Bismillahirrahmanirrahim
Dalam hidup ini, kalau boleh kita ingin
selesaikan semua masalah orang disekeliling kita. Namun, dalam masa yang sama
kita sedar keterbatasan daya yang ada pada diri kita. Hingga pernah kita rasa kesedihan
jauh di sudut hati kerana tidak mampu menghadirkan bantuan kepada orang
disekeliling yang memerlukan. Apatah lagi, jika orang tersebut adalah
kesayangan kita. Namun, di sinilah titik kembalinya kita kepada sang pencipta.
Ketika tiada daya untuk membantu, hakikatnya sentiasa ada ruang untuk kita
berdoa. Kerna kita masih ada Tuhan yang memiliki segalanya yang pasti akan
mampu membantu orang tersebut. Setiap kebaikan itu adalah sedekah. Mungkin kita
tak mampu membantu dengan kuasa, tenaga, masa, kasih sayang ataupun apa sahaja.
Tapi kita sebenarnya masih mampu merintih kepada Allah yang punya segalaNya
untuk memenuhi apa sahaja yang diperlukan oleh orang disekeliling kita.
Melihat orang ditimpa kesusahan di jalanan.
Mungkin kita tak mampu meringankan beban mereka, tapi kita mampu berdoa. Ya
Allah ringankan kesusahan pak cik tadi. Ya Allah, bantulah orang ini. Jadikanlah
ia sebagai satu rutin setiap kali melihat kesusahan orang lain di mana-mana
sahaja dengan menolongnya dengan sebuah doa. Pernah tak terfikir bahawa kadang
kita ditimpa kesusahan, tiba-tiba datang bantuan dari jalan tak disangka
mungkin asbab doa-doa orang yang tak pun kita kenal. Maka, tak rugi untuk
mendoakan orang lain. Jika tercari-cari apakah kebaikan yang boleh aku lakukan
pada hari ini, maka ciptalah peluang untuk mendoakan sesiapa disekelilingmu
hatta hanya doa pada seekor kucing yang datang menggeselkan badannya padamu
meminta makanan sedangkan kamu tidak mempunyai apa-apa, maka doakanlah agar
kucing tersebut dipertemukan insan berhati mulia untuk membantunya. Kerna
yakinlah bahawa setiap doa yang baik itu pasti akan kembali kepada dirimu.
Dan suatu hari nanti, jika diizinkan Allah
apabila di Syurga, aku ingin Allah tunjukkan kepadaku siapakah insan-insan
mulia yang pernah mendoakan aku dengan ikhlas sepanjang hidupku dahulu.
Selasa,
18 Jun
2019,
7.27
pagi,
Bintulu.
2 comments:
Benda yg mudah pun kalau Allah tak izin, berat juga ๐ฅ Assalamualaikum
Moga2 Allah izinkan untuk istiqamah dengan satu kebaikan walaupun kecil.
Post a Comment