Wednesday, October 26, 2011

ikatkan hati dengan ketabahan




Bismillahirrahmanirrahim..



Musim peperiksaan makin dekat, makin hangat terasa. Beg bekalan untuk peperiksaan belum penuh diisi. Menjerit-jerit diisi barangkali. InsyaALLAH cuba memanfaatkan masa yang ada.




Beberapa musim yang lalu, melihat sahabat-sahabat diuji Allah, dengan kesakitan dan beberapa perkara yang lain. Ada yang sakitnya tampak, ada juga sakitnya agak susah ditafsirkan. Hanya bisa difahami oleh insan yang dipinjamkan pengertian olehNya. Malah beberapa hari yang lepas, ketika menghadiri program ada sahabat yang belum sempat melangkah ke sana ditimpa kecelakaan apabila kemalangan. Bertimpa-timpa ujian melanda insan sekelilingku.




Membaca tulisan Ukht Insyirah, membuat hati meronta-ronta mahu berkongsi sesuatu buat yang tersayang. Allah…. (sebenarnya buat diri ini juga).




Jika meneliti sirah… Kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat, tanda kasih Nya yang tidak ternilai. Jalannya dihiasi dengan duri-duri luka, tidak dibiarkan lena dalam nikmat melimpah, tetapi disajikan dngan keperitan yang tiada berkesudahan. Terimalah dengan hati yang ikhlas.




Berkata-kata soal ikhlas,  seiring juga sahabatnya redha. Meminjamkan kata-kata buat menjadi bantal empuk seorang sahabat..




Allah sayang kita..tapi Dia punya cara yang berbeza..Bila Dia sayang..Sayang Allah sangat Unik. Biarlah Allah sayang dengan cara dan kehendakNya.. Oleh itu, please sayang Allah ketat-ketat my dear! Hanya orang yang benar-benar redha Allah sebagai Tuhannya akan  redha apa jua rencana Allah untuk dirinya”.





Temanku yang disayangi, moga segala kesakitan yang datang akan menjadikan kamu seorang yang kuat, tabah dan sabar menempuhnya. Jangan bersedih, masakan Allah mentakdirkan sesuatu yang sia-sia, sedangkan perancanganNya Maha Hebat dan Dia Maha Mengetahui segala apa yang terbaik untuk kita semua.





Kak Nis yakin, adik-adik adalah orang yang sangat tabah dan penyabar. Kalau tidak, masakan Allah menetapkan sebegitu. Allah tidak kejam seperti manusia, Dia Maha Pengasih, Maha Penyayang... Andai mampu dialihkan kesakitan yang sedang kalian tanggung pada Kak Nis, pasti sudah lama Kak Nis mengalihkannya tapi Allah tahu Kak Nis tidak sekuat kalian untuk menanggungnya. Kak Nis juga tahu, adik-adik tidak bersendirian, kerana zahirnya kalian bersendiri tapi hakikatnya Allah bersama kalian. Kalian orang-orang yang sabar, masakan kalian bersendiri. Allah bersama kalian, insya Allah.




Innallah hama'as sobirin.





Jangan bersedih!

 


Kata sahabat Kak nis, Rasulullah s.a.w. sendiri pernah meminta seorang yang sedang kesakitan untuk berdoa. Kerana orang yang sakit ini sebenarnya sedang 'dibersihkan' oleh Allah. Masakan adik-adik bersedih kerana Allah 'membersih'kan adik-adik? Pastinya TIDAK, kerana kak nis yakin adik-adik adalah dari kalangan mereka yang solehah. Insya Allah.


 

Jangan bersedih!

 

Sentiasalah merenung ke dalam diri, setiap kekurangan adalah BONUS dari Allah. Tak semua mampu melaluinya kecuali mereka yang Allah pilih. (pesanan buat diri)


Jangan menangis kerana ujian yang datang tetapi menangislah kerana dipilih oleh Allah s.w.t. untuk diuji Nya.




tengahari tadi sempat meneliti tafsir surah al-hadid. Senang untuk dikongsikan bersama… Firman Allah yang bermaksud:



Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.



(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira[1459] terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,
[1459]. Yang dimaksud dengan terlalu gembira: ialah gembira yang melampaui batas yang menyebabkan kesombongan, ketakaburan dan lupa kepada Allah.


InsyaAllah. Moga CEPAT SEMBUH.


"Dan berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan."


 

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Engkau Maha Penyembuh,
Sembuhkanlah adik-adik yang aku maksudkan,
Ya Allah yang Maha Berkuasa,
Kurniakanlah kesihatan yang baik pada mereka,
jua kepada diriku,
Suburkan hati mereka dengan ketabahan,
Gemburkan jiwa mereka dengan kesabaran,
Titipkan pengharapan di hati mereka,
Usah biarkan mereka bersedih,
Gembirakanlah hati mereka dengan ayat-ayat Mu,
Hanya Engkau tempatku meminta,
Hanya Engkau tempatku sandarkan harapan,
Peliharalah adik-adikku dari bisikan syaitan,
Moga mereka tenang dalam pemeliharaan Mu,
Berilah kesembuhan buat mereka,
Ameen ya Rabbal alameen.




mudah-mudahan doa kita semua dimakbulkan.

Adaptasi daripada tulisan sahabat..mudah-mudahan terikat hatimu dengan ketabahan..saat kesakitan mendampingi adalah saat paling dekat aku denganMu… masakan aku tidak rindu untuk menanti saat itu..


fi baiti sakinah
26 oktober 2011
3.49 p.m


No comments: