Bismillahirrahmanirrahim
Sedang menumpukan perjalanan menuju ke masjid untuk
menunaikan solat maghrib. Seorang teman memecah kesunyian.
“Hmmm esok dah satu ramadhan, tak dapatla saya puasa…,” rungut seorang teman lantaran uzur syar’ie.
Dalam hati, teringat temu bual dalam majalah Qiadah bersama
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah dibaca dua tiga kali.
“My dear, Pemikiran "ramadhan bulan puasa"
adalah pemikiran yang terkongkong dengan pengaruh penjajah. Ramadhan adalah
bulan Ramadhan, bukan 'bulan puasa'. Dalam bulan ramadhan umat Islam bukan
sahaja dituntut untuk berpuasa sahaja, tetapi lebih dari itu.
Kalau kita memang ‘set’ dalam minda kita bahawa bulan
ramadhan bulan puasa, bila kita ‘uzur’ umpama terus hilang nikmat ramadhan.
Ramadhan SEBENARNYA lebih dari itu. Kita still boleh menjalankan ibadah lain,
selain puasa. Pasti ada hikmah di atas sesuatu yang berlaku. Apa jua yang
berlaku adalah nikmat dan bagaimana kita menikmati nikmat itu terpulang bagi
kita. Jika bijak kita ‘set’ dalam minda kita, pasti tetap terasa kenikmatannya.”
“Hmmm betul-betul…,” teman itu mengiyakan.
Teringat kata-kata TGNA "Kewajipan kita ialah Ihya' (menghidupkan) Ramadhan, bukan hanya puasa Ramadhan sahaja.”
Banyak sunnah Rasulullah yang boleh dihidupkan dalam
ramadhan. Segalanya terbuka, tinggal sama ada mahu “mengambil” atau “meninggalkan”.
RAMADHAN BUKAN BULAN PUASA, TAPI ADALAH BULAN RAMADHAN,
♥ RAMADHAN : Hadiah cinta dari ALLAH; Pesta ibadah, perjuangan dan kemenangan (Alhabib Syed Abdul Kadir al-Joofre)
22 Julai 2012,
2 Ramadhan
1433,
M302,
3.06 Petang.
No comments:
Post a Comment