Tuesday, September 4, 2012

Belajar berjalan


Bismillahirrahmanirrahmin


Saya baru kembali belajar berjalan. Susah juga rupanya. Dahulu ketika laju berlari, tiba-tiba ada seorang kawan, dia muncul dalam keadaan itu. Dia baharu nak belajar berjalan. Mula-mula saya amat malu mahu mengajarnya, namun disebabkan dia begitu bersemangat mahu belajar, saya tak henti-henti mengajarnya berlari. Hari ini saya ketinggalan jauh kebelakang. Ternyata dirinya lebih mampu berlari laju dari saya. “Peristiwa” yang menimpa saya menyebabkan saya “kena” memaksa diri untuk kembali berjalan. Perit juga ye bila terjatuh dan tidak mampu berjalan ni. Bila hanya mampu berpusing-pusing di tempat yang sama. Bila dah mula belajar berjalan barulah terasa teramat susah. Bila saya melihat wajah kawan saya, saya berasa tenang. Bagaimana dahulu dia mampu belajar dari zero kepada hero? Allahu Akbar! Semuanya keranaMu ya Rabb.


Insya-Allah saya akan kembali berjalan seperti biasa, aku mohon kekuatan daripadaMu, dengan kesempatan yang kau berikan berulang kali ini, dengan fitrahku sebagai manusia yang tiada apa-apa dihadapanMu. Chaiyok2! Anis mampu!


P/s: Sungguh, pertarungan dengan diri adalah peperangan yang sangat mencabar! Terima Kasih ya Allah ^_^



Si dia masih ada


Bismillahirrahmanirrahim…


Kelibat dirinya semakin menghilang. Terkadang dia muncul, namun aku belum mampu merangkulnya dalam dakapan yang nyata. Ya ALLAH aku rindu diri itu. Bersabar walau dilontar batu, tetap tenang walau disiram kejahatan yang bertalu-talu, tetap merungkai senyum malu, tidak mudah melenting. Moga aku bisa bertemu diri itu dan dapat bersatu dengannya sebagaimana dahulu. Diri yang ketemu hari ini berbeda, mempertahankan diri tatkala dilontar batu, melawan kejahatan satu persatu, lebih bertegas. Aku rindukan diri yang dulu… biarlah tenang dalam kelembutan, apa jua yang melanda.

Sungguh! Ku akui Kemalangan atau apa pun yang berlaku adalah takdir dan bukan kebetulan, semuanya adalah ketentuan. Ia adalah proses tarbiyah bagiku. Aku berharap aku dapat kembali bersatu dengan diriku dan merangkul erat diriku yang dulu dalam dakapan nyata. Ternyata orang disekeliling lebih merindui diriku yang dahulu. Senyumlah dengan penuh kesyukuran. Moga hati ini dikurniakan keredhaan.

Tarbiyah daripada Allah itu punya seinfiniti hikmah dan rahmat <3 nbsp="nbsp" p="p">

Hari ini langkahku atur dengan penuh iltizam! Akan ku carimu!!!


Friday, August 24, 2012

teruskan berusaha!


Bismillahirrahmanirrahim.


Ya Rabbi bil mustafa, balligh maqasidana waghfirlana ma madha ya waasi’al karami..


Sudah lama Anis tidak melimpahkan segala apa yang perlu dilimpahkan dalam ruangan maya ini. Khair, sekarang menjalani praktikum fasa dua di SK Benta. Alhamdulillah! Satu persatu urusan Allah permudahkan. Dalam masa sebulan ini Allah menduga tanpa dipinta.


Bila kita 'berharap' pada manusia, seolah-olah kita memberikan 100% hati kita untuk dikecewakan. Tetapi, apabila kita beri harapan kepada Allah insha Allah ia seumpama kita memberikan 100% keyakinan bahawa Allah akan menghiburkan kita. Itu tarbiyyah Allah supaya saya tidak lagi mengharap 'ihsan' atau 'perhatian' sahabat-sahabat sebaliknya memberikan hati kepada Allah untuk "dihiburkan" dengan cara TERBAIK :) (ukht Insyirah).


Saya Cuma perlukan sedikit masa, insyaALLAH bakal kembali menaip patah kata diruang maya ini. Saya suka menulis. Doakan agar Allah memakbulkan doa saya dan menjadikan saya hamba yang solehah dari saat ini hingga saat saya menghadapNya, mendapat rahmatnya di dunia dan akhirat..... Allahumma ameen.

Salam eidulfitri, saya memohon maaf di atas segala kekhilafan sepanjang saya menulis,  sahabat a.k.a seorang kakak yang saya hormati berkata manusia pasti ada kelebihan dan kelemahanan... apa yang kita nampak itulah nilaian di mata kita, selebihnya ALLAH MAHA MENGETAHUI... khair.

Sebarkan Cinta Tuhan kepada seluruh jiwa yang sedang sakit dan gersang. Nanti jiwa itu akan tumbuh dengan subur dan menghasilkan buah-buahan amal yang sedap dimakan. nyum nyum..

Allahumma solli ‘ala muhammad wa ala aalihi wa ashabih wa azwajih wa zurriyatihi ajmaiin.


#Biarlah rasa malu itu makin menebal agar aku makin tersedar.

24.8.2012
6 syawal 1433
3.25 p.m


Sunday, July 22, 2012

Begini...


Bismillahirrahmanirrahim


Sedang menumpukan perjalanan menuju ke masjid untuk menunaikan solat maghrib. Seorang teman memecah kesunyian.

“Hmmm esok dah satu ramadhan, tak dapatla saya puasa…,” rungut seorang teman lantaran uzur syar’ie.

Dalam hati, teringat temu bual dalam majalah Qiadah bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah dibaca dua tiga kali.

My dear, Pemikiran "ramadhan bulan puasa" adalah pemikiran yang terkongkong dengan pengaruh penjajah. Ramadhan adalah bulan Ramadhan, bukan 'bulan puasa'. Dalam bulan ramadhan umat Islam bukan sahaja dituntut untuk berpuasa sahaja, tetapi lebih dari itu.
Kalau kita memang ‘set’ dalam minda kita bahawa bulan ramadhan bulan puasa, bila kita ‘uzur’ umpama terus hilang nikmat ramadhan. Ramadhan SEBENARNYA lebih dari itu. Kita still boleh menjalankan ibadah lain, selain puasa. Pasti ada hikmah di atas sesuatu yang berlaku. Apa jua yang berlaku adalah nikmat dan bagaimana kita menikmati nikmat itu terpulang bagi kita. Jika bijak kita ‘set’ dalam minda kita, pasti tetap terasa kenikmatannya.”

“Hmmm betul-betul…,” teman itu mengiyakan.

Teringat kata-kata TGNA "Kewajipan kita ialah Ihya' (menghidupkan) Ramadhan, bukan hanya puasa Ramadhan sahaja.”

Banyak sunnah Rasulullah yang boleh dihidupkan dalam ramadhan. Segalanya terbuka, tinggal sama ada mahu “mengambil” atau “meninggalkan”.
RAMADHAN BUKAN BULAN PUASA, TAPI ADALAH BULAN RAMADHAN,


RAMADHAN : Hadiah cinta dari ALLAH; Pesta ibadah, perjuangan dan kemenangan (Alhabib Syed Abdul Kadir al-Joofre)

22 Julai 2012,
2 Ramadhan 1433,
M302,
3.06 Petang.

Thursday, July 12, 2012

cerita lama



Bismillahirrahmanirrahim…


Setiap kali aku menghadap mak, itulah ceritanya. Cerita itu mak memperdengarkan berkali-kali. Aku tetap mendengar, sambil mengangguk-angguk mengiyakan. Ada dua perkara yang terbit difikiranku, sama ada mak lupa bahawa mak pernah bercerita kisah ini, atau  memang mak hanya punya beberapa siri cerita itu, dengan harapan agar aku bersembang dengannya.

 Hak mendengar sememangnya kita harus peruntukkan untuk ibubapa kita. Mungkin aku menjadi pendengar cerita mak hanya untuk beberapa tahun, tapi aku lagi bimbang andai aku bakal merindui kisah-kisah itu suatu hari nanti. Betapa ramai yang tidak menghargai “cerita lama” ibu mereka, dengarlah, mungkin hanya sejam dua. Bimbang kita bakal merindui cerita lama itu bukan sejam dua malah bertahun-tahun penuh penyesalan.


Seorang penulis menulis:

Kau masih ada emak. Kau lebih bernasib baik. Dengarlah cerita-ceritanya. Semakin tua, suaranya makin kurang didengari. Mereka tiada cerita baru. Hanya cerita lama. Seluruh tenaga, kelebihan dan semangatnya telah habis diperah untuk kita. Yang diperdengarkan bukan hanya CERITA tapi CINTA.”

Hati merindui insan yang menghargai aku tanpa syarat


M302,
12 Julai 2012,
6.27 p.m.

Monday, July 9, 2012

jaga diri molek gak....




Ya Allah, engkaulah yang Maha Mengetahui Siapa aku sesungguhnya...
Keangkuhanku kian hancur, tergoncang dek teguranmu yang berterusan,
aku terjatuh, tersungkur…

Betul, kita datang belajar, untuk ubah diri agar kembali kepada Allah
Kita nak tunjuk “perangai molek” kepada ahli keluarga kita, sahabat-sahabat.
Kita nak ikut akhlak nabi.
Tapi jika kita datang belajar, perangai tidak berubah tapi makin teruk… apa nak jadi?
Hmmm datang belajar ke sekadar banyak "koya" jah....
niat kerana Allah buang ke mana doh demo?
Patut ngaji makin lama tak jadi gapo pon, sebab dah hilang "berkat".
Allah......


Hanya banyak berimpi-impi, sedang diri masih tidak sedar, hanya melihat dunia umpama mahu hidup abadi bersamanya, kejar dunia takkan habis sedangkan akhirat keciciran!


Ya ALLAH,
aku tak berdaya,
tempuh semua,
tanpa kasihMu,
Allah, anta maqsudi wa ridhoka matlubi…..





Monday, July 2, 2012

rasa nak nangis



Bismillahirrahmanirrahim

Membaca. Diam. Koreksi diri. Kadang terasa sangat mudah dan tak mungkin diri ini melakukannya. Kadang “terjerat” dalam situasi. Kadang tanpa sedar diri ini sedang meremehkan. Tanpa sedar diri sedang melakukannya. Rasa marah apabila terjebak. Rasa geram pada diri, rasa sedih dan macam-macam lagi….Rasa nak nangis mengenang diri yang selalu berbuat dosa. Tak cukup-cukup lagi dengan dosa yang ada.



“….dalam Ihya’ Ulumuddin jelas dinyatakan, meninggalkan mengumpat pada siang hari lebih utama daripada solat sunat pada malam hari atau qiamullail.”





“Ya Allah ….abadikan aku dengan sifat mahmudah”



amin ya ALLAH...


selingan :


Alhamdulillah...akhirnya Allah telah menjawab "persoalanku" dan telah mengukuhkan hatiku, aku akan pastikan aku tidak lagi berpaling ke "belakang". Moga jawapan ini mampu membuatkan aku menyimpul senyuman.




Aku telah menanam harapanku dalam tanah, kemudian Allah turunkan hujan dan menumbuhkannya.


Inilah tawakal yang MURABBI ajar , anologinya mudah, anda tanam , Allah turunkan hujan. Kadang2 kita tidak tahu bagaimana Allah perkerjakan rezeki pada hambaNYa , disana pentingnya BERKAT. -CP Via Ibnu Fathani


M312,
2 Julai 2012,
3.09 p.m




Saturday, June 30, 2012

bukan kerana kamu, tapi DIA




Bismillahirrahmanirrahim….

Duhai anis....
Duhai hati....berhati-hatilah.... T_T

“ Ramai berlumba-lumba nak jadi ‘SOLEH / SOLEHAH’ tapi sayang, niat bukan kerana ALLAH, tetapi niat semata-mata untuk mendapat pasangan yang ‘SOLEH / SOLEHAH’. Rugilah kita...

kerana dunia, kita berubah,
kerana dunia, kita usaha,
kerana dunia kita berkorban tapi tidak bertunjangkan Lillahi Ta’ala.


JIKA KERANA DUNIA KITA BERKORBAN,,,TERKORBANLAH SEGALA USAHA KITA...


Alangkah ruginya kerana kita tidak usaha untuk cuba rasai nikmat CINTA ALLAH. Tetapi hanya cinta makhluknya yang kita dambakan.
Rugi, serugi, ruginya..!!”

*InsyaAllah, betulkan niat hanya kerana ALLAH :)






perlu difikirkan setiap gerak dan diam kita itu sama ada pahala atau dosa.sama ada syurga atau neraka.

Wednesday, June 27, 2012

Hungga! Hungga!




Bismillahirrahmanirrahim…

Hungga! Hungga! Berkejar-kejarlah kita mencari ampunan Allah
Hungga! Hungga! Proaktiflah dalam berbuat baik.
Hungga! Hungga! Bersaing tapi tidak berhasad dengki kesumat busuk



Kenapa susah nak solat? Sebab nafsu.
Kenapa susah nak tinggal maksiat? Sebab nafsu jugak.
Kenapa susah nak stop main game? Sebab nafsu jugak.
Pendek kata, susah nak taat sebab suka ikut nafsu.
Hati pun dah berkarat dengan dosa T_T


saya kena jadi positif sokmo!


betul saya rindu! Kalau saya tak sumbang apa-apa saya sangat bosan. Macam tak ada warna je hidup ni. SAYA TAK NAK MALAS!


::kangensyurga::

Lepaskan "ikatan" itu


Bismillahirrahmanirrahim…


Lembaran yang anis taip kali ini sama seperti yang biasa-biasa. Sama sahaja seperti yang lepas. Beberapa sahabat menunggu anis untuk terus menaip berkongsi. Ada juga yang tidak henti-henti bertanya. Tiga minggu cuti sementara menunggu semester baru, ke mana menghilang? Menyepi hampir sebulan bukan bermakna menghilang. Kali ini, anis belajar.  Minggu pertama di Pahang minggu kedua di Kedah, Penang, Perak, Perlis dan minggu terakhir di Kelantan dan beberapa hari sebelum habisnya cuti kembali ke bumi Darul Makmur. Sebagai menghargai sahabat-sahabat yang sedia menanti, Anis berkongsi sedikit dikesempatan yang ada.


Praktikum fasa 2 bakal mengundang diri ini menjadi seorang guru sekali lagi. Seorang sahabat bertanya, bagaimanana cara menguruskan masa. Diam berfikir. Berkongsi sedikit dengannya. Diri ini terkesan dengan kata-kata seorang sahabat, kerja memang banyak gila! Tapi jangan sampai kita gila kerana kerja. Iya, benar, kerja memang banyak. Kitalah yang perlu menguasai kerja, jangan biarkan kerja yang menguasai kita.


Lembaran hati ini menaip berkaitan sebuah lakaran hidup sendiri untuk ditatap oleh insan yang melalui perjalanan yang sama. Sebelum ini Anis sudah beberapa kiranya menulis berkaitan M.A.A.F. Tapi kali ini Anis menulis setelah mendapat ibrah untuk tatapan seorang insan yang meminta sebuah nasihat yang Anis berharap agar sebuah tulisan semoga mampu mengetuk pintu hati. Semoga Allah membenarkan perkara ini berlaku.


“Saya dah maafkan tapi saya tidak dapat melihat wajah mereka lagi”.

“My dear, kamu belum memaafkan mereka lagi….”

“Apa maksud Kak Nis? Saya dah memberi maaf kepada mereka, tapi entahla….mungkin maaf secara “basi-basi”….”

“Adik, maaf kamu bukan dari hati kan? Kamu rasa tenang dah lepas memberi maaf?”

“ Sama saja Kak Nis, macam ada sesuatu di hati saya, sukar saya nak gambarkan….”


Anis faham situasi yang dihadapinya. Pernah melalui “pattern” ujian yang sama. Perit memandang orang yang melukakan hati berkali-kali. Berulang-ulang. Namun, mungkin kerana sikap pendiam membuatkan rasa itu tidak terlalu kelihatan. Berpura-pura tidak lagi terasa. Namun, sakitnya bagai ditusuk-tusuk dan dicarik-carik.


“Dik, kamu tahu tak orang yang tidak memaafkan akan sentiasa “diikat” oleh orang yang tidak dimaafkannya. Dik, “maafkan” nescaya ikatan itu akan terlepas. Maafkan dengan sebenar kemaafan, dengan itu adik akan terbebas dari terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan, kemarahan yang dilakukan mereka terhadap diri adik. Maafkan, adik akan sihat, adik akan bebas!”


Adik itu kelihatan diam, berfikir barangkali.



Hmmm, memang saya masih dibelenggu oleh rasa sakit itu Kak Nis. Mungkin, kerana saya rasa memberi maaf itu umpama saya orang yang kalah. Tapi saya silap kerana saya sendiri menderita dengan ikatan itu.”


Memberi maaf terkadang ternyata lebih sukar dari meminta maaf. Kenapa? Walhal sudah berapa ayat al-Quran dan hadis yang dibaca, namun masih sukar untuk dipraktikkan. Selaklah lembaran hatimu. Lembaran dirimu. Pasti jawapannya ada. Ketika mahu dipraktikkan terasa umpama ego ditarik-tarik. Kemarahan membuak-buak. Allah….


Tulisan seorang ustaz yang berkongsi perkongsian ustaznya,


Mengapa sukar memaafkan? Ya, engkau ego. Rasa besar diri. Engkau tidak rasa kebesaran Allah. Orang yang merasakan kebesaran Allah pasti akan merasa kekerdilan diri. Allah lagikan pengampun. Dosa demi dosa hambaNya. Diampun segalanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat dari dosanya.”


“Kenapa kau merasa besar? Kaukah yang memberikan rezeki kepada dia (orang yang enggan dimaafkan)?  Kaukah yang memberikan hidayah kepadanya? Kaukah yang menyembuhkan dia ketika sakit? Insaflah. Allah yang memberikan semua itu. JIKA ALLAH YANG BESAR JASA KEPADA DIRINYA PUN MEMAAFKAN, ADAKAH PERNAH ADA PERKATAAN “LAYAK” BUAT DIRIMU UNTUK TIDAK MEMAAFKAN?”



Adik itu terdiam ketika Anis berkongsi hasil pembacaan Anis itu.



Kak Nis, masih terngiang-ngiang apa yang berlaku, mungkin alasan saya tidak memaafkan mereka “munasabah” di mata saya, namun mungkin tidak di sisi Allah. Allah pasti berkehendakkan saya agar memaafkan mereka. Perit, namun rasa terikat itu lebih perit sangat kan?

Kak Nis, baru saya sedar betapa “kecilnya” kesalahan manusia dengan manusia. Berbanding dosa manusia dengan Allah. Apakah alasan saya untuk terus tidak memaafkan. Memaafkan konon…padahal sebenarnya tidak.  Moga Allah sudi memaafkan perlakuan saya ini.”

“Ye dik, maafkan dosa sesama manusia agar kita mudah berbicara di mahkamah sana nanti. Allah maha penyayang, Allah maha pemaaf dan suka kepada hambanya yang suka memaafkan.”

“InsyaALLAH, sekarang juga saya harus pergi bertemu mereka. Ya Allah egonya aku selama ini. Umpama menyimpan sifat “ketuhanan” dalam diri yang penuh kehinaan”.



Adik itu berlalu, segera ingin “memberi” maaf, bimbang tidak berkesempatan, bimbang menjadi pemutus silaturrahim. Ruginya menjadi pemutus silaturrahim lantaran bau syurga pun tidak dapat dihidu.



Pernah tengok ikan dilautan? Tidak pernah terpengaruh dengan masinnya air laut. Namun begitu, setelah ikan itu mati, hanya secubit garam sudah mampu memasinkannya. Begitu juga dengan hati kita, bila ia hidup, ia pasti kuat menangkis garam-garam kehidupan yang cuba memasinkannya, namun apabila hati mati, pasti hati itu mudah masin walaupun dengan secubit pengaruh garam.



Kata-kata ini Anis berkongsi dengan seorang sahabat sewaktu duduk di atas bangku, saat dituntut hak sebagai seorang sahabat untuk memberi nasihat. Allah, berat bibir untuk mengungkap berat lagi hati. Moga Allah memimpin aku….jagailah aku.

Setelah sekian lama menyepi,
mengharap redha Ilahi,
Moga Allah sudi memberi.
Memperkenankan doa di hati.
Usah terus menanti
jangan dilayan kehendak hati
bakal sempurnakah impianmu nanti?
belum tentu itu yang Ilahi janji
pintalah petunjuk dalam aliran doa suci
Moga dipimpin hati.

Fi M302,
27 Jun 2012,
6.25 P.M.