Tuesday, July 21, 2009
CITA-CITA dan CINTA tu perkara y sama x?
Duhai temanku mengapa dipisahkannya cita2 dan cinta
keimanan itu akan menyatukan ia jika kita mencuba
di mana citamu
dimanakah cintamu
keduanya perlu
kau binalah kerna tuhanmu agar keduanya berpadu
cinta yang hakiki lahir dihati suci
demi iman dan islam jangan kau pisahkannya antara cita-cita dan cinta..
Duhai temanku mengapa dipisahkan nya cita-cita dan cinta
keimanan itu akan menyatukan ia jika kita mencuba
cintailah citamu binalah kerna tuhanmu
cita dan cinta
cita yang sejati bukannya ilusi mimpi usaha seiring doa
kerna iman dan islam harus kita menunaikannya...
p/s: terasa cukup takut dihati bila membicarakan bab cinta...maklumla tidakla berpengalaman dan belum lagi berminat dengan bab ini..belum terbuka lagi kot hati ini untuk menerima sesiapa dalam hidup lantaran terikat dengan banyak amanah dan tanggungjawab dan seringkali mendapat nasihat daripada bonda dan ayahanda tercinta...BELAJAR..BELAJAR...BELAJAR..CAPAI CITA2 DULU BARU CINTA...
sebuah kisah..
seorang sahabat meminta pndangan soal cinta???...aduiii
katanya dia telah jatuh hati pada seorang namun ingin sekali dia melupakan perasaan itu..tidak pernah diluah dan tidak ingin sekali-kali dia mahu orang itu tahu ttg perasaannya.. lain pula kisah seorang lagi menjadi bunga yang diminati oleh sang kumbang bukan seekor malah berekor2.. cukup kasihan dirinya merasa bersalah mungkin ada khilaf menyebabkan dirinya menjadi tarikan namun dia sedaya upaya menjauhi kumbang dan tidak pernah membuka ruang bagi kumbang untuk menghisap madunya.. hanya kepada allahlah dia berserah supaya hatinya kuat dan tidak goyah dengan ujian dunia.. bukan enggan menerima tapi bukan masanya lagi... malah pelbagai fitnah timbul... susahnya ingin menjadi bunga yang dapat menjaga dirinya... bagaimana lagi yang perlu dilakukan kerna dia tidak pernah mempunyai perasaan bernama cinta kpd insan itu lg dan bukan dia yang dihinggapi panahan cinta tapi si kumbang...
CINTA YANG HADIR PERLU DILAWAN ATAU MACAM MANA?
Lawan? Kerana lawanlah perasaan tersebut dipendam-pendam. Akhirnya membuak-buak dan pecah. Lalu langsung tidak terkawal. Itulah yang terjadi kepada remaja hari ini..
Perasaan cinta bukan perlu dilawan. Mengapa perlu dilawan perkara yang sudah menjadi fitrah? Tetapi perasaan cinta itu perlu dikawal. Disalurkan ke tempat yang betul. Dikawal supaya tidak melampau batas-batas yang telah ditetapkan Tuhan.
“Sudah ada ikatan yang sah belum? Jika belum ada cepat-cepat mengikat dengan cara yang sah dan terbaik. Jika masih lama lagi waktunya untuk mengikat hubungan, maka seeloknya berhentikanlah dahulu. Takut-takut nanti jadi jemu dan akhirnya berpisah begitu sahaja. Sekurang-kurangnya bertunanglah…”
Seorang ustaz ada menasihatkan, “Siapa kata bertunang tidak boleh berkenal-kenalan dengan pasangan kita itu? Waktu pertunanganlah waktu untuk kita berkenal-kenalan. Islam menyuruh kita memilih pasangan yang sesuai dengan diri kita sebelum kita menikahinya.”
Over Rate Diri Sendiri
[ditulis oleh Azree Hanifiah: www.studiomuslim.com]
“Saya ada menyukai seseorang, dan kami telah berkenalan agak lama. Cuma sekarang saya rasa serba salah. Adakah cara kami ini salah atau betul?” Seorang rakan menyoal saya. Dan saya mengenalinya sebagai orang kuat dalam satu persatuan agama di kampus.
“Apa cara yang kamu rasa salah atau betul itu?” Saya kembali menyoal.
“Kami tidaklah kerap berjumpa seperti pasangan lain. Kalau berjumpa pun akan ada seseorang menemani. Kami cuma kerap berhubung melalui sms. Itupun sms kami selalunya berkaitan persoalan agama.” Dia cuba menerangkan.
Saya menarik nafas panjang. Kemudian melepaskannya perlahan-lahan. Dalam hati ingin saja berkata, ’Saya bukanlah seorang yang selalu pergi ceramah agama berbanding dia. Lagikan pula memberi ceramah sana-sini seperti dia. Tetapi tahu jugalah sikit-sikit tentang persoalan ikhtilat(pergaulan) antara lelaki dan perempuan.’
“Dalam diri kita ini tidak kiralah siapa pun, ada satu sifat over rate diri sendiri. Tidak kiralah saya atau pun kamu, turut ada sifat itu.” Saya cuba memulakan penerangan. Berhenti seketika.
“Apa maksud sifat over rate itu?” Belum sempat saya meneruskan, dia menyoal.
“Sifat ini yang membuatkan kita merasakan apa yang kita buat nampak macam betul. Sedangkan bila kita tengok orang lain buat, nampak macam salah. Walhal perbuatan tersebut lebih kurang sama sahaja. Itu yang menyebabkan selalu saya lihat hari itu si dia pergi menegur sepasang remaja yang duduk bersembang, tetapi esoknya saya lihat dia pula berjumpa dengan pasangannya.
Kemudian siap bersembang dalam sms ataupun chatting di YM agak lama. Cuma nampak sahaja seperti lebih baik, tetapi maksud dan tujuannya tetap sama. Tetap dalam bahasa yang selalu kita panggil sebagai ’couple’. Ini kerana kita merasakan diri sendiri itu sudah terlalu baik, jadi apa sahaja yang dibuat dirasakan sebagai tindakan yang betul.” Saya cuba menerangkan sebaik mungkin.
Dia kemudian meminta diri daripada saya. Entah dapat menerima kata-kata saya sebentar tadi ataupun tidak.
Saya bukanlah melarang perbincangan agama melalui sms dan chatting di YM. Perkara yang elok mengapa perlu dihalang. Tetapi perlulah dikawal. Seeloknya bertanya dahulu dengan ustaz atau ustazah, sekiranya tidak berkemampuan bertanyalah kepada rakan yang sejantina terlebih dahulu. Jika tidak dapat juga, barulah bertanya kepada yang berlainan jantina.
Bukanlah salah kalau ia satu keperluan tapi takut-takut kita sengaja cuba mencari ’alasan’ dengan mengadakan perbincangan agama supaya dapat berhubung dengan si dia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment