dalam hidup ni..teman sentiasa membawa pelbagai pengalaman baru... kadang2 tu dari temanla kita mengenal erti hidup dan dari temanla kita banyak belajar sesuatu yang baru.. teringat time kecik2 dulu... kawanla tempat bermain...main doctor 2 main kejar2 dan macam2la... kawan juga datang dari pelbagai kaum dan agama.. dulu ada sorang kawan ni namanya syee ling [x pasti ejaan] disebabkan kt kawasan umah tu hanya dia sekeluarga je Chinese anis , akak, abang n jiran2 agak rapat dgn dia.. walaupun berlainan kaum tapi banyak juga nilai baik yang dapat dikutip ...masuk sekolah tadika anis pun ramai kawan tapi yang paling tak dapat dilupakan... ada seorang kawan ni..[x taula ] [~~] sedih ngat] sampai sekarang tak lupa pengalaman kena buli.. buli pun dengan kawan... macam2 kisah klu nak citer ttg kawan ni ... walaupun kawan tapi tak macam kawan pun..klu kawan x macam kawan tu..apa namanya? musuh ea.. entahla masih belum mengenal erti musuh
namun bg anis kita memang sentiasa mencari sahabat atau teman sejati dan sentiasa hendak menjadi yang terbaik bagi semo sahabat kita.. memang bukan mudah kan? namun kadang2 tu terlalu banyak ujian dalam persahabatan dan terlalu banyak yang perlu kita k0rbankan.. malah dalam persahabatan kejujuran dan keikhlasan yang paling penting.. . namun apa rasanya bila kejujuran kita diragui? [~~]
kadang2 disebabkan sebuah persahabatan kita terlalu banyak berfikir untuk mengambil sesuatu tindakan... betul ke apa yang aku buat ni? klu aku wat camni dia akan terasa x? aku x nak dia terasa.. kalau..kalau dan kalau...pelbagai langkah yang kita fikir demi sebuah persahabatn.. dan kita hanya ingin melihat sahabat kita gembira.. namun apabila kita tersilap sedikit dalam membuat keputusan mungkin akan memberi kesan pada sebuah persahabatan.. kadang2 kita pk tindakan ini yang terbaik namun dipandangan sahabat kita alangkah baiknya jika kita begini2... betul x?
tak sanggup rasanya persahabatan ini diuji..tak sanggup rasanya menyakiti hati seorang teman yang paling kita sayang... memang betul melalui kawan dan sahabat kita banyak belajar erti hidup dan betapa pentingnya sahabat dalam hidup kita...
psss: anis x kan pernah putus asa!!!
No comments:
Post a Comment