seperit inikah rasanya..
sesukar inikah untukku melafazkannya..
begini terhiris rupanya..
namun pasrahku pada takdirnya
kerna dia yang maha memahami
kerna dia yang tahu apa yang terbaik buat diriku
korbannya wahai diri
kerna ia palsu semata
telahku sedaya upaya mencari
namun begitu sukar rupanya
korbannya wahai diri
ranjau dunia pasti tidak akan sunyi
wahai diri
kerna pasti
Selagi denyut nadi belum berhenti
syaitan pasti akan sentiasa menodai
raja diri bernama hati
korbankannya wahai diri
walaupun ranjau destinasi ini
sentiasa berduri
menyakiti diri
menghiris hati
kerna
destinasi cinta ilahi
sesuatu yang menjanjikan pasti..
27 julai 2009
m403:8.08 pm
“Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu, nafsu di sebelah kananmu, dunia di belakangmu, anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat. Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. Anggotamu menyerumu berbuat dosa. Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan”
-kata2 khalifah abu bakar assiddiq-
No comments:
Post a Comment