Tuesday, November 30, 2010

mencari KITAB INSPIRASI


Bismillahirrahmanirrahim..


Masih dalam mood mencari inspirasi.. beberapa hari dalam perdebatan untuk mencari sebuah penyelesaian. Juga, ekor mata terus terlirik pada sebuah “kitab”. Iye, DIARI SUFI yang mengajar Anis suatu erti, betapa pentingnya sebuah kata bernama DOA.

Kerana padanyalah satu JALAN tersusun rapi menuju RABB. Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah. Membuat orang tidak percaya menjadi percaya. Memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.





Anis tertarik dengan gaya santai kitab ini, sangat sesuai buat INSAN yang baru mencari belajar mencari ERTI. Izinkan Anis memetik kata-kata dari DIARI SUFI ini..

Setiap insan punya cara tersendiri untuk meluahkan rahsia hati… tidak kira pada sahabat, teman mahu pun keluarga. Tidak semua rahsia hati mempu diluahkan dengan kata-kata. Maka lahirlah Dairi Sufi yang diselitkan dengan doa, buat renungan untuk insan-insan kerdil yang selalu mengharapkan keredhaanNya.

Membaca buku ini begitu menyamankan hati. Menajamkan minda dan bisa menyemarakkan iman. Satu perkara yang dapat Anis rasa… terutama pada INSAN yang suka meluahkan dan berkongsi dihujung PENA..







Kisah yang berlingkar tentang kehidupan seorang gadis (mungkin diri penulis ini sendiri) yang segalanya diluahkan di dalam sebuah diari. Bercerita tentang suka dukanya kepada diari yang padanya lebih memahami apa yang tersirat di hati berbanding dengan manusia yang tidak begitu ambil peduli.



Apa yang menjadikan buku ini lebih menarik apabila setiap penceritaan disaluti doa yang berkaitan dan dilapik dengan ayat-ayat Quran sebagai buah hujah membenarkan tindakan.






Anis juga ingin sekali berkongsi sedikit ayat-ayat daripada buku ini yang di bawah bab 'Peliharalah Perjuanganku"



Perjuangan merupakan satu wadah yang sering disalahertikan. Definisi diberikan dengan merujuk kepada natijah yang belum terzahir tanpa menimbang dulu niat dan maksud yang mengiringi sesuatu perjuangan itu. Kita sebagai khalifah Allah SWT semuanya harus berjuang. Makna perjuangan juga tidaklah seharusnya disempitkan kepada pentafsiran yang kolot. Perjuangn boleh lahir dalam pelbagai situasi. Anak berjuang untuk mendapat keredaan Allah SWT melalui mentaati ibu bapanya. Guru berjuang membangunkan sahsiah anak bangsanya dengan ilmu. Majikan berjuang untuk memberikan keadilan dalam menangani para pekerjanya. Seorang Muslim selain memperjuangkan agamanya, berjuang menentang hawa nafsu. Semuanya merupakan para pejuang.



Melewati zaman yang berpintukan kecanggihan berjendela teknologi, menjadikan peranan perjuangan semakin sepi bunyinya. Malah pentafsiran negatif pula mengambil tempat seolah-olah perjuangan adalah sesuatu yang melanggar hukum alam dan buruk benar kesannya. Sebut saja perjuangan, maka kehancuran akan terpancar serta kemusnahan akan terbayang di benak kita sedangkan para rasul, sahabat dan tabiin tidak sudah-sudah berjuang hingga ke hembusan nafas terakhir mereka. Usah dituruti kesesatan yang tiada hujung pangkalnya. Yakin pada Allah SWT selagi kita memperjuangkan hak dan kebenaran kerana Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang benar.

"...Dan mereka yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjuki jalan-jalan Kami itu." [Surah al-Ankabut:69]




Apabila kebatilan ada di depan mata, kita diam...
Hati berkata...
Aduhai manusia kenapalah kamu ingkar?

Apabila kejahilan ada di depan mata, kita bungkam...
Akal berkata...
Aduhai manusia kenapalah kamu tidak belajar?

Apabila kejumudan ada di depan mata, kita tergamam...
Jiwa berkata...
Aduhai manusia kenapalah kamu berbuat mungkar?

Akan tetapi...

Apabila kebatilan ada di depan mata, kita berjuang...
Hati berkata,
Ya ALLAH perkasakan aku menghapus kerosakan itu...

Apabila kejahilan ada di depan mata, kita berjuang...
Akal berkata,
Ya ALLAH kuatkan aku untuk memberinya ilmu...

Apabila kejumudan ada di depan mata, kita berjuang...
Jiwa berkata,
Ya ALLAH izinkan aku membela agamaMu...

Berjuanglah saudaraku...
Berjuanglah sahabatku...
Berjuanglah diriku...






DIARI SUFI
Siti Munazakiah
Must Read sdn bhd
RM15.90


Buku ini Anis sarankan untuk dimiliki dan selamilah kata-katanya yang indah membuai dalam dakwah ringan tetapi membina. Amat sesuai untuk bacaan remaja sebagai bahan bakar menjalani kehidupan seharian dengan SULAMAN DOA BUAT PEMANGKIN JIWA.


kiut kan "baby arab" ni ?? ^-^



Inspirasi DIARI SUFI,

Di hujung pena Anis Humaira,

1 Disember 2010,

10.22 a.m

Fi Baiti Sakinah.



No comments: