Bismillahirrahmanirrahim..
Terimbas pada perkongsian lepas, sekali lagi ia datang… sekali datang pasti ku berlari ke arah tingkap, melihat titisan pertama yang jatuh menyembah bumi. Subhanallah… selepas hujan, pasti ada pelangi yang indah mewarnai wajah hujan sebentar tadi.. Teringat pada seorang sahabat, rupanya kami mempunyai minat yang sama..subnallah. Berjalan sepi subuh hari, pasti tak lupa mendongakkan ke langit, melihat bebintang dan bulan.. setiap ciptaannya yang pasti menggetarkan jiwa betapa berkuasanya DIA.. “afala ta’qilun..” tidakkah kamu berfikir???
Suara hujan terus merintik
Renyai-renyai..
Tenang membuai rasa
Umpama memahami hati
rinai hujan masih terdengar
seperti nyanyian jiwa
menjatuhkan satu satu manik air
masih setia dengan irama yang sama
tetap setia..
7 November 2010,
12.09 a.m,
fi baiti sakinah
No comments:
Post a Comment