Wednesday, July 8, 2009

Bagaimana Diriku Menggapai Kecemerlangan Hidup


Diriku sedar,
diriku hanyalah seorang hamba kepada Yang Maha Esa
dan Khalifah kepada yang Maha Agung,
Maha Kaya dan Maha Bijaksana.
Kebijaksanaan, kecerdasan dan Yang Maha Perancang itu
adalah Miliknya Ya Baari’ Yang Maha Perancang, Ya Musowwir Yang Maha Kreatif,
Ya Alim Yang Maha Berilmu, Ya Hakim ya Maha Bijaksana
dan Ya Rashid Yang Maha Cerdas.

Diriku sedar pada diri setiap manusia yang berjaya itu,
ada kurniaan Allah dari sifat Ya Baari’Nya.
Ya AlimNya, Ya HakimNya dan Ya RasyidNya.
Sesungguhnya kehebatan seseorang itu bukanlah milik dirinya,
tetapi milik Allah semuanya
dan Dia mengurniakan kepada sesiapa yang dia mahu
dan Dia jua boleh mengambilnya pada bila-bila yang Dia mahu.

Oleh itu diriku akan sentiasa bermohon kepadaNya agar diberikanku sedikit ilmuNya, kebijaksaanNya dan kecerdasanNya,
sifat perancangNya dan sifat kreatifNya agar diriku mampu mencipta idea
dan perkara baru dalam hidup ini bagi berbakti kepadaNya
dan kepada manusia seluruhnya.

Diriku juga akan terus bergantung kepada Ya Haadi
yang sentiasa memberi petunjuk kepada diriku jalan terbaik
dan Ya Ba’its yang sentiasa membakar semangatku
agar diriku mampu mengharungi cabaran kehidupan
bagi menempa kejayaan dan kecemerlangan.
Dan sudah tentu diriku akan sentiasa mendampingi Ya Aziz
agar semangatku sentiasa kuat, ya Matin agar jiwaku sentiasa teguh

No comments: