Bismillahirrahmanirrrahim.
Dulu kami melihat tegap badannya. Kuat
kudratnya. Deras langkahnya. Kini tubuhnya tidak segagah dahulu ada kala mudah
lelah dek berat tak termampu usia sang emas. Dahulu hitam rambutnya, lebat
merimbun. Kini hanya ada putih menutup yang hitam. Rambutnya tidak seperti
dahulu lagi. Dahulu masih lembut tangan yang menggenggam, kini urat-urat, tua
kulitnya mula terasa. Namun, kasih dan sayang senantiasa bertambah dan masih
tetap terasa muda. Kami ini permatamu ayah bonda. Saat hati digigit rindu, kata
pantas mencantas rasa menyulam istimewa buatmu.
Mak...
Mak bukan
seorang guru, namun maklah guru terbaik
mendidik kami,
Mak bukan
seorang jururawat, namun mak mampu merawat sakit zahir dan batin kami,
Mak bukan
seorang tukang jahit, namun pakaian kami mak mampu jahitkan,
Mak memang
seorang chef, sudah pasti masakan maklah yang terbaik dihati kami.
Mak bukan
seorang yang kaya, tapi hati mak sudah terlalu kaya dengan kasih dan sayang
buat kami,
Mak memang
pendiam, namun hanya mak orang yang mampu membuat kami tersenyum walaupun tanpa
sebarang jenaka,
Daripada
mak, kami belajar kesabaran,
Daripada
mak, kami belajar menerima,
Daripada mak
terlalu banyak erti yang tidak mampu terluah dengan kata.
Mak, di mata
kami... Maklah isteri yang solehah, Ibu yang solehah juga anak yang solehah,
mudah-mudahan mak juga dipandang oleh Allah sebagai hambaNya yang solehah.
Abah...
Abah bukan
seorang ustaz, tapi abahlah ustaz bagi kami.
Abah bukan
seorang imam masjid, namun abah mampu menjadi imam bagi kami,
Abah bukan
seorang qari, tapi bacaan abah sangat merdu dihati kami,
Abah bukan
seorang chef, namun abah juga chef bagi kami (selain mak :P),
Abah bukan
seorang tukang, tapi abah mampu membaiki segala keperluan kami,
Abah bukan
seorang yang kaya, tapi hati abah sudah terlalu kaya dengan kasih dan sayang
buat kami,
Abah bukan seorang
tentera, tapi ketegasan abahlah mendidik disiplin dalam diri kami,
Abah sudah
pasti bukan seorang pelawak, namun abah mampu membuat kami riang bersama.
Daripada
abah, kami belajar untuk mendidik,
Daripada
abah, kami belajar erti kesabaran,
Daripada
abah, kami belajar apa erti ketegasan,
Daripada
abah, kami belajar ...dan terlalu banyak
erti yang tidak mampu dikongsi.
Abah, di
mata kami, abahlah suami yang soleh, seorang ayah yang soleh, juga anak yang
soleh, mudah-mudahan abah juga dipandang oleh Allah sebagai hambaNya yang soleh.
Satu ungkapan yang tetap dalam doaku dan akan
terus ku merayu, “Ya Allah dengan rahmatMu yang Maha luas, ampunilah segala
dosa kami dan himpunkanlah kami tetap sebagai sebuah keluarga di Syurga nanti
bersama Rasul Mu dan para siddiqin. Janganlah kau pisahkan kami. “
#Rindukan kampung hakiki, syurga nan abadi.
Sekiranya kita mampu merindui kampung halaman apakah yang menghalang kita dari
merindui kampung yang hakiki? Tidakkah kita rindu untuk kembali ke syurga?
Belajarlah merindui syurga. Sudahkah kita lupa kita berasal dari keturunan Nabi
Adam dan Hawa, asalnya dari Syurga Allah yang amat indah. Jika hendak pulang ke
kampung di dunia perlukan persiapan, bekalan, bagaimana pula jika kita ingin
pulang ke kampung syurga?
M202,
9
September 2013,
10.17
P.M.
2 comments:
Assalamualaikum Kak Anis :) Ira nk ckp ira suka sngat dengan blog kak Anis nih.Kalau kak Anis Sudi dtg lha ke blog ira anisumairaanas.blogspot.com thankyou klau sudi dtg ;)
Waalaikumsalam dik ira. :-) terima kasih sudi ziarah cni. Insya Allah dik
Post a Comment