Saturday, July 30, 2011

kalam lambaian Syaaban





Bismillahirrahmanirrahim…



Alhamdulillah… syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat ALLAH.. setelah 5 hari menahan sakit MR.M sudah pun pulang ke “rumahnya”.. harap-harapnya janganlah selalu singgah ke sini ye.... ^_^.. kata orang ceria-ceriakan diri…agar orang tidak melihat apa yang kita rasa.. bukan mudah mahu memahamkan insan lain..biarlah ALLAH yang memahami diri ini..



musim Assignment  sudah mula bertandang dalam ruang hidup sebagai seorang guru pelatih… semalam semasa mencari-cari bahan di pusat sumber, seperti biasa “nafsu” terasa bagai mahu “memukal” semua stok buku yang ada..hehe… walakin alhamdulillah….masih boleh dikawal diri ini… walaupun terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada beberapa buah buku T_T”



Walaupun buku-buku yang dipinjam kulitnya bukan seperti buku-buku yang ada pada masa kini, indah dan cantik kulitnya, ilustrasi dan gambar yang menarik..bagi Anis, cukuplah ilmu yang ada di dalamnya menjadi tarikan semula jadi bukan tertipu oleh indahnya “bicara” kulit buku.



Kembali menelusuri minggu-minggu yang lalu… sebulan menguruskan program bersama nuqaba’ lain membuat diri muhasabah kembali apa yang bisa diambil..kembali mencari titik makna sesuatu..




AKMAL (Akademi Kepimpinan Mahasiswa Al-Fatih)

AKMAL baru sahaja berlalu pergi, walaupun hanya sekejap sahaja ALLAH merencanakan diri ini untuk mendapat pengisian, namun, anis cukup yakin bahawa “program” yang ALLAH rencanakan buat diri adalah lebih-lebih baik dari segalaNYA..
selepas program AKMAL, rata-rata bercerita tentangnya, di laman social atau terus meniti dibibir… TAHNIAH! Andalah insan pilihan ALLAH…



Tahukan anda kenapa meniti di bibir mereka ini perkataan "Ertinya apa !!!?" sebaik sahaja melangkah keluar dari AKMAL semalam ? Benar, mereka sudah tahu bagaimana MEMAKNA sirah dan sejarah secara REALISITK bersampelkan kes Muhammad Al-Fatih. TAHNIAH mahasiswa alumni AKMAL 2011 IPGM Kuala Lipis. Buat kali ketiga dalam bulan ini saya mendapati pengarah program adalah muslimat!



Itulah kata-kata oleh Ust.Syaari… bertuahnya kalian… mudah-mudahan kelak anis menjadi salah seorang insan pilihan ALLAH untuk diberi peluang mendapatkan “sesuatu” dari program seumpama ini.




MENGINTAI JENDELA MENANTI HADIRMU


Program sebulan di bawah Afzan Nuqaba’ Council  (ANC) sudah pun melabuhkan tirainya semalam.. walaupun terasa banyak kekurangan di dalamnya.. namun apa yang pasti semoga misi penubuhan ANC iaitu untuk Meningkatkan daya kepimpinan nuqaba’ dalam direalisasikan sedikit demi sedikit.



Allahu Akbar… ramadhan sudah semakin hampir.. tapi bersediakah diri ini…. bukan mudah kan??  takut dan macam-macam perasaan bercampur baur… umpama bagai student yang baru ingin mendaftar ke sebuah university “ramadhan”.. bimbang dengan mehnah dan tribulasi yang bakal dialami nanti.. kuatkan aku ya ALLAH!!!  (aku insan yang sering terpedaya dengan gambaran dunia…)









Buku himpunan khutbah Rasulullah, Wasiat Agung Buat Umat Tercinta..benar-benar seadanya.. membuatkan bibir kadangkala tersenyum umpama diri ini sendiri mendengar khutbah Rasulullah tatkala berbicara tentang nikmat syurga.. terkadang wajah terkerut..takut dengan azab-azab yang terisi dalam khutbah Nabi Muhammad ini..Allah..



Bermula dengan pengantar pengarang yang cukup bijak memulakan himpunan khutbah membuatkan hati membuahkan perasaan cemburu!


Memetik kata-kata Ustaz Rohidzir Rais , Muhammad bin Abdullah adalah manusia biasa yang diberikan tanggung jawab luar biasa. Sebagai perantara atau rasul di antara Tuhan kepada hamba-hambanya, Rasulullah perlu menyampaikan semua peringatan, pesanan dan arahan Allah kepada umatnya. Justeru, sudah tentu Rasulullah perlu melibatkan diri di tengah masyarakat dan menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Tidak hanya mengendalikan urusan langit dan agama, Rasulullah mengatur urusan kenegaraan, menyiapkan ketenteraan bagi menghadapi musuh, menyelesaikan kemelut dan konflik dalam negara, malah mendamaikan sengketa keluarga.


Prihatin dengan permasalahan umatnya, Rasulullah tidak hanya berkhutbah di atas mimbar di majlis rasmi seperti pemimpin lain. Beliau menyampaikan pesanan dan teguran di medan peperangan, di pasar, di kebun, di tepi jalan, malah ketika berada di atas belakang unta.


Sewajarnya ktia mencemburui para sahabat yang berpeluang mendengar nasihat dan kata-kata indah daripada Rasulullah!!



Ibarat titisan embun yang menyegarkan jiwa, membangkitkan rohani. Besarnya impak kata-kata Rasulullah dapat dilihat pada emosi sahabat yang terusik hingga menitiskan air mata, merintih kekesalan. Malah musuh yang mahu membunuhnya juga terkesima hingga melepaskan pedangnya.



Alangkah indahnya jika ucapan dan pidato Rasul mulia ini dapat kita tatap kembali bagi mengisi rongga hati kita yang lompong.  T_T”



Daripada buku ini..sempena ramadhan yang bakal membuka tirainya… ayuh merenung kembali isi khutbah kekasih Allah ini..



KHUTBAH RASULLLAH MENYAMBUT RAMADHAN

Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kamu sekalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah (keampunan). Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. saat demi saatnya adalah saat-saat paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu dimakbulkan. 


Bermohonlah kepada Allah Rabbmu,  dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari Kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. 
Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, eratkanlah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. 


Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya kamu akan dikasihi manusia. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; 

Dia menjawab kepada hamba Nya ketika mereka menyeru-Nya, Dia menyambut hamba Nya,  ketika mereka memanggil-Nya, dan Dia mengabulkan  permintaan hamba Nya, ketika mereka berdoa kepada-Nya. 

Wahai manusia! 
Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Iaitu memperbanyakan solat sunat ( diantaranya solat sunat Tarawih).


Ketahuilah! Allah ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbul 'Alamin. ( iaitu di hari kiamat  nanti).


Wahai manusia! 
Barangsiapa di antaramu memberi makanan untuk berbuka puasa kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ramadhan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba sahaya, dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu. (Sahabat- sahabat bertanya, " Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian." Rasulullah Menjawab Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya   bersedekah  dengan  seteguk air. 

Wahai manusia! 
Barang siapa yang mempercantikkan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati jambatan sirathal mustaqin,  yang  pada hari ketika itu, banyak  kaki-kaki tergelincir. Barangsiapa yang meringankan pekerjaan   pegawai atau pembantunya  atau  hambanya di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. 

Barangsiapa menahan keburukkannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan  ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya. 

Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. 
Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini ( seperti solat sunat tarawikh) , Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. 

  
Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya  pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca satu ayat Al-Qur’an, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur'an pada bulan-bulan yang lain. 


Wahai manusia! 
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.   Ali bin Abi Thalib r.a. berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama  di bulan ramadhan ini? " Jawab Baginda, “Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah."










DOAKU

Sungguh tidak rugi bagi Anis sendiri untuk terus menatap buku ini kerana ia disusun dengan menghimpunkan pidato, syarahan dan teguran Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Menariknya juga, bagi memudahkan pembaca umum, buku ini disusun mengikut bab tertentu, seperti akidah, akhirat, kematian, syurga dan neraka, pemimpin dan kepimpinan serta wasiat yang ditujukan khusus kepada sahabat-sahabat tertentu.

Walau pun tidak mendengar dari lidah suci Rasulullah sendiri, sekurang-kurangnya  dapat memanfaatkan inti sari khutbahnya dalam kehidupan seharian.

Dengan kudrat yang ada, aku memohon kepadaMU ya ALLAH semoga Ramadhan kali ini aku bisa menyambutnya dan melayannya sebagai tetamu yang paling penting .... benarkan jua aku merealisasikan  “impian” yang aku pasakkan semenjak  kecil lagi….

semoga apa jua ibadahku tetap bertitikkan ALLAH sebagai niatku dan redhaNYA sebagai dambaanku..
ALLAH..ANTA MAQSUDI WA REDHAKA MATLUBI….

p/s: semoga menjadi hamba pilihan yang mendapat RAHMAT, MAGHFIRAH DAN PEMBEBASAN DARI API NERAKA SERTA MENJADI INSAN YANG MENDAPAT NIKMAT LAILATUL QADR!! AMIN3X!



30 Julai 2011
28 Syaaban 1432H
11.42 p.m
FI M217






Monday, July 25, 2011

~tak terlepas dari perhitunganNYA~





Bismillahirrahmanirrahim…



hari ini aku mencari jiwa untuk terus menulis… mencari hati yang kian kelam..mencari pengertian yang kian kabur…. memang benar akhir zaman ini penuh fitnah… aku sentiasa doakan agar rabb memimpin hatiku..




 ingin aku bertemu titik yang ingin ku cari..biar hingga aku benar-benar rasa bahawa aku benar-benar hamba…..




pasti!!!




aku bimbang andai aku tidak bisa menjadi hamba yang baik….masakan aku dapat bergembira dengan gambaran dunia yang terlukis di hatiku…




aku tidak dapat menipu rabbku bahawa aku bukan hambanya yang baik…




tapi DIA masih sentiasa sudi memandangku dengan cara dan kehendaknya..





aku sentiasa rakus dengan nikmat dunia…mungkin aku mengatakan tidak namun di mana maqamku di sisi rabb…. ighfirli ya Rabb….




aku ingat….





semalam digenangi air mata menahan sakit…sekejap di atas katil..sekejap duduk di atas lantai… hampir-hampir menghantukkan sekuat rasa kepala ke dinding… ALLAH Maha Tahu…andai mak ada di sisi pasti terurai sedikit kesakitan dengan belaian kasih sayang mak…..




aku tahu aku takkan mampu menahan rasa yang aku tanggung sejak usiaku mula menginjak belasan tahun ini…




namun…saatku menadah tangan memohon kepada rabb ternyata kasih sayang ALLAH lebih besar dan lebih agung…aku hampir saja disesatkan dengan kesakitan yang menimpaku.. nikmat mataku bagai dihiris-hiris… inilah akibat dosaku… pasti ada dosa yang aku lakukan tanpa aku sedar….




biarlah insan sentiasa takkan bisa memahami aku…





aku berkongsi bukan menagih simpati… aku hanya ingin koreksi diri mengajak hati yang ingin menghayati erti…





ya ALLAH…aku sering lupa… siapalah aku untuk terus berbicara dan mengatakan sebarang kata…




cukuplah aku hanya ingin mengingatkan bersyukurlah kamu kerna ALLAH masih membenarkan kamu menjadi hamba yang dapat beribadah sesungguhnya…



dengan segala nikmat yang ada pada kamu..



sujudlah pada rabbmu..



hidupkan hati dan bibir dengan zikrullah




lafazkan rindu dengan selawat…




semoga aku sentiasa ditetapkan menjadi hamba yang tau bersyukur…



mudah-mudahan….




aku juga bersyukur kerna ALLAH sentiasa mengatur hidupku dengan aturan hidup yang tidak pernah aku fikirkan…



“aku yakin ya Allah, ilmu Mu maha luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebalik ujian ini. Yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan..."


p/s: tidak mampu menghabiskan kem kepimpinan Mahasiswa al-Fateh... aku yakin program yang ALLAH  atur untuk aku lebih baik ...


hatiku melakar,
25/7/2011
6.38 petang
M217

Wednesday, July 20, 2011

::kanvas cinta Ini::



Bismillahirrahmanirrahim..


ya ALLAH…
izinkan aku melukis kanvas cinta..


dahulu.. hatiku pernah berkata..


"Tuhan... Aku belum nampak akan kebaikan di sebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas. Tetapi aku yakin ya Allah, ilmu Mu maha luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebalik ujian ini. Yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan..."







Alhamdulillah...alhamdulillah...
hatiku mampu berkata,
aku bahagia!!!.
bahagia dalam pelukan tarbiyah daripadaMU...
walaupun dalam linangan air mata...
Aku ikhlaskan segalanya..


kasih sayang ini takkan pernah luntur..
2 tahun melakar kisah cinta..
dalam halaqah...


2 tahun jua  merangkak- rangkak demi  membina kasih dan sayang..


2 tahun ...
 kisah suka duka..
pasti dikenang sampai bila-bila...



anak-anak umi….


biarlah kita bisa berpimpinan tangan..
seiring sejalan ke syurga..

diri ini takkan pernah lupa untuk doakan semua..


may ALLAH lov u more than my lov 2 u….. amin…



hanya ALLAH tahu betapa hati ini

andai ku simpul dan ku susun awan menjadi ayat-ayat dilembaran dada langit membiru itu.. bakal sempurnakah ayatku nanti??


~salam sayang dan rindu~


p/s: mesej daripada anak-anak umi cukup membuatkan umi terharu…












melukis kanvas cinta..
12 Julai 2011
m217
(publish di blog : 20/7)

Thursday, July 14, 2011

menyatakan ciNta dengan AsmaNya~




Menyatakan cinta dengan Asma’Nya...
Bismillahirrahmanirrahim...


Dedikasi Khas Buat Insan Bernama Ibu dan Ayah..
Bicara seorang Insan bernama Anak...



Ibu dan ayah yang kusayangi,



 Sesungguhnya kasih sayangmu dan keperihatinanmu kepada diriku selama ini tidak mampu ku balas kerana sesungguhnya semuanya itu adalah sifat Ya Rahman dan Ya Rahim Allah, yang Allah campakkan kepadamu ibu dan ayahku agar kau menyayangiku dan melindungiku sejak kecil sehingga dewasa. Sifat Ya Rahman dan Ya Rahim Allah ini lah yang masih kau rasakan walaupun diriku ini sentiasa berasa jauh daripadamu. Kau tetap merinduiku dan ketika diriku balik ke rumahmu kau tetap mencurahkan perhatianmu dan kasihmu sebagaimana diriku masih kecil dulu, tidak sedikitpun ada kekurangan yang ku rasakan. Kau sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada diriku dunia dan akhirat dengan sifat Ya Salam Yang Maha Sejahtera yang dicampakkan ke dalam hatimu.





 sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak ALLAH yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka kasih sayang (Maryam: 96)






Namun ibu dan ayahku sayang, diriku ini hanyalah hamba kepada Ya Rahman dan Ya Rahim. CintaNya dan KasihNya kepada diriku tidak akan mampu ku tukarkan dengan cinta dan kasih manusia. Maafkanku ibu dan ayah, kerana diriku tidak mampu menyayangimu dan mencintaimu lebih dari sayang dan cintaku kepada Tuhanku Ya Malik yang Menciptakanku dan Ya Wahhab Yang Maha Pemberi, yang memberiku segala apa yang ku kecapi didunia ini.




Maafkanku ibu dan ayah, kerana diriku mungkin terpaksa meninggalkanmu suatu hari nanti demi melaksanakan tugas khalifah Allah untuk berbakti kepada suami dan mendidik anak-anak bagi membina generasi yang mengenal siapa dirinya dan siapa Tuhannya. Setiap arahan Allah akan pasti ku taati, walaupun diriku tidak sempat menjengukmu sentiasa, kau masih ku sayangi sepertimana kau menyayangiku sejak masih kecil.





Tetapi sedarlah ibu dan ayah, walau kau tidak merasa kasih sayangku, kasih sayang Allah Ya Rahman Ya Rahim kepada ibu dan ayah tidak berbelah bagi, dan Dia tetap mendampingi ibu dan ayah serta tidak pernah meninggalkanmu walau sesaat sekalipun. Dia Ya Syakur amat menghargai jasa ibu dan ayah..membesarkan ku sehingga menjadi manusia yang berguna. Dia Ya Aliyy Yang Maha Tinggi Martabatnya tentu akan menaikkan martabatmu kepada martabat yang tinggi atas pengorbanan  selama ini.






Ibu dan ayah yang kusayangi, sekiranya ibu dan ayah merasa sunyi, ingatlah kepada Ya Bashir, yang sentiasa menampakkan keagungan dan kewujudannya melalui setiap apa yang berlaku di dunia ini. Dia amat dekat kepadamu, lebih dekat dari urat lehermu sendiri. Dia sentiasa berada disisimu menunggu-nunggu kau merayu dan merintih kepadanya ketika kau rasa kesunyian. Dia tetap mempedulikanmu, usahlah gusar, bimbang dan sedih. Dia Ya Mukmin akan memberi ibu dan ayah rasa aman dan tenang.







Oleh itu ibu dan ayahku, dekatkanlah diri kepadaNya, kepada Ya Hasib, yang Maha mencukupkan, nescaya dia akan mencukupkan keperluanmu. Ibuku, ingatlah kita akan kembali kepada Ya Malik dan Ya Kholiq, Yang Memiliki kita dan menciptakan kita. Persiapkanlah diri  dengan amalan mulia agar kita akan berjumpa di akhirat kelak dibawah lindungan Allah. Diriku akan sentiasa mendoakan mu ibu dan ayah bagi kesejahteraanmu di dunia dan di akhirat dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah yang dicampakkan di dalam hatiku.


Kami cintakan Allah 
Kami kasihkan rasul 
Kami sayangkan Ayah 
Kami sayangi Ibu


Ayah ibu ampunilah dosa kami semua
 Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat 





Tulus di lubuk Kalbuku..
buat Insan bernama ibu dan ayah
15/7/2011
12.45 a.m
Fi M217