Bismillahirrahmanirrahim.
Terbuai
sungguh dengan cuti ini. Di celah-celah masa yang ada penuh dengan tugasan
sebagai rabbatul-bait sepenuh masa. Alhamdulillah, sedang belajar
mengikhlaskan hati dan memperbaiki diri. Sekadar cuit-cuit sedikit dari
beberapa majlis ilmu yang telah dihadiri sepanjang cuti ini
CUIT-CUIT
1
Kata
seorang ustazah, anak yang soleh ini ada ciri 3B :
1)
Berharga – di dunia dan akhirat. Rasulullah
s.a.w pernah bersabda; “Tahukah engkau siapakah yang mandul?” Para sahabat
menjawab; “ Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu
Rasulullah s.a.w berkata ; Orang yang mandul ialah orang yang memepunyai banyak
anak tetapi anak-anaknya tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal
dunia.”
Bak
kata ustazah, ruginya orang yang mandul ini, ada anak namun tidak dididik dan
tidak mendoakan kita setelah kita mati.
2)
Bangga – Bangga! Jika anak yang kita
miliki benar-benar seperti yang didoakan à Qurratu a’yun
3)
Bahagia – Anak yang kita milik mampu
membahagiakan kita di dunia dan juga di akhirat.
Kata
seorang Ustaz lagi, bila berbicara soal anak ni, kadang-kadang kita fikir sampai
line dunia je, tapi anak-anak adalah berkaitan akhirat kerna Anak yang
SOLEH umpama PENCEN KUBUR kita nanti!
Empat
tips mudah bagi seorang ibu dalam mendidik anak :
1)
Pastikan punca rezeki halal.
2)
Pastikan makanan yang diberi halal serta utamakan produk orang Islam walaupun
mahal.
3)
Makanan yang dimasak adalah air tangan ibu sendiri
4)
Banyakkan berdoa termasuk ketika menyediakan makanan.
Difokuskan
berkaitan makan minum kerana kadang ibubapa lupa bahawa punca anak-anak
sekarang degil serta berakhlak negative kerana makanan yang mereka makan. Kerana
makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kita. Malah, Anis ingat lagi
sebuah hadis yang pernah dibaca, Pada suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya
kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku
dijadikan Allah orang yang makbul doanya." Rasulullah menjawab, "Hai
Saad, makanlah yang baik, (halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul
doanya. Demi Allah yang memegang jiwa Muhammad, sesungguhnya seorang yang pernah
melemparkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya (perutnya), maka tidaklah
akan dikabulkan doanya selama selama 40 hari. Siapa saja manusia yang dagingnya
tumbuh dari makanan yang haram, maka nerakalah yang berhak untuk orang
itu." (HR. Alhaafidh Abubakar bin Mardawih dikutip oleh Alhaafidh Ibnu
Kathin dalam tafsirnya).
CUIT-CUIT
2
Dalam
satu majlis ilmu juga, seorang ustaz berkata, bersyukurlah kamu jika kamu
adalah anak yatim kerana kamu terlepas dari garis untuk menjadi anak yang
DERHAKA, bersyukurlah jika kamu telah kematian suami kerana sesungguhnya kamu
terlepas dari garis menjadi isteri yang DERHAKA.
Benar,
bagaimana pun keadaan kita sekarang, bersyukurlah. Bersyukurlah jika kita masih
bujang kerana kita terlepas dari garis menjadi isteri yang DERHAKA, mungkin
saja garis menjadi anak yang SOLEH belum pernah kita LULUS. Katanya ustaz lagi,
perempuan ini mudah taat kepada ALLAH, puasanya, solatnya, ibadahnya
ALHAMDULILLAH sangat senang dikerjakan dan mudah LULUS, namun bila dalam bab
ketaatan kepada suami part ini sangat susah, kadang DOSA MULUT membawa
kita ke garis kedurhakaan. Bersyukurlah apapun keadaanmu sekarang, mungkin saja
ALLAH tahu kamu tak mampu menggendong beban dosa kederhakaan maka Dia tidak
pernah mengurniakan ibu, bapa, seorang suami atau mungkin DIA pernah memberi
namun diambilnya kembali agar tidak bertambah dosa kita.
CUIT-CUIT
3
Satu
lagi majlis ilmu dalam keadaan rahmat hujan daripada ALLAH azza wajalla. Ustaz
mengingatkan bahawa :
1) Antara
tujuan mengajar ilmu adalah supaya ilmu kita tidak hilang.
2) Nusrah
Allah yang diberi boleh dicabut bila-bila masa apabila Dia kehendaki.
3)
Dalam berdakwah kepada masyarakat elakkan bawa masalah ilmu yang terlalu rumit.
Yang benar-benar mendalam hendaklah bertalaqqi dengan guru.
4) Jika
kita hendak menarik orang kepada Islam hendaklah membuat sesuatu yang
menampakkan ISLAM MENARIK!
5) Bila
kita dituduh dengan macam-macam tohmahan, jika benar kesalahan itu kita
lakukan, maka kita tinggalkan. Namun, jika salah tuduhan, biarkanlah ia berlalu
bagaikan angin.
CUIT-CUIT
4
Satu
perkongsian ilmu dari ilmuan yang terkenal, BUYA HAMKA. Sangat teruja mendengar
rakaman daripada almarhum. Katanya :
1) Hidup
itu antara syukur dan sabar..
1)
Dalam berbicara bab syukur. Mudah sahaja, jika “tak ada” kita SABAR, jika “ada”
kita SYUKUR.
2)
Jika kita tidak bersyukur maka akan datang SIKSAAN. Apa dia? kita rasa GELISAH!
3)
Manusia ni, nikmat dalam tangannya, dia lupa, tapi dia mengharapkan nikmat yang
lain.
4)
Bukan dilarang untuk terus meminta-minta namun, belajarlah mensyukuri apa yang
dah ada, dan belajarlah mensyukuri apa yang akan datang.
5) Dalam
pada kita meletakkan standard ‘terbaik’ dalam hidup, kadang-kadang apa yang
kita mahukan tak semua tercapai. Masa inilah perlunya sabar. Sebab kita bukan
berkuasa sepenuhnya menentukan standard tu. Kita ada Tuhan yang Maha
Mengetahui. Kalau kebetulan standard kita sama dengan Dia, berkemungkinan kita akan
dapat apa yang kita mahukan.
Ada
lagi… Jom dengar tasyiah daripada Buya Hamka….. Allah… sangat menyentuh hati. L
Sekadar berkongsi,
Anis Humaira (FI baiti),
21 Disember 2012,
4.15 p.m
7 comments:
Assalamualaikum..
Alhamdulillah..perkongsian yang amat baik.
jazakillah yer.
waalaikmslm srikandi yang solehah. Alhamdulillah, kulluhu minallah... smoga bermanfaat :)
Assalamualaikum...
Cumilnye anak gadis dalam pic atas tu...
Wah! Macam ku kenal sangat salah seorang itu... Hee~~~ Mungkin bau-bauan dari syurga...
Btw, sangat bermakna gamba2 ni.
Moga Allah kasih.
(^__^)y
Assalamualaikum...
Banyak yang cuit nyer...
Jzkk.
Persoalan ilmu.
Berguru yg jelas.
Kak nis... Cerpen baru satu!
Moga Allah kasih.
Erkk...
Amin... Moga2 Allah terima kata2 dari insan solehah seperti dirimu. Boleh merasa jugak iqa solehah tu.
Lagu ni lagu 'kita'.
Moga Allah kasih.
adeq iqa...
cerpen baru? huhu insya ALLAH bakal diusahakan demi adeq tercinta :P
adeq iqa....
alhmdlh.....akhirnya ada lagu "tema" utk kita ( ^_^)(^_^ )
Post a Comment