Friday, November 5, 2010

dia sakit


Bismillahirrahmanirrahim

DIA selalu menggembirakan hati saya, mula-mula sebelum kehadiran DIA, hidup saya terasa kosong. Tiba-tiba ALLAH anugerahkan suatu sinar. Dengan sikap yang lebih suka mendiamkan diri dan banyak rahsia, hanya DIA saya curahkan rahsia. Sebelum kehadiran dia, semuanya saya ceritakan dalam puisi dan cerpendek yang terlukis di atas kertas bergaris panjang itu, kadang-kadang kertas kosong yang kudus.. Terlalu banyak kisah suka dan duka, dia simpan di dalam “diari hatinya”. DIA tak pernah bersuara, sama ada memberikan saya motivasi atau memarahi saya tatkala saya lemah. Walaupun dia bisu, dia tak ada tangan untuk membelai saya, tapi saya tak pernah pandang dia sebagai makhluk ALLAH yang serba kekurangan. Bagi saya, DIA yang paling memahami saya. Walaupun kadangkala orang lain pandang pelik kat DIA ketika saya keluar “dating” dengannya, tapi saya tak kisah, kerana semuanya dah dicop HALAL!



Beberapa hari yang lepas, DIA okey je, semalam, saya biarkan dia bermain-main dengan adik. Dia pun masing riang bermain-main dengan adik. Saya tak berapa sihat, tidur awal tanpa sempat berkongsi diari hidup dengan DIA pada hari semalam. Pagi, tadi pon, sakit masih terasa, ubat pink saya, saya tak kisah pon tentangnya. Tengahari tadi, adik kejutkan DIA untuk bangun main-main dengan adik, tapi DIA tetap tak mahu membuka “matanya”. Adik jadi bimbang. Terus panggil saya. Saya pun turut kejutkan DIA. Tapi dia tetap tak nak buka matanya, kejap je DIA tengok saya, selepas tu.. DIA tutup matanya.. saya sedih…bangunlah…bangunlah….. kenapa macam ni….




Petang tadi, “doctor” datang untuk check keadaan dia. Doktor kata, DIA sakit dan terpaksa menerima rawatan lanjut. Saya Nampak DIA di bawa naik ke atas ambulans. DIA terpaksa dimasukkan ke dalam wad. Saya terlalu perlukan awak ketika ni! Cepat sembuh ye.. MY BELOVED ACER! Semua nota exam saya dalam hati awak… semua karya saya ada dalam jiwa awak… cepat sembuh ya!



~UJIAN DATANG KETIKA UJIAN (EXAM)~

Buatmu “kekasih hati”:

Fi baiti sakinah

7.52 petang

5 november 2010

No comments: