Saturday, August 15, 2009

::seHati bersaMa::

andai diumpamakan ISLAM seperti bangunan yg usang yg hampir roboh maka aku akan berjalan ke seluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa2 muda .. aku x ingin mengutip dgn ramainya bilangan mrk tp aku inginkan hati yg ikhlas utk mbantukudan bersama membina kembali bangunan yg using itu mjadi bgnn yg tersergam indah imam as-syahid Hassan al-banna

ya allah rupanya pahit jalan dakwahmu ini.. rupanya pelbagai mehnah terhampar.. kadangku kuat dan terasa kemanisan disebalik kepahitan ini.. namun kadangku sudah tidak berupaya lagi.. ya allah aku telah berusaha.. dan aku pasti akan terus berusaha bukan disaat ini sahaja malah pada detik2 yang seterusnya dalam setiap helaan nafasku... ya allah aku cukup bersyukur kerna dikurniakan sahabat-sahabat sebaik ini.. mungkin dulu aku tidak pernah mengenali siapa mereka.. namun disaat ku ini aku benar-benar menghargai mereka..

Terima kasih duhai sahabat kerna sentiasa bersamaku di jalan dakwah ini... memang sukar bagiku tanpa kalian yang terus memberi sokongan kepadaku dikala ku lemah... jalan dakwah dibumi baru ini rupanya lebih sukar dari bumi mmp sebelum ini... terima kasih kerna masih bersamaku ketika aku sudah tidak mampu bertahan lagi... ketika orang lain tidak dapat menerima tindakan kita... di saat orang mencemuh kita,,,aku tahu dalam berdakwah kita tidak boleh mengaharapkan hasil namun kita hendaklah sentiasa berusaha untuk yang terbaik... kalian tidak pernah berputus asa.. kerna itu aku terus dan akan terus menguatkan kaki di jalan ini... terima kasih kerna berada disampingku disaat air mataku berguguran lantaran tidak mampu lagi ku pendam...

tanpa DAKWAH

hilanglah AGAMA

tanpa YAKIN

lemahlah IMAN

tanpa TAAT

berakhirlah AMANAT

tanpa PENGORBANAN tiadalah PERUBAHAN

tanpa UJIAN tiadalah PENINGKATAN

dan

tanpa KERISAUAN mundurlah UMAT


dikala ku lemah maka kau memujukku... dengan kata2 yang cukup membuatkan ku terfikir..

adikku,

andai kau tahu betapa besarnya pahala memikir, merancang ,menyusun dan membantu islam, nescaya kau kau tidak akan meninggalkan tugas jihad ini walau sesaat..

andai kau tahu betapa azabnya meninggalkan amar maaruf, nahi mungkar dan merancang untuk membantu islam, melaksana amanah, nescaya kau menghargai ssaat pemberian ALLAH

adikku

andai kau tahu betapa tingginya nilai persahabatan atas dasar AQIDAH ISLAMIAH

nescaya kau menutup lubang-lubang yang akan merosakkan mahabbah dan mengundang darah

adikku

andai jasad kita menongkah arus

mengorak tarbiah

memilihara agama

maka biarlah kati menempuhnya

terima kasih di atas kata-kata yang cukup menguatkan aku... biar kita hanya sedikit dan yang tidak menyokong jalan ini ramai namun teruslah berusaha agar mereka juga dapat bersama-sama kita....

anis sayang kalian [~~]

No comments: