Tinggal beberapa detik lagi sebelum bulan Syawal kunjung tiba, dan hari Raya ‘Aidulfitr bakal disambut oleh seluruh umat Islam. Namun bagaimanakah kita melihat waktu sekarang ini. Adakah pada ketika ini, kita melihat bahawa Hari Raya ‘Aidulfitr sudah semakin hampir, atau adakah kita melihat bahawa ini adalah saat-saat perginya bulan Ramadhan? Melihat daripada persepsi yang berbeza, sudah tentu membawa sikap yang berbeza kan? Seandainya kita melihat bahawa Hari Raya sudah semakin hampir, maka pastinya kita akan merasa semakin gembira daripada sehari ke sehari, dan membuat persiapan dengan penuh galak bagi menyambut hari lebaran tersebut. Namun, seandainya kita melihat bahawa bulan Ramadhan bakal berakhir dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita berada dalam bulan Ramadhan, pasti kita akan berasa semakin sedih kerana akan berpisah dengan bulan yang penuh dengan barakah ini lalu pasti kita akan memanfaatkan dengan sebaik-baiknya saki baki hari yang ada untuk melakukan sebanyak mungkin ‘ibadah. Kita tidak mengetahui adakah kita masih berkesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan, kerana ajal maut terletak dalam kekuasaan Tuhan kerna Bila-bila masa sahaja, dengan apa cara sekalipun, kita boleh dicabut nyawa... renuNg2kanLah [~~]
Tuesday, September 15, 2009
::raYa makin hampir @ ramadhan bkl pergi?::
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment