Saturday, August 14, 2010

susahnya ya ALLAH...






Bismillahirrahmanirrahim..

Ramadhan kareem.. pagi pertama ramadhan diisi dengan sebuah pengisian jiwa. Halaqah pagi rabu terasa amat syahdu..entah mengapa..sukar untuk anis rungkaikan maksud tersirat. Perasaan ini terlalu bercampur-baur.. gembira dengan kehadiranMu ramadhan namun sejak beberapa hari sebelum ramadhan dan pada hari anis melangkah ke SIR (Sekolah Islam Ramadhan) hati ini cukup-cukup berdebar untuk menerima tarbiyah daripadaNya dan berdebar-debar memikirkan sebuah praktikal yang bakal diri ini usahakan andai tidak mampu melakukan sebaik mungkin... astaghfirullahal ‘azim..

beberapa hari yang lalu sebelum ramadhan anis meneliti suatu ayat yang membuatkan diri ini terkedu..panjang berfikir..

yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya . Dan dia Maha Perkasa, Maha Pengampun. (almulk : 2)

kerdil sangat rasa diri ini..... setiap malam selalu baca surah al-mulk tapi tak pernah cuba untuk memahami maksud tersirat..alangkah lalai dan ruginya diri ini..

kak..” anis cuba membuka mulut

anis ada terbaca satu ayat...betul ke hanya amalan yang ikhlas diterima ALLAH?” bertanya dengan sebuah soalan yang dah diketahui jawapannya... (kui3 dengan niat nak buka hati sahabat tercinta..)

susah sangat nak ikhlaskan hati.. tahap ikhlas tu terlalu tinggi...anis takut..andai tak mampu mencapai sehingga tahap tu...”.entah apa yang cuba dirungkaikan.

Terkedu membaca satu kisah di blog Pesona Iman. Kisah yang memaparkan tentang maksud keikhlasan dalam beribadat. Cukup berhikmah cara ulama' itu menyampaikan maksud hadith itu.

“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.

“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”

“Tak payah, bawa sahaja karung guni”

“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.

“Mari kita ke pasar!”

Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.

“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.

“Cukup?”

“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.

“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”

“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”

“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.

“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.

“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.

“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”

“Tak buat apa-apa”

“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.

“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”

“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.

“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”

“Dengan memikul batu-batu ini?”

“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap hanya batu-batu.”

“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?

“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah penat.”

“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.

ye..anis faham (~~.)V..

Cabaran dalam keikhlasan

Ikhlas... masih sukar lagi rasanya untuk bertapak...

Membersihkan diri dari kehendak dunia bukan sesuatu yang mudah. Segala aktiviti dalam hidup kita mestilah dibersihkan dari matlamat duniawi. Tiada perbandingan duniawi yang boleh dibuat tentang mendapatkan keikhlasan.

Seorang ulama’ pernah berkata, “Cabaran paling susah dalam dunia ini adalah untuk MENGIKHLASKAN DIRI, sudah banyak kali aku cuba mengeluarkan riya’ dari hati aku, tetapi ia kembali dalam bentuk yang lain. Kebahagiaan buat sesiapa yang dapat melangkah satu langkah tanpa mengharapkan selain keredhaan Allah”.

IKHLAS VS EGOIS??

Ikhlas dan ego memang mempunyai talian permusuhan yang amat dahsyat (huhu)


Bila kita mempunyai keikhlasan kepada Allah, ia dikira sebgai satu kemenangan menentang sifat ego dan penting diri. Untuk mengatasi sifat ego dan penting diri, kita mestilah ada sifat mujahadah iaitu dapat melawan kemahuan diri. Kita juga mesti ada sifat muraqabah iaitu sentiasa meyakini bahawa Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan untuk menghalang godaan syaitan.



Tapi bila anis kata tatkala kita ikhlas, bukan bermakna kita tidak mencari harta atau nafkah tapi bermakna dalam kerja kita mestilah tiada kepentingan diri dan kepentingan duniawi tapi sebagai mentaati perintah Allah.



Allah tidak menerima amalan yang tidak ikhlas. Allah hanya mneima amalan yang ikhlas dan dibuat semata-mata untuk mendapa keredhaannya. part nilah yang anis duk fikir-fikir sejak akhir-akhir ini... astaghfirullahal’azim..

RUKUN AMALAN KITE

Dua rukun amalan yang diterima ini ada disebut dalam Quran:


Dan barang siapa berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang kukuh (31:22)


Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mngerjakan kebaikan…(4:125)

Dalam ayat di atas, “berserah diri kepada Allah” ialah membetulkan niat kerana Allah, manakala “mengerjakan kebaikan” atau yang muhsin ialah yang melakukan kerja mengikut sunnah Rasulullah...

Jadi, apa y Amalan yang kita lakukan mestilah mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah dan tidak bercanggahan dengan syara’ dan kedua-dua rukun ini mestilah seiringan. Jika seseorang itu melakukan sesuatu amalan dengan niat yang ikhlas tetapi tidak mengikut sunnah Rasulullah atau melanggar syara’ maka amalannya tidak diterima. Macam tu juga sebaliknya, jika seseorang itu melakukan amalan mengikut syara’ dengan niat yang tidak ikhlas, amalannya juga tidak diterima.



Contoh melakukan amalan yang baik dengan niat yang salah ialah membina masjid. Membina masjid ialah sesuatu yang amat digalakkan dalam islam dan dijanjikan banyak ganjaran kepada sesiapa yang membinanya dengan niat yang betul. Ambil contoh dari sebuah kisah....

Pada zaman Rasulullah, terdapat orang munafik yang memebina masjid dengan tujuan mengintip umat islam. Allah menurunkan ayat mengenai pembinaan masjid ini yang membuktikan bahawa perbuatan yang baik dengan niat yang salah tidak diterima oleh Allah.



“Dan (diantara orang-orang mnafik itu) ada yang mendirikan masjid untuk menimbulkan bencana (pada orang-orang beriman), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang yang beriman serta untuk menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan rasulnya sejak dahulu. Mereka dengan pasti bersumpah “Kami hanya menghendaki kebaikan.” Dan Allah bersaksi bahawa mereka itu pendusta (dalam sumpahnya)” (9:107)



Apablia niat seseorang itu tercampur antara niat ikhlas kerana Allah dan niat duniawi seperti mendapat harta dan pangkat, amalanya tidak diterima. Seperti diterangkan oleh Ibn Ataa’illah: “Allah tidak menerima amalan yang dikongsi, dan dia tidak mendekati hati yang dikongsi.”

Apabila niat kita tercampur dan niat yang ikhlas kerana Allah itu lebih kuat dari niat yang duniawi, kita bolehlah berdoa dan berharap amalan kita tidak ditolak sepenuhnya.

Abu Hurairah miriwayatkan hadith yang menceritakan kita tentang tiga golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka, seorang yang berjihad supaya orang mengagumi keberaniannya, ulama’ yang mencari ilmu supaya orang mengagumi kebijaksanaanya, dan seorang yang kaya yang banyak menderma supaya orang memujinya. Riya’ menghancurkan amalan tiga orang tersebut dan mereka dimasukkan ke dalam neraka.


JADI, JELASLAH, amalan yang tidak disertakan dengan keikhlasan dilemparkan balik kepada yang melakukannya seperti wang palsu dilemparkan kepada pemiliknya di bank. (macam teks syarahan tafsir gitu).. (^-^)..

IKHLASLAH DALAM MEMBERI

Sebagai seorang dai’e .. selalu slogan hidup pada memberi menutur di bibir...

tapi kadang-kadang ikhlas dalam memberi namun, kadang-kadang apabila dipaksa maka terasa pemberian itu sia-sia lantaran hati terasa kosong tanpa perasaan redha dalam memberi..

Teringat sebuah muhasabah seorang murabbi yang membuatkan diri ini tersentak dari lamunan.. ikhlas...ikhlas..ikhlas....

anis cukup tertarik pada perkongsian seorang Ukht (ukht Atirah)

Terkadang, manusia ingin sangat segala jasanya dikenang. Kerap pula, mengharapkan kebaikan kita sering kali dibincang-bincangkan. Selalu juga ada insan yang terluka dengan insan lain yang mudah melupakan jasanya.


Teringat satu kalam, keburukan(aib) manusia lain ditutup, tapi, kebaikannya disebut-sebut. Tersenyum dengan kata-kata ini. Adab kita bila menghargai pemberian manusia sebenarnya tapi bukanlah menjadi adab kita yang memberikan pemberian sebenarnya.


Cukuplah Allah mengetahui nilaian pemberian kita, keikhlasan kita yang memberi. Jika orang yang menerima ada adab, kita yang memberi juga mempunyai adab yang perlu dijaga, jangan kita menyebut-nyebut pemberian kita, ditakuti orang yang menerima terasa. Tersenyum. Menerima punya adab, yang memberi juga ada adab. Maka itulah kelangsungan pada setiap sebuah pemberian Allah. Rezeki dariNYA yang perlu kita agihkan. Inilah tugas kita yang telah DIA pilih untuk agihkan harta kekayaan di dunia ini.




Pernah dikhabarkan pada satu masa, ketika pemerintahan Khalifah Abu Bakar, ketika itu berlaku kemarau. Semua rakyat bertemu dengan khalifah, meminta penyelesaian kerana makin lama kehidupan mereka semakin teruk sehingga ada yang mati kelaparan.


"Wahai sekalian manusia, bersabarlah, kerana dikhabarkan bahawa Uthman akan balik dari Syam membawa bekalan pada esok hari. Bersabarlah" Pujukan Amirul Mukminin.


Lalu seperti yang dikhabarkan, Uthman pun sampai keesokkan harinya dengan membawa pelbagai barang dagangan. Maka, pedagang-pedagang semua berkumpullah di rumah Uthman.


"Wahai Uthman, kau juallah barang daganganmu kepada kami"




Uthman yang mendengar permintaan mereka lalu bertanya, "Aku akan jual. Berapa yang kau sanggup bayar kepadaku?"




"Tiga dinar"




"Ah, terlalu sikit. Ada yang boleh memberi lebih dari itu?"




"Empat dinar"




"Masih sikit lagi. Ada yang mahu menambah lagi?"




Maka mereka pun tawar-menawar sehingga ke tujuh dinar. Namun, Uthman masih lagi mengucapkan bahawa ianya masih lagi sikit.




"Wahai Uthman, tiada lagi pedagang lain yang boleh memberikan seperti mana yang kami tawarkan. Hanya ini sahaja yang kami mampu"




"Ada, masih ada lagi. Iaitu Allah subhana wa taala. DIA memberi 10 pahala pada setiap dirham yang kalian tawarkan. Adakah ada yang sanggup tawar lebih dari itu? Dengarlah wahai penduduk Madinah sekalian, dengan ini, KERANA ALLAH, aku mendermakan semua barangan ini kepada sekalian rakyat"




Lihatlah keyakinan beliau dengan janji Allah. Lihatlah tawar menawar beliau pada setiap lelah yang dia cari untuk dinilai oleh Allah. Malah, Saidina Uthman yang kita kenal ini, terkenal dengan sifat dermawannya sejak dahulu lagi. Ketahuilah, setiap yang kita lakukan ini punca asal dariNYA. Dan manfaatkanlah sebaiknya untuk memperolehi pahala di sisinya.




Ingatlah wahai sahabat, kita bukan masuk ke syurga kerana amalan kita ini tetapi dengan rahmatNYA. Pasti ada yang bertanya, "Dahtu, kenapa aku tunggang terbalik beribadat tapi aku tak dimasukkan ke syurga" Tersenyum mendengar pertanyaan ini. Aku boleh balikkan semula soalan ini dengan, "Sanggupkah kalian menghadapi saat-saat kita hari penghisaban, ketika mana matahari didekatkan kepada kita? Sanggupkah kita menghadapi kehidupan berseorangan di alam kubur jika bukan amalan kita yang menjadi teman kita?" Sanggupkah wahai sahabat sekalian.



Apabila meniti sirah, ada yang akan laju berjalan, ada yang berjalan dengan perlahan, malah, ada juga yang tidak berani untuk memulakan langkah. Ketika ini, amalan kitalah yang membantu. Amalan inilah yang akan menemani kita setiap waktu ketika mana kita keseorangan, ketika mana satu kebaikan itu menjadi rebutan. Ketika itulah satu amalan yang baik lebih kita rebutkan dari sekeping wang dinar.




Bagaimana pula dengan golongan yang tidak mahu berjalan ini. Terkaku di hadapan titian sirath? Yakinlah, pada setiap manusia yang mencintai Rasulullah s.a.w, dan saat itulah baginda akan datang menolong. Bukankah setiap amalan kita ini ada sebab-sebabnya kita lakukan di dunia ini?



Teringat kembali kisah saat baginda hampir wafat, apa yang merisaukan baginda adalah umatnya yang akan ditimpa kesusahan, dan permintaan baginda ketika itu adalah agar ditimpakan sahaja semua kesakitan itu kepada baginda. Sedangkan baginda belum kenal lagi umatnya yang sekarang ini bagaimana.




"Ummati, ummati, ummati"




Dan, kenapalah kita masih lagi sombong untuk tidak cuba mencintai baginda lebih dari segala-galanya. Sesuatu manisnya iman itu tidak akan dapat kita rasa seandainya tidak kita katakan Allah dan Rasul yang kita cinta lebih dari segala-galanya. Cubalah cintai baginda. Baginda terlalu banyak membimbangkan kita sehingga sanggup menerima segala kesakitan itu hanya kerana ingin melihat kita dimudahkan oleh Allah dalam ujian kita di hari pengakhiran.


Adakah patut untuk baginda merasa kecik hati kerana susah payahnya ini diambil enteng oleh kita yang bergelar umatnya? Adakah patut baginda untuk bercucuran air mata memikirkan segala pengorbanan baginda ini disia-siakan? Tidak, Rasulullah s.a.w memberi untuk tidak dibalas oleh manusia. Baikkan baginda? Dan, kenapa kita tidak cuba untuk berusaha menjadi seperti baginda, ikhlas memberi malah ingin membantu dalam setiap ujian yang kita hadapi. Ingin meringankan setiap halangan kita. Bukankah patut kita menjadikan contoh ini agar kita tidak mudah terasa hati dengan manusia.




”Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang sholeh”. (HR: Bukhari dalam shahih Bukhari kitab adab, Baihaqi dalam kitab syu’bil Iman dan Hakim).


Rasulullah menjadi contoh dalam setiap akhlak yang baik. Kita tidak dibiarkan dengan seorang manusia yang berkata, "marilah melakukan kebaikan" Lalu disoal balik, "Macam mana nak melakukan kebaikan" Dan inilah contohnya, Rasulullah s.a.w. Kenapa kita masih lagi soalkan semula dengan, "Itu nabi, lainlah." Menggeleng kepala dengan manusia yang menuturkannya dengan laju menyatakan perbezaan ini. Nabi menjadi contoh, dan ikutlah kerana sesungguhnya baginda mengetahui manusia ini bagaimana.

Entahlah, takut jika niat itu terpesong. Sedangkan nak dapatkan khusyuk pun susah, inikan pula untuk memasukkan niat kita kerana Allah dalam kita beribadat. Allah, masih terlalu banyak yang tidak dapat ku fahami di dunia ini. Kenapa para sahabat di zaman Rasulullah s.a.w begitu tinggi iman mereka?




Tiada yang senang dalam dunia ini melainkan bila kita telah sampai di syurga yang penuh nikmat. Kita takkan sampai ke tahap sehingga redha itu terlalu indah untuk ditinggalkan dalam hidup kita jika kita masih lagi mengikat simpul mati hati kita pada dunia ini. Betapa dalamnya sakit yang kita alami di dunia, yakinlah, bertambah dalam juga nikmat yang Allah berikan di sana. Anggaplah segala sakitnya hati kita di dunia ini dengan nikmat di sana. Kita melakukan pelaburan. Jika kita tak bersusah-susah di awal waktu, dan kita tidak akan dapat apa-apa di akhir waktu. Itulah pelaburan.




Percayalah, jika kita ikhlas memberi, kerana Allah, maka mudahlah iman itu dipelihara. Sehingga kita merasakan hidup ini di awan-awangan mencari redhaNYA. Terapung-apung untuk sampai kepadaNYA, mengharapkan pertemuan denganNYA. Ah, indahnya saat itu jika dijanjikan olehNYA, terus pada kita. Ah, indahnya hidup di dunia demi untuk akhirat. Indahnya.


Setiap manusia ada kelemahannya yang tersendiri yang menjadi asbab untuk kita tidak bongkak di dunia ini. Aku sukakan yang batil, tetapi aku takutkan yang hak. Satu kata-kata seorang ahli bijak pandai bila mana seorang khalifah bertanya. Maka terkejutlah khalifah itu kerana orang yang ditanya ini adalah seorang yang mempunyai keluasan ilmu agama yang tinggi.


"Apa maksud engkau dengan kata-kata engkau"




"Wahai khalifah, bukankah kebanyakan orang yang berdosa, bila mana dia bertaubat, dia taubat yang sesungguhnya kerana menyesali perbuatannya. Malah, pengharapan dia pada Allah lebih-lebih lagi jika dibandingkan manusia yang dari sejak awal dah dididik baik, dan sehingga dia terasa bangga dengan kebaikannya sendiri. Dia tak menyedari tentang dosa tersembunyinya, berbeza dengan orang tadi, dosanya dilihat, dan ianya menjadi igauan dalam kehidupannya. Setiap masa merintih dan merintih.




Bukankah keluarga itu perkara hak. Tetapi banyak manusia terleka dengan perkara hak ini. Sehingga lupa untuk berbakti pada islam disebabkan perasaannya yang begitu sayang pada perkara hak. Harta juga perkara hak. Cuba lihat, berapa ramai manusia yang benar-benar menggunakan perkara hak ini untuk mencari redhaNYA. Yang menjadi kegilaannya, bagaimana untuk menambah-nambah kan lagi hartanya. Bukankah perkara hak ini memberi bebanan dosa yang tidak kita sedari."




Begitulah ... Kita tak sedar segala kebaikan yang kita lakukan itu sebenarnya diterima oleh Allah atau tidak. Tidak perlulah runsingkan setiap penilaian manusia. Apa yang kita buat adalah kerana Allah. Allah yang akan menilai setiap apa yang kita beri. Penilaian Allah lah sepatutnya kita perhatikan. Jika manusia tidak ingat pada pemberian kita, cukuplah Allah ingat dengan setiap apa yang kita beri. Kerana penilaian Allah lah yang kita ambil kira.


Apalah akan jadi kalau DIA pula tidak ingat akan pemberian kita disebabkan niat kita untuk memberi pada manusia agar manusia selalu ingat jasa kita? Bukankah kita dah menghilangkan maksud ikhlas itu dengan mengharapkan balasan dari manusia..


Fikirkanlah wahai sahabat sayang. Kita memberi untuk pelaburan kita di sana. Dan fikirkanlah selagi mana kita punya sesuatu, laburkanlah seperti Saidina Uthman yang mengharapkan pelaburannya itu di sisiNYA, bukan di pandangan manusia. Malah, pandangan manusia itu dianggap terlalu sedikit sehingga dia lebih rela hasil pelaburannya itu dia terima ketika di sana.


Ingatlah wahai sahabat-sahabat. Setiap apa yang kita ada, ada hak manusia lain yang telah DIA taklifkan kita sebagai pembahagi harta yang kita terima dariNYA. Kita diberi tanggungjawab untuk menyebarkan harta yang berlebihan pada kita untuk hak manusia lain. Janganlah terlalu lokek dan yakinlah, ada ganjaran yang DIA simpan untuk kita pada esok hari. Maka, beramallah dan buatlah pelaburan selagi mana kita mampu.

M326

4.04 pm

14 ogos 2010

No comments: