Bismillahirrahmanirrahim.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!
Hari ini Anis belajar ilmu baru. Jadi terus ke hadapan
komputer untuk berkongsi. Hati “kesok” sikit sebab terkesan dengan
teguran. (Allah sayang Anis J )
Dalam kita hidup ni, kita memang akan bertemu dengan
manusia (memangla). Dalam kita bergaul macam-macam ilmu hikmah yang Allah
hadiahkan untuk kita. Allah juga turunkan rahmatNya seiring dengan hikmah. Dalam kehidupan, kesejahteraan hidup kita
bermula dengan rasa syukur. Syukur dalam kata kita menghargai apa sahaja dalam
hidup ini. Hakikatnya semuanya adalah nikmat, cuma dengan ilmu dan akal
terbatas ini, penilaian kita seringkali berbeza. Yang baik nampak buruk, yang
buruk pula nampak baik.
Dalam kita melihat manusia juga kita perlu belajar
melihat dengan pandangan orang yang bersyukur! Ye, pandangan orang yang
bersyukur adalah orang yang pandai melihat dengan pandangan yang luar biasa!
Contohnya kita ada seorang kawan, kita perlu mensyukuri kawan itu. Kadang-kadang
kita merasa aneh. Mengapa orang lain memberikan pujian yang menggunung kepada
kawan kita, dia baiklah, hebat, cantik dan lain-lain sedangkan kita melihatnya
biasa-biasa je. Mengapa apa yang kita nampak pada diri si dia berbeza dengan
pandangan orang lain? Jawapannya mudah je, kerana kita GAGAL menghayati dan
seterusnya mensyukuri nikmat perhubungan ini sendiri.
MENGHARGAI SIAPA JUA
Anis membaca artikel ini berkaitan bagaimana seorang
isteri mahu menghargai seorang suami kalau dia sendiri tidak nampak
kebaikannya? Dari sisi pandangan Anis sama juga dengan cara kita menghargai
setiap kelibat manusia yang hadir dalam dunia kehidupan kita. Sudah tentu jika
suami isteri, mereka akan saling berbuat baik sesama sendiri. Namun, kebaikan
itu umpama tersembunyi. Bagaimana tu?
Begini…. kebaikan itu tersembunyi kerana ia bergantung
bagaimana cara kita memandang dirinya. Ya, Kita memandang dirinya dengan
pandangan biasa-biasa sahaja. Apa maksudnya? Maksudnya orang biasa, biasanya
akan memandang yang buruk sahaja, sedangkan kebaikan berganda yang menggunung
itu tidak dipedulikan. Walaupun kita mempunyai pendidikan yang tinggi
sekalipun, tetapi mempunyai pandangan yang biasa-biasa sahaja, maka kedudukan
kita sama sahaja seperti mereka yang tidak mempunyai pelajaran. Malahan, dari
sudut pandangan Anis sendiri betapa ramai insan-insan yang tidak berpelajaran
tetapi amat bijak memandang orang tersayang dengan pandangan yang luar biasa,
memandang dengan penuh penghargaan.
Mudahnya, apabila kita mempunyai tanggapan biasa-biasa
sahaja, maka segala kebaikan orang di
sisi kita seakan kabur dan terkubur begitu sahaja. Kesilapan dan kesalahan
sering dijaja walaupun kesilapan itu dilakukan hampir bertahun lamanya.
Kesimpulannya, hargailah insan yang hadir dalam hidup
kita… baik kawan, sahabat, suami, isteri, adik, guru, dan siapa juga dengan
cara menyebut kebaikan dan melihat segala-galanya dengan kebaikan.
Lama-kelamaan kita akan bertambah kasih kepadanya hinggakan kita akan merasakan
dialah insan yang terbaik dalam hidup kita.
“Kita hanya akan menghargai orang yang hadir dalam
kehidupan kita apabila kita nampak kebaikannya. Kebaikannya tidak dapat dilihat
dengan pandangan biasa-biasa. Gunalah pandangan luar biasa!” (Ustaz Mohd Shukri
Samsudin).
P/S: Dalam menilai diri, hanya kesabaran dan keikhlasan
mampu membawa diri kepada kehidupan aman dan sejahtera. “Kebaikan itu ialah
hanya kepada orang yang mempunyai takwa.” (Al-Baqarah : 189).
M302,
4 September 2012
17 Syawal 1433,
10.04 p.m.
2 comments:
syukran k.nis..
mudah skali hati menilai.
bnr k.nis,bgntung pd bgaimana kita mmndangnya.
"org len pun dpt bnda yg sama, tapi knp aku xrasa bhgia mcm org len...".
kena blaja dan terus blaja...
dek jahilnya diri.
jazakillah khaer(",)
afwan ya jamilah. Benar, hati hanya dapat dibimbing dengan iman dan ilmu yang benar. Pndgn hati y kelam sentiasa menggelapkan pndgn kita ke arah kebaikan dan lbh terarah kepada "kejelekan" seseorangan.... insyaALLAH sama2 lah kita bljr..mohon tnjk ajar adik syayam.....
wa iyyak... jazakillah khaer
Post a Comment