Saturday, December 18, 2010

Pintu Suka Hati



Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, sangat gembira dapat luangkan masa dengan kakak, kata kakak ketika kami bersantai-santai di atas tilam yang empuk,

tak boleh ke nak pilih dua-dua?”


“hmmm..?” Anis kebingungan


“maksudnya family and hubby..”


Hehe… jawapan anis senang je..


boleh-boleh, hehe..senangkan kalau ada pintu suka hati doraemon, time abang Husaif p kerja, akak balik umah ni..hehe..”

Pastu time makan, akak bawa baliklah dua pinggan nasik balik makan umah kat Sarawak..hehe..”


“hehe..dan kalau pintu tu ada..senanglah acik nak balik umah tiap-tiap hari..hehe..tak susah-susah nak naek tren, nak beli barang pon jimat..,”

Toink..toink..



"Kalaulah Pintu Suka Hati tu wujud kan bagus?" Hehe.. Anis tau korang pun mesti ada berangan macam tu juga kan. Kan senang kalau alat macam tu boleh direka. Hmm.. Tiada yang mustahil dalam dunia ni. Percaya atau tidak, teknologi ni sebenarnya wujud dan tak mustahil satu hari nanti manusia tak perlukan kenderaan lagi untuk ke satu tempat yang jauh dalam masa yang singkat.



Teknologi yang Anis nak kongsi dalam entri hari ni ialah Teleportation. Pernah dengar tak?



Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip." Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia." [An-Naml : 40]



Dalam ayat di atas 'seorang yang mempunyai pengetahuan dari Al-Kitab' telah berkata bahawa dia mampu untuk membawa singgahsana Ratu Balqis dari negeri Saba ke singgahsana Nabi Sulaiman di Palestin pada masa yang sangat singkat. Hal ini nampak seperti mustahil akan tetapi yakinlah bahawa sekiranya Al-Qur'an yang membicarakannya, maka tiada apa pun yang mustahil. Penemuan terkini telah membuktikan bahawa suatu hari nanti, manusia mampu memindahkan objek dari satu tempat ke satu tempat lain yang jauh dalam beberapa saat sahaja. Teknologi ini dinamakan teleportation.




Ni la teknologi yang boleh memindahkan objek dari tempat asalnya ke tempat lain tanpa melalui ruang. Tapi buat masa ni, saintis hanya berjaya memindahkan objek yang dalam bentuk photon dan atom je.



Haiiihhh.. Kalau la dah ada orang berjaya cipta mesin Teleportation untuk manusia, tak payah susah-susah nak balik kampung. Buka pintu, masuk dalam tu..... then, tak sampai 1 minit dah sampai rumah. Waaaa…



Dan untuk hostelites, tiada lagi masalah homesick sebab bila-bila masa je boleh balik rumah..

Kalau nak tau lebih lanjut tentang Teleportation, baca la kat iLuvislam.com atau Wikipedia


Anis berangan,

18 Disember 2010,

4.09 p.m

Fi baiti Sakinah.



No comments: