Bismillahirrahmanirrahim…
Setiap kali aku menghadap mak, itulah ceritanya. Cerita
itu mak memperdengarkan berkali-kali. Aku tetap mendengar, sambil
mengangguk-angguk mengiyakan. Ada dua perkara yang terbit difikiranku, sama ada
mak lupa bahawa mak pernah bercerita kisah ini, atau memang mak hanya punya beberapa siri cerita
itu, dengan harapan agar aku bersembang dengannya.
Hak mendengar sememangnya
kita harus peruntukkan untuk ibubapa kita. Mungkin aku menjadi pendengar cerita
mak hanya untuk beberapa tahun, tapi aku lagi bimbang andai aku bakal merindui
kisah-kisah itu suatu hari nanti. Betapa ramai yang tidak menghargai “cerita
lama” ibu mereka, dengarlah, mungkin hanya sejam dua. Bimbang kita bakal
merindui cerita lama itu bukan sejam dua malah bertahun-tahun penuh penyesalan.
Seorang penulis menulis:
“Kau masih ada emak. Kau lebih bernasib baik.
Dengarlah cerita-ceritanya. Semakin tua, suaranya makin kurang didengari.
Mereka tiada cerita baru. Hanya cerita lama. Seluruh tenaga, kelebihan dan
semangatnya telah habis diperah untuk kita. Yang diperdengarkan bukan hanya
CERITA tapi CINTA.”
Hati merindui insan yang menghargai aku tanpa syarat
M302,
12 Julai 2012,
6.27 p.m.
2 comments:
saya masih ader mak.....
saya pun...jadi hargai mak kamu dengan cara yang baik dan terbaik. Moga mak meredhai kita dan moga Allah redha thdp kita jg....
Post a Comment