Monday, March 4, 2019

Selesai perjalanan ini



Bismillahirrahmanirrahim.



Alhamdulillah akhirnya berjaya sampai ke garisan penamat perjalanan 'master' ini. Bukan senang rupanya bekerja sambil belajar ni. Banyak kali dah 'terniat' untuk tidak meneruskan perjalanan ini. Tambahan pula, saya sendiri bekerja di borneo, jauh dari keluarga dan hanya boleh bertemu mata dengan keluarga ketika cuti sekolah, tetapi apabila saya membuat keputusan untuk menyambung belajar, saya perlu korbankan cuti sekolah tersebut.



Sudah tentu yang paling banyak berkorban adalah mak dan abah serta keluarga. Berkorban rasa rindu dan berkorban masa untuk melihat saya mencapai impian. Bukan itu, sahaja, mereka berkorban masa menemani hari-hari saya di UKM sepanjang saya kuliah dari pagi hingga ke malam. Itu sahaja pilihan untuk bertemu mata dengan anak mereka. Di saat saya bersengkang mata menyiapkan penulisan tesis, mereka sabar menunggu. Malah, setiap masa, makanan sentiasa ada di atas meja saya. Risau anaknya lapar barangkali disebabkan terlalu fokus menyiapkan penulisan hehe. Terima kasih mak abah.





Mungkin diusia ini, sahabat-sahabat saya kebanyakannya telah mendirikan rumah tangga, menguruskan anak-anak dan mencapai banyak perkara. Tapi inilah, rezeki yang Allah telah tulis untuk saya. Kerna jalan hidup kita tak pernah sama. Tetapi saya amat bersyukur di atas rezeki ini. Inilah jalan hidup saya, mungkin biasa pandangan orang lain tetapi bermakna untuk saya. Terima kasih untuk setiap satu jiwa yang mendoakan dan terus memberi motivasi kepada saya sehingga saat ini. Tak mampu untuk saya tuliskan satu persatu. Terima kasih juga untuk murid-murid ustazah. Percaya atau tidak, setiap kali saya menghadapi peperiksaan, saya rendahkan diri, memohon secara tulus doa daripada mereka. "Kamu semua, tolong doakan ustazah ye." Hari ini, saya masuk ke kelas dan sekali lagi berkata, "kamu semua masih ingatkan, ustazah sambung belajar dan ustazah selalu minta doa daripada kamu semua. Hari ini ustazah dapat keputusan yang cemerlang dan tamat sudah belajar. Terima kasih semua, doakan ustazah!" Mereka menyambut penuh kegembiraan. "Wah, seronoknya ustazah, doakan kami berjaya macam ustazah." In shaa Allah, kalian layak untuk cemerlang dan menjadi yang lebih baik daripada ustazah yang penuh kekurangan dan kekhilafan ini. 




Terima Kasih Allah.

Alhamdulillah,
Lulus dan layak dianugerahkan ijazah,
Bintulu,
Isnin,
4 Mac 2019



4 comments:

Abu Abdurrahman said...

TAHNIAH

Anis said...

Terima kasih 😊

Anonymous said...

Wanita yg tabah. Tahniah ustazah. Teruskan perjuangan. Setiap pngalaman yg kita lalui adalah latihan dan ujian.

Humaira said...

In shaa Allah. Terima Kasih :)