Bismillahirrahmanirrahim…
Setelah sekian beberapa detik menyepi macam chipsmore, sekarang Cik Anis muncul lagi, alhamdulillah, mungkin disebabkan terpaksa komit dengan “sesuatu”, keletihan membuatkan jiwa menulis sedikit lesu.
Apabila menyebut tentang bulan disember atau yang lebih mudah, bulan cuti sekolah, sinonimnya dengan kenduri kahwin, majlis pertunangan dan sebagainya. Sememangnya perkahwinan merupakan suatu ketetapan oleh Allah s.w.t dan sunnah Rasulullah s.a.w. Fungsi perkahwinan bukan hanya semata menyatukan dua jiwa untuk melayari bahtera yang dinamakan rumah tangga. Malahan perkahwinan lebih kepada suatu ibadah dan melaksanakan sesebuah perkahwinan memerlukan tanggungjawab kedua-dua pihak.
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49)
“Dan di antara kekuasaan- Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
(Ar-rum ayat 21)
Alhamdulillah, tanggal 1 Disember 2010 baru-baru ini, genap usia perkahwinan Mak dan Abah 25 Tahun, dan sememangnya pasti banyak pahit dan manis yang telah ditempuhi oleh Mak Abah.. apa yang pasti tak semuanya dapat diungkapkan dengan sebuah tulisan… iye… itu yang pasti….
" Sekalipun cinta telah ku huraikan dan ku jelaskan dengan panjang lebar,
namun jika cinta ku datangi...
aku jadi malu pada keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu menghuraikan..
namun tanpa lidah,..
cinta ternyata lebih terang.
Sementara pena begitu tergesa-gesa menulis sekali..
kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta... "
" Dalam menghuraikan cinta, akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
Cinta sendiri lah yang menerangkan cinta dan percintaan..."
Semoga keluarga sakinah ini terus kekal hingga ke Syurga..amin...
p/s: tahun ni tak dapat nak sambut anniversary macam bese,…huhu juz makan2 kat New Horizon Garden je..maklumlah adik exam SPM..huhu..pape pon mak abah tetap da best..^-^
Anis Humaira bercerita,
8 Disember 2010
9.25 p.m
Fi Baiti Sakinah
No comments:
Post a Comment