ketenangan amat dirasakan saat ini.. setibanya anis di stesen kereta api dan disambut ayahanda dan b0nda tercinta.. avanza dipandu laju abah menelusuri jalan yang sepi... selepas berhenti untuk solat di stesen petr0nas..abah membawa kami r0nda-ronda bandaraya islam k0ta bharu..walaupun ketika itu jam telah pun menunjukkan angka 1pagi namun angin pagi menyebabkan badan terasa segar sekejap... emmm banyak perubahan rupanya dalam sebulan ni... Kota bharu K0ho comey..[semakin comel].. ketika r0nda-r0nda tu anis bertanya kepada abah, tahun ni ada lagi tak s0lat terawikh di stadium.. Alhamdulillah Nampaknya pr0gram untuk menghidupkan syahrul Mubarak di bumi serambi mekah ini masih diteruskan seperti biasa..untungnya jadi rakyat Kelantan dan juga bagi para musafir.. biasanya kalau tahun-tahun lepas ada juga yang anis terjumpa insan2 yang bukan dari negeri ini tetapi sanggup datang ke sini untuk sama-sama menghidupkan ramadhan di Kelantan..memang..suasana di sini cukup berbeza... anis pun teringin nak ajak sahabat2 di kampus untuk datang sini..tapi mungkin bukan rezeki lagi k0t..insya-allah suatu hari nanti ea.. ..[^_^]..
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
IHYA RAMADHAN DI SERAMBI MEKAH?
MACAM MANA TU???
Keunikan sambutan program Ihya' Ramadhan 1430 Hijriah di negeri ini khususnya di Qariah Ramadhan, Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV ialah menampilkan suasana kearaban.
Bagi menyerlahkan suasana itu, pokok kurma dihiaskan di sekitar Qariah Ramadhan di samping bauan-bauan yang harum dengan suasana keislaman sebagaimana terdapat pada masjid di tanah suci Mekah.
Sementara kelainan dan keunikan Qariah Ramadhan khususnya pada Khemah Terawih ialah berhawa dingin dan beraroma Timur Tengah, dengan muatan seramai 2,000 jemaah pada satu-satu masa.
Khemah Terawih dibina tahun ini lebih luas berbanding dengan Khemah Terawih pada sambutan Ihya’ Ramadhan tahun lepas yang hanya mempunyai tujuh buah khemah dengan kehadiran 1,500 jemaah.
Bagi menyerikan suasana Ramdhan di Serambi Mekah dan menampakkan suasana padang pasir, tempat di mana Islam diturunkan kepada Rasulullah, pengajur mengadakan Mubarak Cafe yang dikendalikan oleh orang Arab sendiri.
Pada tahun ini disediakan sebanyak sebelas Khemah Terawih dengan keluasan 220 kaki panjang dan 30 kaki lebar, sementara pada sebelah luarnya khemah berhawa dingin itu disediakan khemah terbuka.
"Tema program sambutan Ihya’ Ramadhan pada tahun ini ialah Ihya’ Ramadhan Di Serambi Mekah yang akan dilaksanakan di Qariah Ramadhan (Kampung Ramadhan) khususnya di Khemah Terawih dan khemah-khemah berkaitan.
"Program ini merupakan program Kerajaan Negeri dan dikendali sepenuhnya oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), adalah merupakan sebahagian daripada “program pelancongan ibadah” (ibdadah tourism) yang telah dimulakan pada tahun lepas.
program dimulai pada awal Ramadhan pada malam 1 Ramadhan - dengan diadakan solat Terawih yang diimamkan dua orang imam.
Imam kali ini dari Mesir, Syaikh Ahmad Rejab Al-Fayyumi dan yang kedua hafiz tempatan iaitu Ustaz Said Hawa @ Al-Hafis dari Kelantan.
Beliau dari Maahad Tahfiz Wal-Qiaraat Pulau Chondong dan merupakan Johan hafazan seluruh Indonesia
pelancaran program Ihya' Ramadhan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas solat Terawih pada 3 Ramadhan (24 Ogos) bertempat di Khemah Terawih, Qariah Ramdhan, Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV.
antara program tetap Ihya' Ramadhan ialah solat Terawih, Tadarus, Iftor, Sepetang Di Ambang Iftor (program untuk remaja setiap Ahad, Selasa dan Khamis).
melalui program Sepetang Di Ambang Iftor, penganjur akan menampilkan orang yang menjadi 'icon' kepada remaja termasuk tokoh sukan, tokoh Raja Lawak, artis nasyid dan selebriti.
"Tujuannya untuk berhimpun beramai-ramai di Qariah Ramadhan sambil berhibur dalam bentuk yang terkawal selain dari menyaksi dan mengambil bahagian dalam 'talk shaw' termasuk dari kumpulan nasyid serta kuiz, yang diadakan di pentas terbuka Dataran Stadium.
"Selain dari itu, kemungkinan akan ditampilkan kumpulan pemuda Kelantan yang mendaki Gunung Everest baru-baru ini selain dari menampilkan penulis novel.
program biasa akan dikekalkan iaitu Tazkirah setelah solat Terawih empat rakaat tazkirah ringkas mengenai ayat-ayat yang dibacakan imam solat Terawih berkenaan.
Kemudian ada Relay Qiraatul Quran dengan sambung-sambung membaca Quran sehingga waktu Sahur dan Qiamullail.
Pengisian lain ialah sambutan ulang tahun kemerdekaan. Forum Kemerdekaan pada 9 Ramadhan (30 Ogos) bertempat di Khemah Terawih, selepas solat Terawih dengan penceramah dari Perlis, Mufti Negeri Perlis Dr Juanda Jaya dan Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Dato' Haji Mohd Amar Abdullah
Diskusi Ilmiah Nuzuulul Quran pada malam Nuzuulul Quran iaitu pada 17 Ramadhan juga diadakan, dengan pengulas Dr Arif Kosmo seorang pakar Geologis (pakar mengenai batu-batu) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang akan memperkatakan tentang Mukjizat Al-Quran.
Mengambil sempena peristiwa Peperangan Badar, Forum Badar Qubra pada 20 Ramadhan (10 September) dengan penceramahnya (ahli panel) Ustaz Dato' Dr Harun Din dan Ustaz Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud," katanya.
Selain dari itu, diadakan majlis berbuka puasa perdana (Iftor Perdana).
..................................................................................
3 comments:
Wah..bestnya suasana ramadhan kat klate...Jeles plak rasenya~...Lepas ni bolehlah sama2 kita berjaulah di klate
[^^] memang best pun ..bolehla nanti datang memeriahkan ihya' ramadhaN Kt kelate..
anis....meriahnyer.....
Post a Comment