Bismillahirrahmanirrahim
Tahun lepas, saya
berkesempatan menziarahi sebuah madrasah tahfiz di Kubang Kerian, Kelantan
bersama sahabat-sahabat guru dari Sekolah Rendah Islam Tahfiz Darul Hana’
Bintulu. Ada banyak perkara yang sangat membuka mata dan kembali membuka minda
saya.
Pertama, ketika diminta
berkongsi bagaimana madrasah tersebut boleh berdiri dan dari mana mendapatkan
dana. Maka jawapan yang dikongsi berbeza sekali.
Guru yang berkongsi dengan kami sungguh-sungguh menyatakan bahawa perkara pertama yang diperbetulkan adalah urusan hati. Bagaimana hati mereka benar-benar tidak meletakkan harapan pada sumbangan
orang ramai, bukan juga pada yang lain-lainnya tetapi yang pertama adalah meletakkan keyakinan
sebenar-benarnya kepada Allah.
Itulah perkara utama untuk mendirikan madrasah.
Mintalah kepada Allah! Jangan sesekali mengharapkan manusia. Boleh jadi, manusia
yang kita harapkan wangnya itu tidak cukup bersih untuk dibangunkan kebaikan
darinya.
Tetapi jika mengharapkan
Allah, sentiasa ada rezeki dari ruang yang tidak disangka-sangka. Guru itu terus bercerita bagaimana saat ketika mereka hendak membina musalla di madrasah.
Tidak ada dana
Tidak ada wang
tetapi kerana keyakinan yang jitu kepada Allah, mereka tetap meneruskan niat dan dibangunkan musalla tersebut. Benar-benar mereka yakin dan bertawakkal. Mereka tidak berhenti berusaha, ada usaha kerana tidak mungkin kejayaan dibina dengan hanya menunggu. Mereka tetap meneruskan usaha membina musalla tetapi keyakinan kepada Allah tetap berada dipuncak tertinggi.
Ketika musalla sedang dibina tiba-tiba datang hamba Allah yang tidak dikenali berkata "Ustaz,saya hendak menyumbang karpet surau" (yang berharga berbelas ribu), kemudian datang pula hamba Allah lain yang juga tidak dikenali berkata "Ustaz,saya hendak menyumbang 3 buah aircond." Kemudian datang lagi hamba Allah yang lain hendak menyumbang kos pembinaan dinding musalla.Begitulah guru itu sungguh-sungguh terus menyatakan betapa tingginya keajaiban orang yang hatinya benar-benar berharap dan yakin kepada Allah.

Catatan ini saya tulis pada
tahun lepas dan saya baca kembali 2,3 hari lepas sebagai ingatan kembali kepada diri
saya. Begitulah keajaiban manusia yang yakin kepada Allah dengan sebenar-benar
yakin tanpa mengharapkan manusia. Allah tidak pernah menghampakan harapan
hambaNya.
Jumaat,
28 Jumadil Ula 1438H,
10.31 malam,
Pantai Tanjung Kidurong, Bintulu