lagi tentang MIGRAIN ... (^-^)???
Ramai menganggap sakit kepala hanya penyakit ringan, namun byk hal akan terjejas apabila penyakit ini terutama yang dikategori sebagai migrain dan sakit akibat ketegangan menjadi serius. betol ke?
n Setakat ini, belum ada ubat yang benar-benar mampu mengatasi migrain dan sakit kepala akibat ketegangan.
Sakitnya bermula pada sebelah dahi dan kemudian secara perlahan-lahan merebak ke seluruh kepala. Seterusnya sakit memuncak, datang berdenyut-denyut bagaikan kepala diketuk atau dihiris pisau tajam, mata merah dan berair, malah mungkin terasa mual dan muntah-muntah.
Sesetengah kes mungkin berakhir dalam masa beberapa jam tetapi ada juga yang berlarutan sehingga berhari-hari.
Panduan mudah y selalu dibuat baring di tempat y gelap dan senyap dapat mengurangkan masalah ini.
Sambil itu, dapatkan urutan ringan untuk mengatasi sakit kepala.
selain tu ada beberapa tips selain tip epal hijau hr tu
1
Mengehadkan pemakanan dan makan secara teratur. Wanita yang menghadapi migrain sebelum haid perlu mengurangkan pengambilan garam kerana garam boleh menyebabkan penahanan bendalir (fluid retention).
2
Pengurangan tekanan atau stres seperti senaman yang kerap dan teratur serta mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan tegangan badan.
3
Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas ke tempat yang sakit.
4
Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.
5
Amalkan cara hidup yang lebih teratur seperti makan secara teratur dan dapatkan tidur yang cukup.
6
Refleksologi (urut saraf kaki).
7
Petua orang-orang tua seperti basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki ke badan dan ke kepala) dahulu semasa mandi mungkin juga berkesan.
8
Rawatan menggunakan ubat-ubatan mencegah migrain. Sesuai untuk yang menghadapi migrain dua kali atau lebih setiap bulan atau migrain yang terlalu teruk sehingga mengganggu perjalanan hidup seharian.
9
Rawatan menggunakan herba-herba.
10
petua org dulu2
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.
selamat mc0ba ye (^-^)
2 comments:
Untk refleksologi tu, kalu sakit kepala, picit kedua-dua ibu jari kaki, inshaALLAH sembuh.
Sebab, kat ibu jari kaki tu, terletaknya saraf bagi kepala. otak, dahi.
Caranya adalah dgn memicit keseluruh ibu jari, tapi ingat, jgn picit lebih tujuh saat setiap kali picit, untuk elakkan over stimulate
oic...syukran ye atas panduannya
Post a Comment