Sunday, October 16, 2011

aku dan cerpen





Bismillahirrahmanirrahim..



Kembali mencari kekosongan dalam kesibukan. Alhamdulillah, Allah masih memberi ruang untuk diri sekali lagi menjadi penulis dan bahagian grafik computer untuk kali ketiganya sepanjang tiga tahun di sini.



INI HIKMAH BUAT DIRI INI.. saat dulu menggelepar minat pada seni…belajar sungguh-sungguh seni visual, belajar melukis di Perkampungan Kraftangan dan macam-macam lagi.



Tapi akhirnya ALLAH takdirkan diri ini bukan pada bidang seni, tapi ALLAH masih memberi ruang untuk bercinta dengan seni.. seni tidak semestinya diluahkan apabila kita berkecimpung dalam bidang seni. Namun, lebih luas dari itu. Anis masih lagi berpeluang untuk melakukan apa yang anis minat dengan cara dan kehendak daripadaNYA. Unik bukan cara ALLAH tunjukkan kasih sayangNYA?




Bercerita tentang seni, Anis teringat salah satu minat Anis ketika masih dibangku sekolah rendah. Bila fikir-fikir balik, rupa-rupanya Anis minat menulis semenjak sekolah rendah lagi.



Minatnya Anis pada menulis, sehinggakan Anis ada sebuah buku yang tercatat semua hasil penulisan dan minat Anis ketika itu ialah MENULIS CERPEN!



Macam-macam kisah yang Anis tulis, buku tu ada dalam longgokan buku lama di rumah, jika dibaca semula pasti tersenyum sampai ke telinga..almaklumlah kanak-kanak ribena menulis katakan..



Allah… sekarang ni mahu menghasilkan sebuah cerpen terguling-guling pun belum tentu dapat menghasilkannya. Agar sukar, puncanya mungkin kerana sekarang Anis cukup anti dengan novel (tak tau kenapa sob2) berbanding dengan tertumpu pada jenis bahan bacaan yang lain dan seingat Anis hanya pernah membaca empat buah novel sepanjang hidup ini iaitu novel zuriat yang merupakan sebuah kisah benar bagaimana kasih seorang ibu dalam menjaga anak-anaknya yang berpenyakit, novel kedua, gadis ethis, ketiga, novel denyut kasih medic dan yang terbaru adalah novel kisah benar juga, karya zaujah che Amran Raihan, Anakku Brain Turmour yang menceritakan bagaimana mereka menghadapi situasi dan merawat anak mereka yang menghidap Brain Turmour.



Dan genre penulisan sekarang, Anis pun  tidak pasti apakah focus penulisan Anis pada hari ini, mungkin lebih pada perkongsian ibrah dari nilai-nilai hidup Anis. Namun apa yang pasti cukup puas.. ^________^




Insya ALLAH pada minggu depan bakal menyertai bengkel penulisan DBP dan perlu menghantar karya. Rasa-rasanya yang mana satu ye karya yang boleh Anis hantar dan kongsikan? hmmm Anis pun tidak pasti. mungkin tiada yang sesuai barangkali. Mudah-mudahan selepas bengkel nanti bakal ada nilai tambah dalam gaya penulisan  Anis nanti.



Coret-coret je,
15 Oktober 2011,
M217,
9.18 P.M