Wednesday, August 5, 2009

:: hati::

Wahai hati

Bila engkau memandang segalanya dari ALLAH

Yang mempercepatkan segalanya

Yang menimpakan ujian

Yang menyebabkan sakitnya hatimu

Membuatkan keinginanmu terhalang

Pastinya damailah hatimu

Kerna masakan ALLAH sengaja mentadbirkan segala-galanya dengan sia-sia

Bukan ALLAH tak tahu deritanya hidupmu

Pecahnya hatimu

Tapi mungkin itulah yang DIA mahu

Kerana DIA tahu

Hati yang sebegini lebih lunak

&

Lebih mudah untuk dekat denganNya

Andai diberi hati yang IKHLAS kepada INSAN

Nesxaya terkadang akan diLUKAi

Andai deberi HATI yang diLUKAi kepada ALLAH

Nescaya pasti akan diUBATi dan diPELIHARA



No comments: