Thursday, December 16, 2010

seni disiplin



Bismillahirrahmanirrahim..


Suasana di Baiti Sakinah membuatkan anis lebih banyak menjadi pemerhati dan penganalisis apa jua yang berlaku dalam konteks sebuah keluarga. Jika sewaktu di kampus banyak mengaitkan dengan pengalaman sehari-sehari di sana dengan ilmu yang bakal dikongsikan, sebaliknya anis terpaksa memandang dengan cara dan konteks berbeza dengan waqi’ di sini.

ANNIZ0M

Anis masih ingat dengan jelas lagi, sewaktu di Pusat Pengajian dan Pendidikan Islam Madinatul Ilmu, satu amsal yang selalu ustaz sebutkan, , malah teguh tertulis dengan lakaran khat yang indah di dinding ..

INNIZOM ASASUN NAJAH..

Atau bahasa mudahnya, disiplin asas kejayaan

Sewaktu kecil, hanya sekadar memahami dalam minda yang kecil juga,

Mungkin yang ustaz ingin terapkan dalam konteks sebagai seorang pelajar..

Owh,

Jom, anis bawa sahabat menelusuri bagaimana konteks seorang ayah menerapkan ANNIZOM dalam kehidupan seorang anak..

Contohnya cukup mudah, Anis bawakan contoh bagaimana abah mendidik kami…

Iye, disiplin yang kami anggap sebagai belenggu pada ketika kecil dahulu itulah yang pasti menjadi guru pada hari ini..

1) SOLAT

Kami semua pasti dikejutkan untuk solat subuh..

MASIH MENGANTUK ATAU TIDAK,

WAJIB dan NO KOMPROMI..

Iye, sejak kecil lagi..

Abah cukup mengajar kami untuk menjaga solat,

biasanya selepas mengejutkan kami, abah akan solat subuh dan solat yang lain berjemaah di surau. Masih sama seperti sekarang.

Maghrib kebanyakannya abah akan solat berjemaah dengan kami. Kenapa ye?

2) Al-quran

Kenapa? Menjawab persoalan tadi, kerna abah adalah guru al-quran kami, selepas solat berjemaah, kami (kakak, abang dan anis) kanak-kanak ribena ini akan berlari-lari mengambil muqaddam masing-masing dan duduk berhadapan dengan abah, bermula dari alif ba ta, muqaddam semuanya abah yang ajarkan, disiplin mengaji, kami akan membaca sendiri dahulu sebelum abah mengajar dan mendengar bacaan kami, sehingga kami sudah semakin besar barulah abah menghantar kami berguru dengan guru al-quran, walaupun kami semua telah belajar dan mula menghafaz sedikit al-quran di sekolah, namun pulang dari sekolah WAJIB juga bagi kami untuk pergi ke rumah “TOK GURU” (panggilan bagi guru al-quran kami). Seingat anis, termasuk abah, kami telah belajar al-quran dengan 4 orang tok guru ( ini tidak dikira guru di sekolah). Iye, semestinya ibadah menjadikan tunjang utama bagi disiplin anak-anak. Malah, arwah tok wan dahulu pun mementingkan al-quran dalam pendidikan abah dan adik beradik lebih-lebih lagi arwah tok wan adalah imam surau.

3) TV

Percaya tak? Ketika kami masih kecil, TV menjadi objek yang paling takut didekati, malah walaupun terlalu ingin menonton, tapi kami cukup takut untuk menekan suis TV..

NO TV??

TV tidak boleh di buka kecuali dengan IZIN ABAH..

Jarang juga kami menonton TV.. huhu

4) BERMAIN

Masa bermain anak-anak, abah menetapkan hanya tepat jam 6.00 petang barulah kami dibenarkan bermain di luar rumah dan WAJIB pulang sebelum jam 7.00 malam kerana perlu bersiap untuk solat maghrib dan mengaji al-Quran. Pastinya sebelum jam 6.00 petang kami, kanak-kanak ribena sudah pun gelisah melihat jam, tepat sahaja jam 6.00 petang, terus bersalam dengan mak abah dan berlari keluar. Huhu..rindu saat tu..

5) WAKTU BELAJAR

Waktu belajar kami adalah selepas solat isya’, tapi kami semua perlu menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru sebelum turun bermain pada jam 6.00 petang, jika tidak, tiada waktu bermain untuk kami. Selepas isya’ kami akan sama-sama belajar.

6) TIDUR

Waktu tidur kami jam 10.00 malam, biasanya mak dan abah akan siapkan tempat tidur kami, sebelum kami disuruh tidur, mengantuk atau tidak, kami tetap perlu masuk tidur. Sebelum tidur, kami perlu bersalam dengan mak abah dan meminta maaf dengan mereka. Itulah rutin kami setiap hari.

7) MAKAN

Kami semua akan makan bersama di bawah (bukan di atas meja), hamparan saprah atau surat khabar menjadi alas bagi lauk-pauk kami. Semua tidak dibenarkan makan, sehingga semua ahli keluarga duduk. Kemudian, kami akan baca doa bersama-sama atau salah seorang daripada kami akan di minta membaca doa oleh abah. Setelah itu, kami akan sama-sama mengucapkan “ Alhamdulillah, terima kasih mak, terima kasih abah”. Pernah kami ditegur, jika terlupa membaca doa, atau terlupa mengucapkan Alhamdulillah atau mengucapkan terima kasih kepada mak abah dahulu tanpa menyebut Alhamdulillah. Sewaktu makan juga, abah amat pantang andai kami bergaduh depan rezeki (budak-budak memang nakal).

8) SEKOLAH

Setiap hari, rutin biasa tetap menjadi jadual kami, apa yang pasti kami ke sekolah, hanya dibekalkan RM 0.30 sahaja, bukan RM 3.00, dan kami semua DIWAJIBkan membawa bekal makanan dan minuman ke sekolah. Dengan itu, kami di ajar untuk berjimat cermat, bukan tak mampu untuk mak dan abah untuk memberi lebih, tapi itulah namanya SENI DISIPLIN dalam didikan. Kami kenyang dan duit pula dapat disimpan. Dan kerana itu, kebiasaanya untuk mendapatkan sesuatu yang kami idamkan, biasanya, kami akan menyimpan duit selama beberapa hari sebelum membeli apa yang kami inginkan. Anis sendiri tahu, bahawa ada pelajar lain yang hidupnya tidak sesenang kami. Ustaz sendiri pernah bercerita dalam kelas ketika tahun 1 bahawa dia pernah terlihat seorang murid yang tidak keluar makan di waktu rehat, lantaran tidak mempunyai wang saku. Cukup, hanya makan di rumah. Mungkin, seni didikan guru dalam mengajar kami sebuah erti turut membuatkan anis bersyukur. Dan rutin yang lainnya, sebelum ke sekolah dan pulang sekolah, kami tetap seperti orang lain, WAJIB bersalam dengan mak dan abah.

9) DENDA

Bila bercerita tentang denda, pasti terbayang tentang rotan. Huhu sememangnya itu, tapi kebiasaannya pembaris pengukur kain yang mak gunakan untuk menjahit menjadi “mangsa” untuk abah mendenda kami. Namun, mak selalu ingatkan kami agar tidak membuat abah marah dengan kami, akibatnya “denda” cara abah menjadi habuan kami, huhu tak kisahlah apa jua caranya, kesannya kami tidak mengulangi kesalahan yang kami lakukan.

SEBAHAGIAN

Apa yang tercatat tadi, hanya secubit dari SENI DISIPLIN didikan abah kepada kami…

ASAS ITU PADA MULA

Anis bawa kembali kata-kata yang ustaz selalu uar-uarkan di Madinatul Ilmi,

ANNIZOM ASASUN NAJAH

DISIPLIN ASAS KEJAYAAN..

ASAS?

Iye itu jika dilhat, mengapa menggunakan perkataan asas?

DISIPLIN BUKANLAH MEMBAWA ERTI BAHAWA PASTI

PASTI AKAN MEMBAWA KEJAYAAN

Tetapi, DISIPLIN ITULAH PEMANGKIN KEPADA SEBUAH KEJAYAAN.

KEJAYAAN itu segalanya BERMULA dengan DISIPLIN

PERMULAAN sebelum melangkah ke tangga yang lebih tinggi dalam meniti jejak-jekak ke gading kejayaan..

Andai di asas itu sahabat telah tersungkur..

Masih LAYAKKAH kita mendambakan kejayaan?

USAH MEMANDANG KEJAYAAN ITU DALAM KONTEKS PELAJAR SEMATA..

DISIPLIN ITU JUGALAH KUNCI DALAM KEJAYAAN TARBIYAH SEORANG INDIVIDU MUSLIM dan seterusnya..

DISIPLIN bagaimana kita MENJAGA SOLAT

DISIPLIN bagaimana kita MENJAGA AURAT

DISIPLIN bagaimana kita MENJAGA AKHLAK

DISIPLIN bagaimana kita MENJAGA MASA

DISIPLIN bagaimana kita MENJAGA SEBUAH AMANAH..

DISIPLIN bagaimana kita MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH

DISIPLIN bagaimana kita MENJAGA HUBUNGAN DENGAN MANUSIA..

FIKIRKAN…

BENARKAH ANNIZOM ASASUN NAJAH?

BENARKAH ANNIZOM BAKAL MEMBAWA KITA MENUJU KEJAYAAN PALING BESAR?

KEJAYAAN MENDAPAT MARDHOTILLAH?

Menuju firdaus…???

Wallahu a’lam bissowab..

((disiplin itu bukan belenggu sebuah kehidupan, tapi kita yang sering membelenggu diri dan fikiran supaya tidak menerima disiplin sebagai murabbi insan beriman))

Sebuah fikiran hamba bergelar INSAN,

Anis Humaira,

16 september 2010,

12.04 p.m

Fi baiti sakinah



1 comment:

Anonymous said...

salam...sebaik-baik solat lelaki itu adalah dimana tempat azan di azankan ye...5waktu..

xmnjadi kesalahan utk enti adik beradik ikut ke masjid atau surau dan belajar mnegaji di situ

mungkin di sini sedikit kekurangan terhadap seni disiplin ini...

"belajar demi kesilapan"