Bismillahirrahmanirrahim..
kehadapan adikku yang dicintai, ketika aku menulis surat ini, jiwaku penuh pengharapan dan kerungsingan terhadap dirimu...
aku tahu nilaian seorang kakak itu sama sekali takkan selalu berada ditempat tertinggi lantaran aku bukanlah kakak kandungmu..aku jua bukan seseorang yang layak untuk mengukir insan bernama kakak dalam diari hidupmu..namun keakraban kita menjadikan kita umpama adik dan kakak...
adik...lembut tuturku memanggil namamu...
“tazkirah hari ini: adik-adik jaga diri baik-baik ye..kadang-kadang akak tak mampu nak jaga adik-adik semuanya setiap saat, akak juga insan biasa yang terkadang tak mampu nak menjaga diri sendiri.. fahamilah isi mesej ini secara tersurat juga tersirat. maafkan segala khilaf akak yang seringkali terhijab dari pandangan mata hati yang telah ternoda oleh banyaknya dosa....”
sebaik sahaja mesej itu sampai aku pasti pelbagai persoalan yang menerpa fikiranmu, adikku..
“kak, saya ada buat salah pape ke?”
“kak, apa yang kak nak sampaikan?”
“kak, terima kasih sebab selalu memberi nasihat kepada saya, maaf ye kalau saya pernah buat silap pada kak..i luv u..”
“insya-allah kak....saya malu dengan kak...maafkan saya”
satu persatu mesej memenuhi inboxku... bukan aku tidak mahu menyampaikan apa yang tersirat di hatiku..namun terlalu susah untuk ku luahkan...kadang-kala bilaku lemah tatkala sakit menyerang, aku tak mampu berkata, hanya sebuah senyuman yang terukir bagi menggantikan sebuah rasa.. tatkala itu emosiku juga berubah, aku amat berharap agar ketika aku sakit, aku tidak menyusahkan orang lain, aku tidak menyakitkan hati orang lain..namun tatkala saat itu datang, kadang-kala aku tak mampu memuaskan hati semua orang... maafkan aku...
adikku, sejak akhir-akhir ini aku melihat banyak yang merubah dirimu...aku tidak mahu “bersangka-sangka” terhadap dirimu..tidak mahu menjadi orang yang dimurkai ALLAH disebabkan sangkaanku terhadapmu..namun, apabila pengakuan dari bibirmu itu menerpa ruang lingkup kehidupanku, aku tak tahu apa yang harus ku perbuat, setiap langkahku, aku khuatir terhadap dirimu..
adikku, aku takut andai engkau bakal merasai apa yang telah aku rasainya..hari demi hari aku diuji.. walaupun aku belum pernah menginjakkan diriku ke kancah dosa tersebut, namun selalu ada daya penarik yang membawaku menuju ke sana...
namun, cintaku kepadaNYA membuatkan hatiku masih belum terbuka buat sesiapa..sesiapa pun adik...
adik..aku akui, aku tidak sebaikmu, aku tidak sejernih nur iman yang berona di wajahmu.. aku juga seringkali merasa malu dengan diri...malu yang teramat... namun, aku masih berusaha menjaga diriku..
jika orang menganggapku sombong lantaran aku tidak pernah melontarkan senyuman, aku tidak pernah memandang ke arah ajnabi tatkala aku berjalan, pandanganku tundukkan serendahnya, aku sama sekali tidak kisah, kerana sisa malu itu masih berbaki dalam diriku.....
aku akui...aku juga punya teman yang ku anggap adik..aku juga punya teman bergurau, namun segalanya aku berpegang pada yang harus.. iaitu selagimana tidak membawa pada yang haram...
aku bukan sombong.. diriku juga pernah bergolak, aku ingin menjadi seperti orang lain... aku pernah merasa menyesal dan bersalah lantaran semua cinta ajnabi ku tolak, suntingan untuk menjadi suri hidupnya ku tolak...satu demi satu kumbang yang ingin hinggap ku lari sejauh mungkin... walau hatiku penuh perasaan sedih, menyesal.. namun aku sering memujuk diri..aku tahu belum tiba masanya.. belum.... dan belum.....
walau aku selalu senyum, itu tak bererti aku bahagia.... aku juga akui aku sedang diuji... ya allah kerna sebuah amanah aku masih bersisa untuk terus menjaga diriku..
adikku... jadilah permata antara kaca... dikau akan selalu menjadi pilihan dan mendapat kedudukan yang tinggi...
adik..aku terlalu menyayangi dirimu..tak mampu ku luahkan segalanya padamu... tak mungkin adikku... sifat malu sentiasa membatasi diriku..inilah lafaz tersimpan .. jaga diri adikku... jaga dirimu sebaik mungkin....
petang semalam, sebaik sahaja aku balik dari dewan, aku terus sujud pada pemilik cintaku, lantaran jiwaku terlalu sakit.....aku meluahkan segalanya dengan linangan air mata membengkakkan mataku.. hatiku sudah bernanah... aku menahan sebuah derita yang takkan ada seorangpun yang faham.. aku ingin sekali berkongsi denganmu adikku... namun, ku batasi diriku lantaran aku malu...malu dengan noda yang bersarang dalam jiwaku....hanya doa yang mampu memujuk hatiku...ya ALLAH ujian ini kau timpakan pada diriku, maka kau pujuklah dengan caramu...aku tunggu ya ALLAH...
adikku... sesungguhnya, engkau punyai amanah yang lebih besar dari itu, aku tahu kau mampu, lantaran itu, aku senantiasa cuba membimbingmu, walau ku sedar diriku juga tidak selalu terbimbing kecuali tarbiyah daripadaNya...
namun adikku, jika benar masamu telah tiba..aku sama-sama bergembira... selamat adikku... selamat...selamat....
namun, jagalah dirimu sebaik mungkin....binalah ikatan halal sepantasnya....
agar, aku benar-benar tersenyum dengan terbinanya sebuah ikatan itu...
adikku, dalam gurauanku, sebenarnya aku mahu kau amati apa yang ingin ku sampaikan...
astaghfirullah... astaghfirullah..astaghfirullah....
adikku...semalam aku masih lagi memikirkan tentang diriku... jika dahulu masih mampu ku terus memujuk dirimu.... semalam ku lihat ramai orang dihadapan kamarmu... ada sesuatu berlakukah? mengapa semua adikku seperti menyembunyikan sesuatu daripadaku? tidak pantaskah aku mengetahuinya sedangkan adik-adik adalah amanah buatku....
adik.... apa jua yang berlaku pada dirimu sehingga orang disekelilingmu seperti menyalahkan dirimu...namun, ingatlah bahawa aku masih di sini, masih sudi untuk membahumu... masih ada untuk mendengar semuanya..masih ada ketika yang lain tiada.. masih ada dan sentiasa ada....
adikku... jika ALLAH sentiasa menutup keaiban seseorang... pasti kau cukup kecewa apabila melihat temanmu seolah-olah membuka keaiban dirimu.... bersabarlah....
adikku, tiada yang salah..kerna ia adalah sebuah fitrah yang takkan dapat kau elakkan... ia senantiasa datang dan pergi.. namun jadikanlah diri kita berbeda daripada yang tidak tahu nilaian agama.. jadikan ISLAM yang terpahat di hatimu sebagai mu benteng, al-haya’ mahkota... al-iman sebagai perisai .. agar kau tetap utuh walau dilanda apa jua ujian.....
salam terakhir buat adikku kerna aku tak tahu andai inilah nasihat terakhirku buatmu... demi ALLAH..rasa CINTA dan SAYANGku padamu benar-benar sepertimana aku menyayangi diriku...
JAGA DIRI ADIKKU..JAGA DIRI ADIKKU....
LA TAHZAN..INNALLAH MA’AKI...UHIBBUKI JIDDAN...
No comments:
Post a Comment