بسم الله والحمدلله !
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terima kasih kepada
pengerusi majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru, rakan-rakan dan seterusnya sidang hadirin yang
dirahmati Allah.
Hijau berkilauan permata zamrud,
Terselit di jari jadi tatapan,
Dengarkan kisah keangkuhan Raja
Namrud,
Jadikan iktibar, panduan
kehidupan. (Pantun)
|
Pengenalan
Salam
Salutasi
Tajuk Cerita
|
Kawan-kawan,
Raja Namrud ialah
pemerintah kerajaan Babylon. Dia seorang yang gagah, namun tidak beriman
kepada Allah dan mengiktiraf dirinya sebagai Tuhan. Di saat penduduk Babylon
tenggelam dalam kesyirikan, Allah mengutus nabi Ibrahim bagi menyeru mereka
kembali mentauhidkan Allah. Pada suatu hari, berlakulah perdebatan antara
nabi Ibrahim dan Raja Namrud:
“Hanya Tuhanku yang
memberi dan mengambil semula nyawa”, tegas nabi Ibrahim. Namrud menjawab
dengan sombong “Aku juga boleh membunuh manusia dan menghidupkan”. “Tapi,
bolehkah kamu menjadikan matahari terbit dari timur?” balas nabi Ibrahim.
Mendengar akan itu, Namrud terdiam kerana dia tahu tiada manusia yang
berkuasa seperti itu.
Dalam surah Al-Baqarah
ayat 258 ada dinyatakan:
Maksudnya: Tidakkah
Engkau memikirkan (Wahai Muhammad) tentang orang Yang berhujah membantah Nabi
Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya.
Begitulah Raja Namrud
yang sesat malah menyesatkan orang lain. Pada masa kini juga terdapat ajaran
sesat yang cuba memesongkan akidah orang Islam seperti ajaran Syiah dan Tuhan
Harun.
Ingatlah rakan-rakan,
Menyekutukan Allah merupakan dosa
besar.
|
Isi 1
Ayat Al-Quran
Isu Semasa
Pengajaran
|
Kawan-kawan,
Pada suatu malam,
penduduk Kota Babylon keluar beramai-ramai untuk meraikan hari raya bagi
tuhan mereka. “Hmmm, inilah peluangku untuk mengajar kaumku bahawa berhala
bukannya Tuhan”, nekad Nabi Ibrahim. Lalu, Nabi Ibrahim menghancurkan semua
berhala. Ktak! Ktak! Ktak! (bunyi kapak). Tinggallah sebuah berhala yang
paling besar. Lalu, kapak yang digunakannya digantungkan pada leher patung
besar tersebut. Hal ini diceritakan dalam surah Al-Anbiya’ ayat 58:
Maksudnya: Lalu dia
memecahkan semuanya kecuali sebuah berhala mereka Yang besar , supaya mereka
kembali (untuk bertanya) kepadanya.
Sikap keberanian nabi Ibrahim perlu
diamalkan di dalam kehidupan kita. Apatah lagi di era globalisasi ini,
menuntut agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi anasir-anasir yang ingin
menghancurkan Islam. Contohnya pergerakan Zionis yang diasaskan oleh Israel.
Oleh itu, sebagai umat Islam, kita
disarankan agar menggunakan fikiran yang waras untuk membezakan kebaikan dan
keburukan.
|
Isi 2
Ayat al-Quran
Isu semasa
Pengajaran
|
Kawan-kawan,
Suasana menjadi semakin genting,
Nabi Ibrahim ditangkap penuh zalim,
Dipersalahkan memusnahkan berhala,
Raja Namrud berang, penuh kemarahan!
(Sajak)
“Kamu tahu! Kamu tahu…
bahawa patung itu tidak boleh berjalan atau berbuat apa-apa”, kata Raja
Namrud. “Jadi kalau begitu, kenapa kamu menyembahnya?” balas Nabi Ibrahim.
Raja Namrud menjadi sangat marah. Lalu, menjatuhkan hukuman dibakar
hidup-hidup kepada Nabi Ibrahim di kawasan lapang. Namun, Allah telah
menyelamatkan Nabi Ibrahim tanpa dimakan oleh api, bahkan dia boleh berjalan
ke sana-sini dalam api tersebut. Firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 69:
Maksudnya: "Hai
api, Jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".
Masihkah rakan-rakan
ingat? Ketika Tsunami melanda Indonesia tahun lalu, terdapat beberapa
kejadian yang menunjukkan tentang kekuasaan Allah. Contohnya Masjid di Palu
tidak terjejas walaupun dilanda Tsunami. Masya Allah!
Ingatlah rakan-rakan,
Kita hendaklah percaya
bahawa setiap nabi dikurniakan mukjizat dan orang yang beriman seperti Nabi
akan dibantu oleh Allah.
|
Isi 3
Ayat al-Quran
Isu semasa
Pengajaran
|
Kawan-kawan,
Raja Namrud mencabar
Nabi Ibrahim dengan angkuh. “Sekiranya Tuhanmu mempunyai Malaikat, maka
hantarlah kepada aku. Mari kita berperang! Hahaha”, katanya kepada Nabi
Ibrahim. Justeru itu, Nabi Ibrahim memohon bantuan daripada Allah. Tentera Raja
Namrud ketakutan apabila ruang angkasa berubah menjadi gelap kerana dipenuhi
dengan jutaan nyamuk. Akhirnya, mereka mati akibat digigit oleh nyamuk-nyamuk
tersebut.
Namun, Allah memberi
masa 3 hari kepada Raja Namrud untuk bertaubat dengan menangguhkan
kematiannya. Tapi, peluang itu sia-sia sahaja kerana dia enggan bertaubat.
Lantas Allah memerintahkan seekor nyamuk masuk melalui lubang hidung Raja
Namrud dan memakan otaknya. Matilah Raja Namrud dek seekor nyamuk.
Firman Allah dalam
surah Al-Muddassir ayat 31:
Maksudnya: Dan tiada
Yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia sahaja.
Masha Allah, memang
benarlah Allah itu Maha Berkuasa, dengan hanya seekor nyamuk kecil dapat
menewaskan Namrud yang gagah perkasa. Begitu juga yang berlaku pada masa
kini, wabak denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes telah meragut banyak nyawa.
Jelaslah, setiap
ciptaan Allah mempunyai kelebihan tersendiri. Oleh itu, kita tidak boleh
sombong dengan kelebihan yang dianugerahkan kepada kita.
|
Isi 4
Ayat al-Quran
Isu Semasa
Pengajaran
|
Demikianlah kisah Nabi
Ibrahim menentang Raja Namrud.
Wahai rakan dan juga
Taulan,
Raja Namrud bukan
ikutan,
Zalim dan sombong
kepada Tuhan,
Dimurkai Tuhan.
(Lagu)
Sekian.
وبالله التوفيق والهداية السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته!
Teks disediakan oleh :
Ustazah Nurul Anis
#Perkongsian Teks Bercerita wakil SK Kidurong, Bintulu pada tahun 2019. Boleh komen di bawah sekiranya ingin copy, dan jangan lupa untuk kreditkan di atas nama saya. Terima Kasih Moga bermanfaat.
|
Penutup
|
Monday, March 11, 2019
TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN MTQ 2019: RAJA NAMRUD YANG SOMBONG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
82 comments:
Syukran ustazah anis.minta halalkan ya
Mohon copy ustazah..Syukran
Mohon copy ya ustazah syukran..semoga dimurahkan rezeki..Aamiinn
Saya mohon izin gunakan teks cerita ini untuk murid saya, tapi saya ubah sedikit. Terima kasih atas perkongsian. Semoga dilimpahi keberkatan dari Yang Maha Esa.
Saya juga mengajar di Bintulu juga dulu, SK Kg Nyalau (2007-2013).
Mohon copy ustazah, terima kasih atas perkongsian,semoga sentiasa diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki.
Afwan. Silakan 😊
Silakan. Afwan 😊
Silakan. Afwan. Mudah2an. Amin 😊
Owh ye ke. Salam dari Bintulu juga ye 😊
Sama-sama. Aminn😊
Assalamualaikum...ustazh
Mohon copy ya..t.kasih d atas perkongsian
Terima kasih banyak2 ustazah.. moga dimurahkan rezeki
Mohon share ye ustazah...semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan ustazah
ustazah, saya minta izin utuk copy ye. syukran
salam ustazah anis..saya copy ye ...syukran..jazakumullahu khairaljaza'...
salam ustazah anis...sy minta copy ye..terima kasih bayak2.jazakumullahu khairaljaza'
Mohon copy juga ustazah.
mohon copy ye ustazah..syukron
Mohon copy ustazah. Jzkk
Mohon copy ye ustazah
mohon copy teks...terima kasih
Mohon copy ye ustazah..ank murid BT persembahan kt sekolah sempena Hari anugerah pasti
Mohon copy teks.syukran perkongsian ini..semoga bercambah ilmu.
mohon copy teks ye..
Salam.. Terima kasih infonya.. Mohon saya gunakan dan ubah2 teks ini untuk murid saya. Terima kasih
Mohon copy ye ustazah anis..
Mohon copy ustazah. Terima kasih
Mohon copy ya. Jazakillah khairan kathiran
mohon copy ya ustzh.. terima kasih
mohon copy ustazah..terima kasih (^-^)
Mohon halal copy ya ustazah..Terima kasih
Mohon halal copy ya ustazah..Terima kasih
Asalammualaikum, mohon copy ye ustazah.. Terima kasih, murah rezeki ustazah
mohon copy ya puan
saya mintak izin utk copy ye. terima kasih
halal kan copy ya ustazah. syukran
mohon share ye ustazah
SYA COPY YA USTZH
SYA COPY YA
Mohon copy syukran
assalamualaikum ustazah..mohon share dan copy utk anak sy..minta halalkn ilmu nya ..semoga ustzah sentiasa dirahmati dan diberkati.terima kasih
mohon copy ustazah.. syukran
mohon copy ustazah
sye mohon copy ye
Mohon copy ya ustazah... Syukran..
Mohon copy ya ustazah.. syukran
Saya mohon copy untuk kegunaan pertandingan peringkat sekolah. Terima kasih, semoga berkat:)
mohon copy dan share yer ustazah anis.terimak kasih atas ilmunya.
Mohon copy ustazah.Syukran jazilan
mohon copy ya ustazah.syukran jazilan.
Syukran ustazah anis.minta halalkan ya untuk di copy
Mohon copy ya ustazah 🌸🌹
Mohon copy ye ustazah anis untuk kegunaan murid.terima kasih atas ilmunya.semoga ustazah diberkati Allah dan dipermudahkan urusan selalu.
Mohon halal kan ya sis, saya mahu copy teks .
Saya mohon copy ya ustazah untuk kegunaan anak murid, semoga dipermudahkan urusan ustazah selalu ya.. Terima kasih
saya mohon copy ya. semoga ALLAH sentiasa merahmati ustazah.
Saya mohon copy ya ustazah
Assalamualaikum mohon ambil utk bercerita anak d sek..terima kasih
Assalamualaikum ustazah. Mohon guna cerita ini utk anak ya. Semoga urusan ustazah sentiasa dimudahkan.
Terima kasih Ustazah saya izin ambil untuk murid.
Assalamualaikum ustazah.. minta halalkan ye saya copy untuk murid-murid saya.
jazakillahukhairan
mohon copy ye..untuk kegunaan murid..terima kasih
Assalamualaikum ustazah saya minta izin utk copy ya. Terima kasih 🌷
Mohon copy dan rujuk ya ustazah,terima kasih
Assalamu'alaikum, ustazah. Terima kasih atas perkongsian cerita kisah dari Al Quran. Saya mohon izin guna cerita-cerita ustazah untuk anak saya yer.. Semoga Allah merahmati ustazah.
Assalamualaikum ustazah. Mohon untuk guna crta ni ya. Utk anak sy. Terima kasih😊
Assalamualaikum ustazah... mohon copy dan rujuk ye..syukran
Assalamualaikum ustazah...mohon copy dan guna ye untuk pertandingan di sekolah..Jazkillah ustazah..
Assalamualaikum ustzh,,mohon copy ya ustzh minta halalkan ya saya nk guna teks ini untk anak saya ..nanti saya edit sikit-sikit sm
ga dmurahkan rezeki yg xputus2 ustzh...terima kasih..
Assalamu'alaikum ustazah. Mohon copy ya, untuk pertandingan anak saya. Jazaakillah khairan kathira.
Mohon copy... Terima kasih Ustazah
syukran ustazah..mohon copy ya
Assalamualaikum.. Mohon copy ye ustazah.. Smg dipermudahkan sgl urusan ustazah.. Jazakillahu khairan kathira
mohon copy yer cikgu, terima kasih diatas perkongsian moga dipermdahkan segala urusan cikgu
mohon izin untuk copy sbg rujukan..terima kasih ustazah
Assalamua'laikum usz. Mohon sy share.. Terima kasih usz
mohon copy yee, terima kasih banyak2. jazakillah
salam..sy mohon copy ya ustazah untuk anak sy..syukran..moga segala urusan ustazah sentiasa dipermudahkan..
mohon copy sebagai rujukan. terima kasih
Assalamualaikum ustazah.. Mohon copy ya, terima kasih 😊
Assalamualaikum. Minta izin copy. Terima kasih.
Assalamualaikum. Minta izin copy. Terima kasih.
Post a Comment