banyak dan memang tidak mampu dikira..

aPa itu nikmat?
Imam Al Ghazali mendefinasikan nikmat itu sebagai: setiap kebaikan, kelazatan dan kebahagiaan serta setiap kebahagiaan hidup 'ukhrawi' - hari akhirat yang kekal abadi.'

apa itu syukur?
Syukur dapat diertikan sebagai: Mengerti bahawa semua nikmat yang ada pada diri seseorang hamba, baik yang lahir mahu pun yang batin,semuanya daripada Allah sebagai pemberian daripada-Nya.

Hakikat syukur kepada Allah itu adalah tampaknya bekas nikmat Allah pada lisan sang hamba dalam bentuk pujian dan pengakuan, di dalam hatinya dalam bentuk kesaksian dan rasa cinta, dan pada anggota tubuhnya dalam bentuk patuh dan taat.
(Ibn Qayyim al-Jauziyah, Tahdzîb Madârij al-sâlikîn oleh Abdul Mun`im al`Izzî, hal. 348)


apa yang perlu diri ini syukuri?

Tentang erti sebuah kesyukuran.
Kesyukuran kerana masih mempunyai nyawa, helaan nafas dan denyutan nadi.
Kesyukuran kerana masih punya seribu satu nikmat yang seringkali kita terleka akan kewujudannya.
Antaranya ialah nikmat kerana punyai ibu dan ayah yang masih bernafas.
Punyai ibu dan ayah yang masih boleh kita tatap wajah mereka.
Yang masih boleh kita kucup pipi mereka.
Yang masih boleh kita peluk erat tubuh mereka.


kesyukuranan kerna diberikan keperitan untuk merasai sakit
sakit buat kita dekat dengan allah..
bila sakit.. gerak ckit.."allah..allah"
tapi ada juga orang yang tak syukur bila sakit.. mengeluh tak henti2.. solat pun tak tunaikan...


kesyukuran kerna diberi peluang untuk menuntut ilmu sedang ramai lg saudaramu yang tidak mampu menikmati nikmat ini

kesYukuran kerna Allah sentiasa memberi rezki ketika diri ini susah atau senang
keyukuran kerna masih mempunyai sahabat2 yang menyayangi

syukur..sYukur

hiduplah dalam dunia yang bersyukur
bersyukur pada orang yang menyakitimu
kerana dialah orang yang menabahkan hatimu
bersyukur kepada orang yang tak mengendahkanmu
kerana dialah y memupuk berdikarimu
bersyukur kepada orang yang menjatuhkanmu
kerana dialah yang memperhebatkan abilitimu
bersyukur kepada orang yang menyeksamu
kerana dialah orang yang menguji kesabaranmu

Memang terlalu banyak perkara yang perlu kita syukur dan memang tidak terhitung... moGa2 kita tergolong dalam GOLONGAN yang berSYUKUR kepada ALLAH...

p/s: Jom reNung lirik nasyid Raihan ni
Ucaplah Alhamdulillah
Syukur kita kepada Allah
Selawat ke atas Nabi
Muhammad ya Rasulullah
Tanda syukur itulah taat
Setiap tempat setiap waktu
Syukur itu dapat dilihat
Pada sikap dan tingkah laku
Marilah bersama kita bersyukur
Kepada Allah kita bersyukur
Syukur itu sifat mulia
Hindar dari tamak haloba
Rasa cukup apa yang ada
Hati tenag hidup sejahtera
Marilah amalkan rasa bersyukur
Hidup bahagia aman dan makmur
Syukur Alhamdulillah
Syukur itu banyak caranya
Taat beribadah tekun berusaha
Saling membantu berkasih sayang
Murah senyuman hulur sedekah
Marilah kita beramal bersama
Rasa bersyukur kita suburkan

Friday, June 19, 2009

seLamat menEmpuh duNIa baRu



TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA SAHABAT ANIS
K.sU, K.ah, k.abdah, k.yang, k.husna, k.fifah,dll
STUDENT 6 BAWAH 1 [ kls anis dulu [^^] rindula..
6 BAWAH 2, 6 BAWAH 3, 6 BAWAH 4
dan semua ajk PERSATUAN TINGKATAN 6 DAN PENGAJIAN AM
yang pernah bekerja dibawah kepimpinan aNis dulu.. [rindu jg]

SELAMAT MENEMPUHI DUNIA BARU DI ALAM INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
MABRUK ALAIKUNNA!!!
BELAJAR MOLEK DEH
MOGA DAPAT CAPAI CITA2 MASING2
SEMOGA KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN YANG KALIAN CAPAI DI BUMI MMP [ESPECIALLY STAM]DAPAT DITERUSKAN SAMPAI BILA2 AMINNNN...

kerana ilmu kita bertemu
ukhuwah terjalin kerana perkenalan
kerana cita-cita perpisahan berlaku
dan
kerana persahabatan ia berkekalan
insya allah



perpisahan itu suatu kesempurnaan
pada lipatan tirai pertemuan
menyingkap ukuran nilai kesetiaan
pada bingkisan warkah ingatan
menjadi pencetus mesra persahabatan
andai landasan hubungan ini atas landasan cinta padamu
maka kau kekal abadikan hubungan ini
ameen

P/S maaf ye tak sempat nak upload gambar semo sebab kalut nk kemas barang ni [^^]

Thursday, June 18, 2009

::sem baRu::



::selamat datang semester baru::
moga2 inilah pembukaan yang terbaik bagi sem ini
moga2 ketenangan dan kebahagiaan bakal menyusur bersama terbukanya tirai sem ini
hambamu masih dan sentiasa sabar menanti bilakah hikmahmu bakal tersingkap
[^^] hidup ini sentiasa penuh debaran sentiasa tidak tahu apa yang bakal menanti kita setiap saat..

TUJUH TANDA KEBAHAGIAN DUNIA


Tujuh petanda kebahagiaan dunia

Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

1.Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
2.Al azwaaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh
3.Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh
4.Albiiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita
5.Al maalul halal, atau harta yang halal
6.Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama
7.Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.

Firman Allah swt. yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 201)

Para ulama mentafsirkan kalimah hasanah dunia dan hasanah akhirat dengan pengertian berikut:

1.Kesihatan badan dan jiwa.
2.Ilmu yang bermanafaat.
3.Amalan yang soleh.
4.Keimanan yang teguh.
5.Ikhlas beramal dan mendapat keredaan Allah.
6.Disenangi umat manusia.
7.Hidup bahagia dengan rezeki dan harta.
8.Rumah tangga yang bahagia dan mendapat anak yang soleh.
9..Selamat dari seksaan kubur.
10.Dapat masuk syurga dengan segala kenikmatan yang abadi.

Wednesday, June 17, 2009

MiN fuadi



sejak akhir-akhir ni jiwa rasa cukup tenang berada di rumah..
alhamdulillah banyak target anis dapat dicapai... jiwa merasa cukup tenang lebih2 lagi apabila mendengar alunan bacaan al-quran daripada muhammed khairul anuar al-hafiz..
"k.nis....nape pasang bacaan quran ni..wat ain teringat bulan ramadhan je.." adikku yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya menegurku. Memang betul bacaan al-qurannya cukup menusuk kalbu sehingga rinduku pada ramadhan alkarim membuak-buak..
pejam celik pejam celik 24 jun ni rejab bakal membuka tirai.. tiga bulan serangkai ini memang antara bulan yang anis nanti2kan.. rejab,syaaban dan ramadhan.
Awal tahun lagi anis dah membelek2 kalendar untuk melihat bila jatuhnya bulan ramadhan tahun ini.. alhamdulillah jika dilihar pd kalendar awal ramadhan thn ni cuti.. alhamdulillah cukup bertuah rasanya dpt menyambutnya bersama keluarga tercinta..

pejam celik pejam celik cuti sem dah hampir menutup tirainya.. maksudnya anis terpaksa pualng ke kampus. " sedih x da nk balik maktab?" kakak anis bertanya malam td sedang anis berehat2 untuk tidur. susahnya nak jawab soalan ini. Memang sedih tu tetap ada namun demi untuk menuntut ilmu.. orang tersayang terpaksa ditinggalkan seketika namun rasa cinta dan sayang tetap dibawa bersama..lagipun bukan jauh sangat pun.. namun apa yang paling anis takuti ialah cabaran dan ujian yang menanti.. alhamdulillah semester2 adalah sem yang paling sedih dan banyak juga kenangan pahit namun segalanya anis mampu laluinya kerna anis yakin ALLAH sentiasa ada untuk hambanya.. mungkin orang lain tidak merasai apa yang telah anis lalui... sem lepas puna anis tutup diari dengan kenagan pahit juga.. namun tidak dinafikan ada juga kenangan-kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.. namun segala kenangan sem lepas anis nk simpan kemas2 .. tak nak lagi buka diari lepas.. kata orang yang baik kita amek yang buruk jadikan sempadan dan pengajaran.

sepanjang sem lepas banyak jugala mutiara2 yang gugur lantaran kadang tidak mampu ditahan lagi namun itulah salah satu cara untuk taqarrub ilallah..lbh2 lg bila dirasai hanya ALLAH yang memahami diri ini



firman allah
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

sentiasa yakinlah kpd ALLAH bahawa "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286 dengan cara ini anis mahupan sesiapa jua bakal menempuhi setiap ujiannya dengan tenang

selalu juga menasihati sahabat yang dalam ujian allah mahupun kesedihan
"SAHABATKU..
MUKMIN YANG KUAT, SENYUMAN SENTIASA TERUKIR DIBIBIRNYA KETIKA SUSAH ATAU SENANG
MALAH, KETIKA DITIMPA KESUSAHAN KALIMAH INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUUN SENTIASA MENITI DIBIBIRNYA.. BERSABARLAH,,INILAH TANDA ALLAH SAYANGKAN HAMBANYA KERNA DIA TELAH MEMILIH KAMU UNTUK MENGHADAPI UJIAANNYA BERBANDING BERJUTA-JUTA MAKHLUK LAIN.. PASTI ADA KEBAHAGIAAN DIHUJUNG PENDERITAAN DAN UJIAN.."

firman allah swt di dalam surah almaidah ayat 69 yang bermaksud
Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka Yang beriman kepada Allah (dan Segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.




hanya orang yang pernah merasai kegelapan tahu menghargai cahaya hanya yang pernah merasai kesepian tahu menghargai sebuah kehadiran hanya yang pernah merasai sebuah kehilangan tahu menghargai apa yang dimiliki sekarang kadangkala kita perlu menangis untuk menghargai saat bahagia dan kadang kala kita perlu gembira bagi menghargai setitis air mata
selangkah ke alam perjuangan bermakna tidak akana terlepas dari diuji begitulah hidup ini
hidup bagai satu medan perjuangan…setiap hari dan setiap detik pasti akan diuji sama ada dengan kesenangan atau dengan kesusahan dan ujian

Tuesday, June 16, 2009

Ketika Diriku buntu dan merasa tiada siapa..



Sekiranya diriku merasa buntu dan lemah pemikiran,
tentulah Ya Hakim yang Maha Bijaksana,
Ya Alim Yang Maha Berilmu
dan ya Rashid yang Maha Cerdas akan memberikan kebijaksanaanNya,
IlmuNya dan KecerdasanNya kepada diriku
agar diriku mampu memikirkan yang terbaik
dan Dia tentu akan melapangkan pemikiranku dan kehidupanku
kerana Dia Ya Basith yang Maha Pelapang.


Ketika jiwaku merasa keseorangan dan kesunyian,
tentulah diriku akan berpaling kepada Ya Rahman,
Ya Rahim,
Ya Wadud,
Ya Jalil, Ya Sami’
dan Ya Bashir
kerana Dialah yang mampu menghilangkan kesunyianku
dengan Ar-Rahman, ar-Rahim dan Ya WadudNya yang sangat tulus.
Dan Dia Ya Sami’ sentiasa akan mendengar setiap keluhan, rayuan dan rintihanku setiap saat tanpa jemu
dan Ya Bashir akan terus melihat kebajikanku dan memberi perhatian kepada diriku setiap saat tanpa henti.

p/s: La taHzan ya sohabi wa sohabati iNNalaHa ma'aNa

Ketika Diriku Merasa Lemah dan Tidak Berdaya..



Ketika diriku merasa lemah dan tidak berdaya,
diriku sedar diriku mempunyai Ya Aziz yang Maha Perkasa,
ya Qawwiy yang Maha Kuat dan Ya Matin ya Maha Teguh dan Sempurna KekuatanNya.
Dia Ya Aziz tentu akan menguatkanku dan membangkitkan semangatku.
Dia ya Wahhab ya Maha Pemberi,
Ya Mujib yang Maha Mengabulkan pasti akan memberi
dan mengabulkan segala permintaanku.


Ketika diriku merasa kesempitan hidup,
kekurangan rezeki dan merasakan sedikit ujian kemiskinan,
diriku pasti tidak perlu bimbang kerana diriku mempunyai Ya Basith
yang akan pasti mengeluarkanku dari kesempitan hidup dan melapangkan hidupku
dan Ya Razzaq akan pasti melimpahkan rezeki kepada diriku tanpa henti
dan ya Ghoniy yang memiliki seluruh kekayaan langit dan bumi akan pasti mencurahkan sedikit kekayaanNya kepada diriku agar diriku mampu bersyukur dan mengabdikan diri kepadaNya denga penuh ikhlas dan yakin.

Saturday, June 13, 2009

al-Fatihah

marilah sama2 kita menGhadiahkan al-Fatihah di atas pemergian ayahanda, kak Nad, sahabat anis di IPTAA pd 13 JUN 2009 [malam td] mg2 Allah mencucuri rahmatnya ke atas beliau dan ditempatkan bersama org2 beriman...aminn

pss: hargailah org tersayang disisi kita kerna kita tidak tahu bila allah akan menjemput kita untuk kembali ke pangkuannya... [seorang demi seorang sahabat anis kehilangan org y mereka cintai..mg kalian tabah ya!]

isTimewa buatMu


Myspace Bubbles Note Generator


saHabat..
LumraH persaHabatan ini terlalu banyak dugaan
naMun
secebis kasih membuaTkan kita SAYANG
seucap janji membuatkan kita PERCAYA
sekecil luka membuatkan kita KECEWA
tapi
sebuah PERSAHABATAN selamanya berMAKNA

anis saaayang sahabat anis

::saKit haPuskan doSa?::



DARIPADA Abdullah, katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah SAW ketika Baginda sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata: “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk.”

Jawab Baginda: “Memang demamku sama dengan demam dua orang kamu.”

Aku berkata: “Semoga anda mendapat pahala berganda pula.”

Balas Baginda: “Semoga!” Kemudian sabda Baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi ‘kaffarah’ (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda: "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah).

pss:lihatlah hikmah disebalik sesuatu itu..anis pun x sembuh2 lg sakit ni da 22 hr doakan anis ye.. mg2 cepat sembuh..amin

sumber:tp-tazkirah.blogspot.com

Thursday, June 4, 2009

sahabat sejatikah kita??


kita seringkali berbicara tentang ukhuwah..sahabat...dan seringkali mengimpikan untuk mempunyai sahabat yang sejati... em..betul x? namun sahabat ketika susah senang sentiasa bersama memang sukar ditemui yang ada hanyalah ketika senang.. namun ketika kita ditimpa kesusahan adakah dia kan datang memberikan bantuan atau sekadar bersikap berpeluk tubuh...membutakan mata..mebisukan mulut..memekakkan telinga.. dan di manakah pula posisi kita sebagai seorang sahabat? adakah kita juga layak bergelar sahabat sejati???



Tapi hidup ni susah kita nak duga..kadang-kadang kita rasa dekat dengan seseorang tu..tapi sebenarnya jauh..walaupun kita dapat capai dan genggam tangan dia, tapi belum tentu hatu dia kita dapat selami,mungkin kita dapat buat dia ketawa tapi kita tak tahu apa makna senyumannya..bila dia menangis, kita sangka kita dapat memujuknya..walhal kehadiran kita langsung tak disenanginya.. rencah dunia..kita tak akan akan tahu siapa KAWAN dan siapa LAWAN sehinggalah samapai satu masa kita JATUH.. ADAKAH TANGAN ITU AKAN MENGHULURKAN BANTUAN atau KITA DITINGGALKAN? [~_~]



Anis saaayang semua sahabat anis [^^]

keMbara ke Baitul Qurra' wal iLmi




dalam memenuhi musim cuti ni, anis mengambil peluang bersama-sama sahabat dan sahabiah menelusuri bumi melaka dalam mencari sedikit ilmu di Pondok Baitul Qurra' Wal ilmi.
Mengambil keputusan untuk sama-sama mengikut serta dalam kembara ini bukan mudah, lebih-lebih lagi dengan kondisi diri anis sendiri masih lagi sakit lantaran tergelincir hari tu, namun alhamdulillah sehari sebelum bertolak anis sempat ke hospital menjalani medical-check up disebabkan pinggang dan belakang masih sakit biarpun da lima hari berlalu [hari ni 13hari da jatuh tp still sakit lg..isk..isk] Selepas x-ray alhamdulillah tiada tulang yang retak atau patah, hanya kecederaan biasa akibat jatuh.

Kembara ke Melaka bermula pada hari jumaat petang. Di sana anis sempatla belajar dua buah kitab iaitu Ini Kitab Sifat dua puluh dan Kitab Da'wah Al-mau'izotul Hasanah.. namun sebenarnya anis tidak sempat pun mengahabiskan kitab tu disebabkan keadaan kesihatan yang masih kurang baik, jadi anis hanya stay di sana sehingga hari isnin manakala sahabat2 yang len sempat menghabiskan pengajian sehingga hari rabu. Papepun seronok dan rasa bertuah sekali terpilih untuk menuntut ilmu dengan Ulama' dari Baitul Qurra', Ustaz Zul.. sedikit sebanyak dapatla belajar dan melihat sedikit sebanyak kehidupan di pondok di samping berkenalan dengan orang Sabah..

alhamdulillah..




p/s:untuk lihat lebih banyak gambar sila klik di my pictures
http://inniakhafullah2.blogspot.com

Wednesday, June 3, 2009

JamUan Sem2

jaMuan ni diadakan pada 23 Mei, ditengah2 bz nk exam tu sempatla lagi anis n sahabat2 bertemu dan berkumpul buat kali terakhirnya sebelum berakhirnya sem 2.. jamuan ni start lewat ckit selepas solat isya' berjemaah.. yang dimulai dengan ucapan abi tercinta n our k.u.. [pku x berucap ke?..seganla] pape pun diharap kenangan sem2 akan sentiasa diingati dan yang buruk dijadikan iktibar dan sempadan yang baik dijadikan teladan..sebakla pulak teringat apa yang berlaku sem2 ni..




p/s: Untuk lihat lebih banyak pic tekan di my pictures
http://inniakhafullah2.blogspot.com

berakHirnya sebuah aMaNah

alhamdulillah..tanggal 29 Mei baru2 ni berakhirnya tugasan anis sebagai Penolong Ketua Unit.. walaupun pelbagai tribulasi sepanjang menjadi PKU ini namun ia tidaklah terlalu berat sebenarnya..namun banyak pahit manis, suka duka yang tercatat dalam diari hidup anis sepanjang sem 2 ini... dengan amanah ini telah banyak mengajar anis untuk lebih berdikari dan tidak bergantung harap pada sesiapa.. t.kasih banyak2 kepada Ketua Unit [al-hafiz] n sahabat2 anis y telah banyak membantu anis terutama dalam pengurusan kelas.... BOHOT2 SYUKRIA!
Klu ada amanah atau tugas y anis terlepas pandang atau salah yang tidak anis sedari seribu kemaafan dipinta...



sebuah peralihan kuasa

K.U & PKU SEM 1 [Shafiq & Kak Fizan]



K.U & PKU SEM 2 [Naqiu & Anis]



K.U & PKU SEM 3 [Arif & Nuru]



kepada K.U N PKU yang baru>>>> SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DAN MENGHADAPI DUNIA BARU.. ANALISISLAH KEPIMPINAN SEBELUM INI DAN PERBAIKILAH KELEMAHAN KAMI