Bismillahirrahmanirrahim.
"Shamsul, kamu tak sihat ke"? Tanya Ustazah Fida.
Sudah kerap-kali
dilihatnya Shamsul kelihatan tidak bermaya dan matanya kelihatan malas sekali.
Bukan Shamsul sahaja malah hampir semua pelajar Islam termasuk perempuan bersikap
sedemikian. Baik pagi atau tengahari situasinya tetap sama. Rata-rata pelajar
Islam itu lemah dan tidak bermaya.
“Semua pejam mata! Siapa
yang tak solat subuh angkat tangan.” Ustazah Fida memanjangkan kalam pertanyaan
kepada murid-muridnya. Terkejut sakan dia kali ini, berbeza dengan sekolah
tempat dia mengajar sebelum ini. Jika sebelum ini hanya seorang dua sahaja yang
tidak menunaikan solat tapi kali ini hampir semua murid mengangkat tangan
kecuali dua tiga orang. Dia segera memanjangkan istighfar dalam hatinya.
Tidak puas hatinya melihat murid yang dilahirkan dalam Islam itu memandang
enteng tentang solat. Bagi mereka sudah tiada sebarang benteng bagi melindungi
mereka daripada sebarang perkara kemungkaran.
Perkara itulah yang sangat dibimbangi oleh para pendidik. Apabila murid semakin meningkat remaja, mereka mencari suatu keseronokan bagi menghilangkan segala bebanan fikiran. Namun, keseronokan itu telah membawa kehancuran kepada hidup mereka. Keseronokan yang dipilih hanya kemungkaran semata-mata. Keseronokan bukan dicari dalam solat, namun dengan melakukan perkara yang luar biasa. Merokok, melepak, mencuri dan perkara-perkara yang mengejutkan! Betapa kasihannya si guru melihat anak-anak Islam yang bakal bergelar remaja tahun hadapan. Jiwa yang kosong dengan iman yang tipis terus menjadikan mereka hanyut dengan arus kemodenan dan keterbukaan era ini.
Situasi inilah yang dihadapi oleh kebanyakan guru kini. Guru hanya sebagai pendidik di sekolah, namun di “rumah” pendidikan diberikan oleh kedua-dua ibu bapa mereka. Jika pincang pendidikan keluarga, maka akan pincanglah remaja itu. Akan mudahlah dia terjerumus ke dalam anasir negatif yang semakin berleluasa di zaman ini. Belum lagi ditanya tentang solat, majoritinya akan menjawab tidak solat. Kenapa? Jawapannya mudah sahaja, kerana ibu bapa mereka tidak bersolat. Aduh! Kasihan mereka. Begitu mudahnya mereka memberi jawapan tanpa sebarang perasaan bersalah? Adakah ibu bapa ini tidak tahu betapa pentingnya solat dalam mendidik jiwa dan peribadi anak-anak? Tidak tahukah mereka dengan peringatan Allah di dalam ayat Al-Quran yang bermaksud,
“ Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orang-orang yang bersembahyang."
( Al-Mudathsir:42-43) .
Tidak gentarkah mereka dengan bahang dan kepanasan api neraka itu? Ataupun adakah mereka tidak mengetahui bahawa setiap amalan yang dikerjakan itu tidak akan diterima oleh Allah jika mereka tidak solat? Belum lagi mereka ditanya tentang bab Al-Quran. Jawapannya sangat mengecewakan. Bagaimana mereka ingin memperoleh akhlak gemilang, jika roh mereka tidak diberi makanan rohani? Bagaimana mereka ingin memperoleh ilmu yang mantap, jika di dalam kelas mereka tiada tumpuan dan berkhayal semata-mata? Bagaimana mereka ingin menjadi umat Islam gemilang, jika mereka tidak menjadikan agama sebagai tunjang hidup.
“Ustaz, di sekolah
elit ini… murid-murid bagaimana
agamanya?” Seorang guru baru
melemparkan soalan kepada seorang guru yang agak senior di sekolahnya.
“Maksudnya apa ya
Ustazah?” Ustaz tersebut mencari maksud dalam yang ingin guru itu sampaikan
kepadanya.
“Seperti murid-murid
yang tidak solat ke….” Guru itu menarik panjang kata-katanya.
“Owh… hmmm sebenarnya
murid-murid ini memang tidak ada masalah jika diajak solat, namun situasi di
rumahnya menjadi masalah bagi mereka. Mereka ni kebanyakan, ibubapanya kahwin
campur. Contohnya bulan puasa, walaupun mereka puasa di sekolah, namun bila
pulang ke rumah, situasi biasa melihat mak atau ayah meneguk arak secara
terang-terang.” Ulas Ustaz dengan
muka yang agak serius.
Guru baru tadi terus
terkedu, menelan air liur.
Antara ole-ole untuk mendidik murid solat
EXAM
Anis sendiri pasti
situasi ini sangat disedari oleh semua pendidik sama ada di sekolah rendah,
mahupun menengah. Malah kakak Anis sendiri pernah bercerita tentang hal ini.
Paling menyedihkan apabila ada para guru tidak solat. Allah… bagaimana dirimu
hendak mendidik jika perkara paling utama tidak kamu tunaikan wahai guru...
Membuka lembaran soalan
peperiksaan semester ini, soalan KBKK tentang jalan penyelesaian yang harus
diambil oleh guru untuk mengatasi masalah murid yang tidak solat dan paling
utama ibubapa murid sendiri tidak solat. Hal ini jelas membuka ruang untuk para
bakal guru berfikir bahawa masalah ini bukan masalah biasa. Bukan hanya masalah
di sekolah, bukan hanya masalah melibatkan hal dunia, malah lebih dari itu.
Masalah ini jika tidak dicari penyelesaiannya akan menjadi sebenar-benar
“masalah” di akhirat nanti.
Wahai anak didik kami,
“ Sesungguhnya kami ini
gurumu, kami sentiasa menganggap kamu seperti anak-anak kami, adik-adik kami
dan saudara-saudara kami. Berusahalah mengubah dan memuhasabah dirimu.Solatlah
wahai anak-anak. Sesungguhnya solat itu mencegah dirimu daripada melakukan
perkara mungkar. Tuntutlah ilmu dengan tekun wahai anak-anak. Sesungguhnya ilmu
itu akan membentengi dirimu kelak dari unsur-unsur negatif. Ilmu itu akan
menjadikan dirimu gemilang di dunia, gemilang di akhirat. Berusahalah
anak-anak, kelak kamu pasti berjaya. Bersainglah anak-anak dengan bangsa asing,
kelak kamu pasti disegani sebagai umat Islam yang berilmu. Sesungguhnya kami
gurumu tidak pernah mengharapkan sebarang balasan daripadamu. Cukuplah bagi
kami kamu mempunyai berakhlak terpuji dan berilmu. Jadikanlah agama sebagai
teras hidupmu anak-anak. Kelak, kamu akan mengetahui manisnya iman itu.
Janganlah kamu menganggap kemarahan kami itu hanya untuk memalukan dirimu.Tidak
sama sekali anak-anak! Kami benar-benar menyayangi dirimu.Kami tidak mahu kamu
hanyut dengan keseronokan dunia. Insaflah wahai anak-anak. Jangan sia-siakan
usia mudamu. Ingatlah wahai anak-anak didik kami,kami tahu kami bukannya
manusia yang sempurna. Namun sebagai seorang guru, sudah menjadi tanggungjawab
kami membawa kamu ke jalan lurus, jalan yang diredhai Allah. Doa kami akan
sentiasa bersama kamu anak-anak. Doa kami ingin melihat kamu berjaya di dunia
dan di akhirat. Itulah sebenarnya kepuasan dalam diri kami seorang guru. Semoga
kamu gemilang di dunia dan gemilang di akhirat wahai anak didik kami.
Sesungguhnya kami benar-benar menyayangimu...
Nota : Sungguh pelbagai
idea telah dijalankan dalam kelas, hope untuk adik-adik bakal praktikum,
ingatlah perkara utama dalam sesi P&P juga adalah solat! Perkara pertama
yang perlu kamu tanya dalam memulakan kelas bukan hanya “apa khabar
murid-murid” tetapi “apa khabar IMAN murid-murid”. Ada idea yang lagi menarik
untuk dijalankan? Boleh share kepada kak Nis :P. Jzkk
Credit to Kak Halida J …
Hari terakhir fi baiti sakinah….
11.30 a.m
31 Disember 2012
No comments:
Post a Comment