Sunday, August 8, 2010

kenapa tutup muka?

Bismillahirrahmanirrahim...

Moga dengan nikmat kurniaan Iman dan Islam sama-sama kita syukuri. Nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan pada kita, moga dimanfaatkan sebaiknya. Insya Allah.

kenapa akak tutup muka?”

Kembali pada tajuk. Mungkin ada yang tidak selesa, insya Allah sedaya upaya menggunakan bahasa yang ringkas. Nasihat tak lain tak bukan buat diri sendiri yang selalu gagal istiqamah dalam mujahadah. Aih, macammana nak pergi perang ni sedangkan jihad yang kecil ni pun masih lompong sana sini.

sangat sensitive tajuk ni... aduii...

semuanya bermula apabila seorang lecturer cuba memanaskan kelas dengan kenyataan bahawa berpurdah itu wajib... (~~.)?? (anis ke pemula ?? sori2)

Dalam entry untuk post kali ini bukan nak citer sangat berkenaan menutup muka, tapi lebih kepada sebuah perkongsian memandangkan rata-rata sahabat-sahabat boleh membuat research dan membuat kesimpulannya sendiri...

‘Ala kulli hal, Mujahadah ni la yang selalu 'menguji' tahap kerelaan sebagai muslimah. Tapi dengan keikhlasan yang cuba diikhlaskan sebaiknya, sejujurnya ketenangan yang hinggap di taman hati tak siapa pun tahu melainkan Allah taala. Alhamdulillah, mungkin disebabkan muqaddimah yang dimulakan oleh si dia, anis kembali mencari perkara-perkara mengenai purdah ni setelah meninggalkan sejak berkurun lamanya...(teruknya.. ngee)

MUQADDIMAH SEBUAH PENGALAMAN

Anis pernah bersekolah di Pusat Pengajian dan Pendidikan Islam, Madinatul Ilmi Pondok Tok Kenali di Kubang Kerian (sebuah sekolah swasta).

Time tu, ramai kakak-kakak (kebanyakan tahun 4,5,6) berpurdah sehingga menimbulkan keinginan dalam hati adik-adik untuk mengikut jejak kakak-kakak tak dinafikan diri anis sendiri. Almaklumlah, sekolah amat menitik-beratkan soal pemakaian para pelajarnya dan ketika anis tahun satu lagi sudah mengenakan tudung bulat. Uniform sekolah ketika itu, serba hitam, jubah dan tudung semuanya hitam.

Ketika itu, purdah mungkin menjadi sebuah trend di sekolah kami tapi tak diwajibkan. Maklumlah, kanak-kanak riang, sudah tentu hukum dan sebab memakai purdah tidak terlalu dipersoalkan, malah hanya menjadi ikut-ikutan semata-mata. wallahua’lam...

Namun, sebagai kanak-kanak riang, dalam bab istiqamah, anis pun tak pasti, ada juga yang hanya mencuba. Tapi bagus juga, kerana dapat juga melatih kanak-kanak semasa di sekolah rendah menjahit purdah sendiri .. kih3..

Masa tu memang femes perkataan Zorro, hantu bungkus dll.. malah menjadi perbincangan di kalangan kami ketika yang masih kanak2.. bab kata kakak-kakak, masing2 bercerita pengalaman berpurdah dan bercerita pengalaman berpurdah ketika pulang ke kampung.

Semasa anis melangkah ke sekolah menengah, kawan-kawan anis juga ramai yang berpurdah, namun disebabkan peraturan, purdah tidak dikenakan di dalam sekolah, tetapi hanya dipakai ketika dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah...anis pun memang pernah menanam sekali lagi hasrat..tapi tiada kekuatan..

terjumpa sebuah kata-kata yang ditulis oleh seseorang dalam I LUV ISLAM


“saye penah jumpa,seorang pelajar perempuan, sekolah agama yang kesemuanya perempuan ~MMP~ pakai baju kurung sekolah, tudung labuh, dan purdah....selalu nampak dia....masa nak tunggu bas nak balik rumah.....”

“biasanya nampak dhobithoh2 (pengawas) yang pakai....^^ . ada tu yang gaya Aisya ayat2 cinta.... pakai tudung hijau ngan purdah hitam....matching ngan kain kot...huhu...tapi baguslah.....kat KB biasa pulak nampak orang pakai purdah...even pelajar yang pakai baju kurung sekolah pun pakai....alhamdulillah...satu perkembangan positif, mungkin lepas ni....purdah dah menjadi satu kebiasaan...”

MMP...o0o0 MMP...

buat sahabat-sahabat yang ingin membaca pengalaman orang yang pernah memakai purdah boleh terus search di internet..(PURDAH: HARI PERTAMA MEMAKAINYA)

Dalam tempoh mencari jawapan dalam persoalan lecturer tersebut, anis mendapat suatu kenyataan daripada seorang adek:

kalau muka itu aurat kenape dilarang menutup muka semasa ihram?”

Cari dan terus mencari anis tertarik dengan jawapan Ukht Insyirah (ngeee... malasnya nak cari sebenarnya..kih3)

Kalau dahulu, para ustaz yang suka menguji dengan soalan berkaitan niqab. Setelah beberapa lama, ana mendapat satu 'jawapan pulang buah keras'. Sesiapa yang bertanya kenapa ana berniqab, kalau dia seorang lelaki yang memakai kopiah maka ana bertanya kembali. "Kenapa pakai kopiah?" Kalau dijawabnya sunnah, maka jawapan ana juga sama. Niqab ini pakaian isteri nabi.


Dalam ihram, kopiah dan niqab adalah dilarang. Kalau lelaki mempertikai kenapa nak pakai niqab (di luar ihram) sedangkan semasa ihram menutup muka (niqab) adalah HARAM. Jadi, ana suka sekali membawa contoh yang sama. Lelaki di dalam ihram haram menutup kepala (eg kopiah) jadi kenapa pakai kopiah di luar ihram. Maka, kondisinya masih juga sama tetapi dalam sudut berbeza. Kalau mahu lebih lanjut, nanti boleh sambung menggunakan email. Insya Allah.

KALAU BUDAK-BUDAK TANYA?



Kini, penyoal bukan lagi orang yang belajar agama tetapi kanak-kanak yang berusia sekitar 2 hingga 12 tahun. Puas berfikir nak jawab apa, maka sedikit homework dilakukan yang menatijahkan entri kali ini.

Respon 1.

Dulu akak jawab sebab akak malu. Akak tak nak lelaki tengok muka akak, jadi akak tutup. Budak tu senyum, tak tanya apa-apa lagi.

Respon 2.

Jawapan tu betul (malu) cuma kurang tepat, bayangkan kalau budak tu balik dan tanya pada ibunya kenapa ibu tak berniqab, ibu tak malu ke?

Respon 3.

Sebab ummi nak Allah sayang ummi lebih.

Respon 4.

Sebab ummi sayang abi, ummi tak nak lelaki lain tengok muka ummi.

Respon 5.

Sebab isteri-isteri nabi pakai niqab jadi akak nak pakai niqab, mengikut contoh yang dibawa oleh para isteri nabi.

Respon 6.

Besar nanti .... boleh faham.

Respon 7.

"Jika Ummi pakai purdah, Ummi segan sikit nak berbual mesra dengan lelaki lain. Kalau Ummi peramah dengan lelaki lain, Abi juga yang malu nanti." Jawapan yang diberikan kepada anak oleh seorang ibu di depan suaminya.

Respon 8.

Akak pakai niqab sebab akak nak pakai.


pernah tanyakan kepada seorang sahabat, tetapi responnya tidak memberangsangkan kerana anak-anaknya tidak pernah bertanya kenapa ibunya memakai niqab/purdah mungkin disebabkan persekitaran yang membantu mereka.

"Anak-anak dah biasa la dik, selain akak, dua kakak ipar akak juga berniqab dan zaujah sahabat-sahabat ustaz pun ada juga yang berniqab. Mereka dah lali melihat orang berniqab lagipun mereka masih kecil lagi."

Jawapan masih kecil tidak membuatkan diri putus asa kerana disoal oleh budak berusia 3 tahun...

Kalau kat sekolah anis dulu, semua kawan-kawan anis tanya ustaz ustazah..huhu habis garu kepala lah..huhuhu



"Kenapa akak tutup muka?"



garu kepala. Apa agaknya nak jawab dengan budak 3 tahun, akhirnya pusing-pusing soalan lain dan buat dia lupa soalan pokoknya. Lama kemudian, sambil main pun dia ajukan soalan yang sama. Allah, nampaknya kena buat sedikit research dengan ibu-ibu yang berniqab.

Peristiwa seterusnya disoal oleh seorang kanak-kanak berusia 8 tahun. Menunggu untuk mengambil adik bongsu dari sekolah. Dia yang memerhati dari jauh, menghampiri lalu memberi salam dan tanya.



"Kenapa akak tutup muka?"



Kalau yang bertanya adalah seorang kanak-kanak lelaki, barangkali akan jawab 'nak jadi zorro'. Buat dia ketawa sikit, kemudian baru explain. Tetapi, yang mampir adalah kanak-kanak perempuan.

Nak jawab malu? Nanti dia tanya pula, guru-guru di sekolah dan ibunya tak malu ke? Apa pula nak jawab. Tetapi, tak menjangka sangat mereka akan bertanya soalan yang hebat-hebat melainkan IQ mereka sangat tinggi hingga tiada jawapan untuk memberitahu kepada mereka.

kate Ukht Insyirah, biasanya kalau dia bertanya, dia akan bertanya bertanya kepada seorang ustaz, dan sudah pasti orang yang tidak membantah pemakaian niqab. Benar, ramai ustaz mempertikaikan pemakaian niqab. Bagi Ukht Insyirah, dari nak bahas isu furu' yang khilaf lebih baik mereka memberi tarbiyyah kepada wanita lain yang tidak menutup aurat sedangkan menutup aurat itu WAJIB.



"Ustaz, macammana ana nak jawab soalan budak-budak ni...?"



"Pertama, ikut tahap IQ mereka juga. Kalau IQ bertaraf kanak-kanak, jawab dengan jawapan yang mudah seperti nak bagi Allah sayang lebih. Kalau IQ tinggi, boleh terangkan ianya pakaian isteri nabi. Sahabat pun dulu pernah cerita, anaknya bertanya kenapa ummi nampak biji mata je, zaujahnya jawab sebab ummi nak Allah sayang lebih."



Tutup kes!



kalau kanak-kanak sekitar 10-12 tahun boleh menerima jawapan "malu" kerana (secara peribadi) hijab itu sendiri fungsinya untuk memelihara muslimah. Kalau hijab memelihara muslimah (memelihara malu dan maruah diri) niqab jauh lebih menjaga. Kalau ada idea, sila berikan.

tak nafikan, bila pakai niqab seolah-olah menjadi 'public figure' sebab lebih banyak mata memandang. Cabaran untuk lebih berusaha ke arah kebaikan, satu lagi orang menganggap bila pakai niqab maka dia alim (berilmu) jawab tidak, kalau bertudung tiga segi mendalami ilmu pun dia akan menjadi alim (berilmu).



Jawapan ringkas kak Fong. "Niqab adalah masalah wara'. Jadi, setiap seorang ada pandangan masing-masing."


Kata orang, budak-budak akan takut melihat orang berniqab. Tak tahu nak jawab apa sebab mereka makhluk fitrah, ibubapa dan sekeliling yang menjadi pencoraknya. Tapi kalau tengok pengalaman sahabiah anis, sudah banyak kali bertemu dengan kanak-kanak, mereka tiada masalah sebaliknya ibu/bapa yang lebih 'takut' berbanding anak-anak.



Bandingan muslim dan non-muslim, non-muslim jauh lebih terbuka. Boleh bersembang dan sempat bertukar senyuman dengan non-muslim tetapi bila bertemu sesama muslim, pandangan mereka saja sudah pelik.

wassalam..

hmmmm.... .semangat nak hafaz quran lebih tinggi dari nak pakai purdah...”


kerana ISLAM kita berjuang, kerana ISLAM ikhlaskan segalanya..

8 ogos 2010

3.52 a.m

M326

IPTAA KAMPUS KUALA LIPIS.




1 comment:

♥ Afeefah Zainal ♥ said...

assalamualaikum,
salam ukhwah dan salam kenalan.

boleh sis berikan sumber atau dalil yang mengatakan bahawa sahabiah/isteri nabi saw memakai purdah?

saya ada mencarinya,tetapi so far tak jumpa lagi

sekadar ingin tahu,shukran :)