penat membaluti tubuhku..masakan tidak..seharian melayani tetamu..untuk majlis p'tunangan akak dari pagi hingga ke petang tp entah kenapa mata ni masih belum hendak berlayar ke muara mimpi..
emm rindunya....rindu bangat sih... rindu kat sahabat2 maahad..walaupun seringkali ungkapan rindu diucapkan tapi derita rindu masih x surut2... mungkin inilah panahan cinta ukhuwah fillah...jujurnya setiap kali masalah bertandang tetiba mesti rasa rindu sangat kt sahabat maahad... rindunya...rindu pada biah solehah di maahad yang sentiasa membimbing diri ini..menjadi insan yang lebih baik..tak dinafikan sejak keluar dari bumi maahad banyak ujian yang bertandang membuatkan diri ini goyah....namun azam diri ini..segala perkara yang membuatkan diri ini merasa jauh dengan allah akan ku buang dan pisahkan dengan diriku..
rindunya...rindu dengan semangat dakwah dan semangat perjuangan islam dibumi maahad.. entah kenapa di bumi baru ini..jiwaku mula lemah..mana pergi semua itu... mana..
rindunya jika ada sahabat2 yang selalu petah berbicara seperti dulu hebat mengeluarkan hujah2..seperti dulu ... hebat dikala mengendalikan program berkongsi ilmu dengan adik2 dalam usrah..rindunya..bila semua ada rasa cinta pada islam
rindunya...rindunya..rindu sangat2 andai ada teman yang selalu solat berjemaah sama seperti di maahad dulu..rindunya..rindu sangat andai masih bisa makan bersama2 dengan kalian..rindunya andai cinta kalian masih memenuhi kalbu ini...
rindunya..
sahabatku setiap kali rasa rindu ini bertandang saat itu jika sahabat2 yang ku cintai ada dihadapan...anis nak sangat peluk kalian erat2...rindu...sangat...
memang benar..hanya zaman persekolahan y mengajar kite erti sahabat ..bila zaman itu berlalu...nescaya ia x kan kembali lagi...mungkin untuk kita bersatu kembali dalam satu tempat kerna kita telah membawa haluan masing2
aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku
sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku masih hidup atau selepas mati
ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan
kerana aku akan merasa tenang..
semakin ramai sahabat
semakin aku percaya diri..
aku selalu berharap mendapat sahabat sejati
yang tidak akan luntur baiknya dalam suka dan duka
jika aku dapat
aku akan setia padanya..
(imam shafie)
ku lihat laut, ku berdoa moga ikatan ukhuwah ini tak sepertinya, pasang surut silih berganti… lalu ku berdoa agar ia seperti Sungai Nil yang tetap mengalir deras hingga ke saat ini… Ya Allah.. satukanlah hati kami dalam kebaikan dan pisahkan kami juga dalam kebaikan….’
pss:ana musytaq ilaikunna jiddan jiddan isk3 (~~.)
No comments:
Post a Comment