Bismillahirrahmanirrahim
Apabila disebut manusia yang berjaya apa yang terbayang
di mata kita?
Kereta mewah? Rumah besar? Pangkat tinggi? Straight A's?
4 flat?
Sebagai
manusia, dengan ilmu dan akal yang terbatas ini, kadang-kadang selalunya itulah yang
terlihat oleh mata kita. Apa pandangan anda antara seorang Dato' dan seorang
pemungut sampah? Pasti ada bezanya dalam pandangan kasar kita bukan? Apa jua
yang anda nilai saat itu, fikirlah kembali.
Sesungguhnya
nilai kejayaan yang sebenar adalah nilai 'diri' kita saat ini...hari ini.
Bagaimana kejayaan dalam hubungan kita dengan Allah S.W.T dan hubungan kita
dengan manusia? Hal ini kita sentiasa dapat lihat dan fikirkan sendiri. Belum tentu
orang yang berjaya di dunia ini berjaya juga dalam akhlaknya, budi bicaranya,
tingkah lakunya. Kadang, orang yang selalu diperkecilkan dengan nilaian
manusia itu lebih baik akhlaknya. Akhlak yang mahmudah ini adalah pantulan
daripada kehebatan hubungan seseorang itu dengan ALLAH. Kerana apa? Allah telah
memberi jawapan kepada kita dalam ayat ke 13 surah al-Hujurat yang bermaksud :
".....sesungguhnya yang PALING mulia di antara kamu
di sisi ALLAH ialah orang yang PALING bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui,
Maha teliti."
KEIMANAN DAN KETAQWAAN.
Itulah yang bakal kita bawa untuk pertemuan kita dengan ALLAH S.W.T disamping tidak henti-henti mengharapkan rahmatNya. Allah S.W.T juga berfirman sekali lagi, menyebut suatu resepi bagi sesiapa yang ingin BERTEMU dengannya.
Itulah yang bakal kita bawa untuk pertemuan kita dengan ALLAH S.W.T disamping tidak henti-henti mengharapkan rahmatNya. Allah S.W.T juga berfirman sekali lagi, menyebut suatu resepi bagi sesiapa yang ingin BERTEMU dengannya.
"Maka, barangsiapa yang mengharap PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA maka
hendaklah dia MENGERJAKAN KEBAJIKAN dan JANGANLAH dia MEMPERSEKUTUKAN dengan
sesuatu pun dalam beribadah kepada Tuhannya." (18:110)
Mudah-mudahan
kita menjadi ORANG-ORANG YANG BERJAYA (faiuzun) sebagaimana banyak
tersebut di dalam al-Quran. Bagi faizun ini hadiahnya cukup lumayan iaitu kenikmatan masuk
ke tempat bagi meraikan orang-orang yang BERJAYA iaitu JANNAH.
"Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, untuk mereka disediakan Syurga Firdaus sebagai TEMPAT TINGGAL. Mereka kekal di
dalamnya, mereka tidak ingin pindah dari sana." (18:107-108)
“Apa yang kita usahakan untuk dunia,
pangkat dan harta akan musnah dan tiada ertinya, kerana iman dan taqwa juga
menjadi teman kita di sana. Segala nikmat yang ALLAH beri, Dia juga akan tanya kembali. Moga nikmat itu tidak menjadi musibah kepada kita di sana nanti.“
Fi Baiti Sakinah,
21 Januari 2013,
10.45 a.m.
No comments:
Post a Comment