Bismillahirrahmanirrahim…
Aku ingin mendekatimu..
sehina apapun diriku..
aku masih terpinga-pinga.. Allah… jantungku berdegup kencang!!
mataku membulat…sambil beristighfar… maafkan aku ya Allah… maafkan aku ya Allah…
……………………………………………………………………………………………………………
aku benar-benar dapat merasakan bumi bergegar…
aku masih ingat bagaimana manusia berlari ke sana sini…
kaget!
yang aku ingat…
aku terpinga-pinga mencari-cari
mak!
abah!
mana……..
maafkan acik….
acik di sini….
allah…. aku nampak mereka jauh daripadaku…. aku meraung sepuas hati……. aku terpisah dengan
mereka… dihanyut arus laut yang mengamuk!
Allah… saat inikah aku bakal bertemu denganmu…
aku takut!!!!!!!!!!!!
takut!!!!!!!!!!!!
ya ALLAH……
aku…..
berkira-kira kembali dengan diri..
ya ALLAH!
baru aku sedar…
mufliskah aku???
… tiada satu pun amalan yang benar-benar aku lakukan sepenuh hati…
dadaku terus berombak kencang…
hatiku menangis teresak-esak…
ya ALLAH..
berilah aku peluang ya Allah..
akan ku perbaiki diri…
aduhai..hinanya diri..tiada apa yang ku bawa…
jangan!
jangan ya ALLAH…
berilah aku peluang…
berilah aku peluang….
selamatkan aku dengan iman…
biarlah tiada apa di dunia ini milikku…
tapi izinkan cintamu bertapak dalam jiwaku..
kiralah saat penyesalanku saban waktu..
walau selepas itu aku kembali menjadi pendosa…
aku pelupa…
lupa pada pemberi nikmat..
hari ini aku ingat…
beberapa saat lagi aku pasti lupa….
…………………………………………………………………
tersentak!
terima kasih ya rabb…
kerna apa yang berlaku bukan reality..
terima ya ALLAH..
aku belum lagi dijemputmu..
izinkan aku berhias dengan pakaian taqwa
memakai hijab dari maksiat
memandangmu dengan penuh cinta
kerna tak inginku memandang yang haram di dunia…
tersedu-sedu menangis kerana pinjaman nyawa saat ini masih lagi milikku…
pinjamkan aku keinsafan buat helaan nafas panjang ini..
biarkan helaan nafas ini berzikir mengingatimu…
7.37 a.m
3 oktober 2011
M217
No comments:
Post a Comment