Bismillahirrahmanirrahim.
Kali ini saya ingin berkongsi hasil doodle menggunakan Microsoft
powerpoint. Doodle ini saya hasilkan ketika tahun 2014 sebagai bahan untuk
dakwah.
ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT
(klik untuk besarkan)
1) Bagi orang yang menziarahi pesakit dianjurkan dia berada
berhampiran dengan kepala pesakit. Di dalam al-Adab al-Mufrad, daripada Ibn
’Abbas RA yang berkata: ”Dahulunya Rasulullah SAW apabila menziarahi orang
sakit, baginda akan duduk berhampiran kepalanya, kemudian baginda mengucapkan
sebanyak tujuh kali:
أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيْمَ، رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْم أَنْ يَشْفِيَكَ
Mafhumnya: “Daku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan kepada ‘Arasyh yang
agung, untuk Dia menyembuhkanmu.” (al-Adab al-Mufrad. Dinilai Sahih oleh
al-Albani di dalam Sahih al-Adab al-Mufrad)
2)Termasuk di dalam sunnah meletakkan tangan di atas tubuh orang yang sakit ketika hendak berdoa untuknya. Di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim diriwayatkan ketika Nabi SAW menziarahi Sa’ad bin Abi Waqqas RA, baginda meletakkan tangan baginda dahi Sa’ad, kemudian baginda menyapu tangan baginda ke muka dan perut Sa’ad sambil membaca:
اللّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا
Mafhumnya: “Ya Allah, sembuhkanlah Sa’ad” (al-Bukhari dan Muslim)
3) Rasulullah s.a.w juga ada mengucapkan:
لَا بَأْسَ، طَهُوْرٌ إِنْشَاءَ اللهُ
Maksudnya: Tidak mengapa, semoga sakitmu ini membuat dosamu
bersih, Insya ALLAH." (HR al-Bukhari no.5656)
4) Daripada Ummi al-’Ala (أم العلاء) RA yang berkata: “Rasulullah SAW pernah menziarahiku yang sedang sakit, lalu baginda bersabda: “Terimalah khabar gembira wahai Umm al-‘Ala, kerana sesungguhnya sakit seseorang muslim itu, Allah akan menghilangkan dengannya kesalahan-kesalahannya, sepertimana api menghilangkan kotoran emas dan perak.” (HR Abu Daud. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Targhib)
5.Orang yang menziarahi pesakit juga dianjurkan berdoa dengan ikhlas kepada pesakit dan jangan memperkatakan sesuatu melainkan perkara-perkara yang baik sahaja. Daripada Umm Salamah RA yang berkata: ”Baginda Rasulullah SAW bersabda: ”Apabila kamu semua menziarahi orang sakit atau orang yang meninggal dunia, maka ucapkanlah perkara-perkara yang baik. Kerana sesungguhnya para Malaikat akan mengaminkan apa yang kamu semua katakan.” (HR Muslim)
No comments:
Post a Comment