Monday, September 21, 2009

::diaRi 1 syaWal::

ramadhan berlalu

perasaan pilu beradu

hanya tawakkal pengubat pilu

moga bertemu yang seterusnya

tatkala takbir raya bergema

berguguran titisan mutiara

teringat insan yang sentiasa dihati

walau jauh dimata

senyuman terukir teringat kenangan pahit manis bersama

iringan doa semoga yang berada di sana mendapat cintaNya

salam eid Mubarak

18 SEPTEMBER 2009

Alhamdulillah tepat jam 5.20 petang train yang dinanti-nanti akhirnya tiba setelah lebih sejam menanti..

diringkaskan cerita hampir jam 12..train tiba di stesen wakaf baru.. dan disambut oleh ketujuh2 ahli keluarga anis..almaklumla semua da pulang...dapatla juga melepaskan rindu pada yang tersayang setelah beberapa bulan tidak bersua muka.. alhamdulillah (^-^)..

MALAM RAYA

selesai berbuka puasa bersama dan solat maghrib..anis dan keluarga masing-masing menunggu pengumuman raya Alhamdulillah, 1 syawal tahun ni jatuh pada 20 september 2009 iaitu hari ahad..selepas ke masjid untuk menunaikan solat isya’ dan solat sunat tasbih, kami berkumpul lagi untuk aktiviti wajib kami jika beraya di Kelantan..malam tu kami makan bersama, juadah wajib sudah tentu satay. Tapi setelah selesai makan, abah terpaksa kembali ke tempat kerja bagi menunaikan amanah di Hospital Universiti Sains Malaysia. Malam tu hanya tinggal anis enam beradik dan emak tersayang.. emak pula sempat melepaskan rindu pada nenda dan atuk tercinta walaupun hanya sekadar melalui telefon..pasti sedih tidak dapat beraya bersama kan mak? i.allah akhir tahun ni kita pulang ke kampung.. sudah menjadi kelaziman 2 tahun sekali baru dapat beraya bersama.. mudah2an nenda dan atuk mengerti bahawa mak dan abah ada tanggungjawab di tempat kerja..

PAGI RAYA

seawal jam 4 pagi mak sudah bangun bagi menyediakan juadah hari raya untuk kami... kami adik-beradik mula bangun pada jam 5 pagi... setelah mak siap menyiapkan juadah untuk kami..mak terpaksa bersiap-siap untuk ke tempat kerjanya di Hospital Universiti Sains Malayisa seawal jam 6 pagi . Pagi itu, tinggal kami 6 beradik bersiap-siap dengan pakaian baru. Anis mula menyiapkan juadah untuk bersarapan bersama adik tersayang. Jam7.00 pagi, tiba-tiba loceng rumah berbunyi..alhamdulillah abah dan pulang da tempat kerja..pasti penat kan? Pagi itu kami bersarapan tanpa kehadiran mak.. tapi masing-masing masih mengukir senyuman.. aduhai tak henti2 bergambar.. ceria juga suasana pagi raya ni.. takbir raya bergema di dalam rumah









JAM 8 PAGI

Mak dapat balik kejap!! nak solat raya sama2...




kami bersalaman dan bermaafan2 pagi tu..syahdu sekejap patu riuh balik dengan gelagat adik2 mendapat duit raya... abah mula kalut menyuruh kami bersiap da nak g solat!! (^-^).. pagi tu kami ke Qaryah Ramadhan untuk menunaikan solat sunat aidilfiri bersama2.... ni la hari terakhir Qaryah Ramadhan entah tahun depan dapat merasai suasana ini lagi ke x.. sebelum jam 8.30pagi kami sudah mula menunaikan solat diikuti dengan khutbah..banyak input yang dapat dan isinya memang banyak memberi peringatan bagi semua jemaah. seusai solat, para jemaah dihidangkan dengan jamuan raya manakala kanak-kanak sehingga umur 14 tahun masing2 beratur untuk mengambil duit raya dari YB.. adik2 anis pun x melepaskan peluang untuk beratur..panjang jugala barisannya.. untuk sama2 menikmati jamuan raya memang x sempat kerna mak perlu kembali ke tempat kerja.. selepas itu..kami segera pulang ke rumah ... tapi masih sempat lagi bergambar sebagai kenangan di pagi syawal sebelum mak kembali ke tempat kerja .. 1 syawal kami 6 beradik hanya menghabiskan masa bersama di rumah.. orang disekeliling rumah masing2 da pulang ke kampung halaman..sunyi rasanya..adik danial pun x ke mana.. maklumla dia pun sorang jadi masing2 m’hadap tv, laptop... abah pun da kepenatan semalaman kerja setelah membaca surat khabar..abah pun tidur bagi menghilangkan kepenatan..











begitulah berlalunya 1 syawal....

memang berbeza jika dapat pulang ke kampung pasti jadual ziarah-menziarahi padat sehingga jam1 pagi lantaran saudara-mara terlalu ramai...i.allah tahun depan..

x sabar nak tunggu hari raya ke 5.. dapat bersama sepenuh masa bersama mak abah tercinta.. (^-^)


No comments: