Bismillahirrahmanirrahim…
Cuma nak kongsikan kisah saya bila saya sedih.
Bila saya sedih atau stress antara perkara yang
paling saya suka lakukan adalah saya akan mengadu kepada Allah, saya rasa
sangat lega. Ketenangan yang bermakna Allah akan beri. Kadang-kadang Allah
ilhamkan jalan yang tak pernah saya terfikir. Jalan ini tak pernah menghampakan
saya.
Kedua,
saya akan berselawat. Sebuah kisah ketika praktikum. Saya di”observe” dua matapelajaran berturut-turut tanpa
sela masa, dalam masa dua jam. Mata pelajaran pertama saya rasa sangat-sangat
teruk. Masuk masa kedua, saya berasa sangat sedih dan hati mahu menangis. Tapi
dalam masa yang sama, saya perlu mengawal emosi sebelum mengajar. Sebelum memulakan sesi pengajaran, saya minta
semua murid berselawat thobibiyah beramai-ramai dan membaca doa. Allahu Rabbi,
setelah itu Allah memberi satu perasaan tenang dan kekuatan yang tak dapat saya
tafsirkan. Semenjak hari itu, saya akan memulakan kelas dengan kami ramai-ramai
berselawat. Kisah sahabat saya juga, ketika mahu di”observe”, tiba-tiba
bekalan elektrik terputus sedangkan dalam Rancangan Pengajaran Hariannya dia
menggunakan bahan ICT. Dia terus mesej saya menceritakan perihal dirinya. Dalam
waktu itu, saya sendiri buntu dan hanya mampu menasihatinya banyakkan selawat. Kemudian, dia segera menyiapkan ABM baru
sebagai plan B, untuk men”cover” balik bahan ICT yang tiada tadi,
sambil berselawat. Dengan ketentuan Allah, Allah mengembalikan bekalan elektrik
yang terputus tadi. Allahu Rabbi. Dia terus mesej kepada diri ini dan
memberitahu bahawa rupa-rupanya Allah mahu menegur dirinya agar memperbanyakkan
selawat ke atas Nabi. Hikmahnya jelas! Sollu ‘Ala al- Nabiyy!
Kadang-kadang
bila rasa pelik sangat perasaan sedih saya, saya akan menelefon mak dan abah.
Bila suara mak dan abah kedengaran je di telefon terus rasa lega. Mendengar cerita-cerita daripada mak dan abah
mampu mengubati hati ini. (Ceh!)
Sebagai
manusia biasa, saya tidak terlepas dari meluahkan kepada manusia. Biasanya saya
akan menghantar mesej kepada semua sahabat yang rapat dengan saya, tak terlepas
kepada junior yang rapat juga. Saya akan minta nasihat apa-apa sahaja.
Biasanya saya tidak akan statekan
apa jenis nasihat. Tapi biasanya juga sahabat-sahabat akan bertanya, nak
nasihat yang macam maca. Hakikatnya saya sendiri tak kisah, yang penting saya
dapat sesuatu.
“My dear…bagi nasihat kat Anis sikit…”
“Nak nasihat…apa-apa je….”
Alhamdulillah, dengan mendengar nasihat dari orang-orang
yang saya senangi dan insyaALLAH solehah Mudah-mudahan saya juga bakal mendapat
SESUATU. Kadang-kadang juga saya sangat gemar “mengganggu” sahabat-sahabat
dengan bertanya khabar, walhal saya hanya ingin menghilangkan rasa
sedih. @_@ Pelik tak saya ni? hehe.
Satu
lagi perkara, saya akan membawa diri, ke mana-mana sahaja. Kadang-kadang saya
akan pandang langit lama-lama. Kadang-kadang saya akan tenung bintang-bintang.
Pernah saya dalam keadaan bingung, apa yang patut saya lakukan. Allah gerakkan
kaki ke sebuah majlis taa’lim. Masa tu hati menangis. Allahu…dengan kehadiran
malaikat yang ada dalam majlis ilmu. Saya mendapat suatu perasaan yang saya
sendiri tidak pandai terjemahkan.
Dan yang paling penting saya sangat suka MENULIS!
Kadang-kadang dengan menulis saya dapat meluahkan. Kadang-kadang saya bina
cerita berdasarkan kisah hidup. Apa yang kita rasa, kita lebih dekat untuk
memaknakan dalam sebuah makalah itu sendiri!
Setakat ini sahaja coret-coret saya, dalam selang
menyiapkan assignment kedua, saya mencuri sedikit masa, untuk melepaskan
rasa “gian” nak menulis. Hmmm maaf,
bahasa agak lintang-pukang hari ni. Moga Allah kan berkati semua sahabat yang
membaca setiap patah coretan ini. Amin
M302,
30 September 2012,
2.38 p.m.
No comments:
Post a Comment