Thursday, July 2, 2009

susah sangatkah untuk memaafkan?

dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba kita pasti tidak dapat lari dari melakukan kesalahan..sama ada kecil ataupun besar..kadangkala dalam kita sedari kadangkala kita melakukannya tanpa kita sedari.

memaafkan kesalahan kadangkala memangnya tidak semudah yang dikata..ini mungkin pandangan sesetengah orang..namun ada juga insan yang mudah memaafkan kesalahan orang len tanpa bahkan tanpa SEBARANG SYARAT..MAAF TANPA SYARAT?? susah sangatkah??? susah sangatkah??? susah sangatkah???..[~_~]

berapa ramai insan yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain bahkan cuba untuk melupakan kesalahan tersebut malah cuba untuk kembali belajar untuk menyayangi..ada ke insan yang macam tu??? [`.`]

cubalah kita melihat kembali bagaimana maha penyayangnya allah s.wt yang bisa memaafkan umatnya tanpa syarat. namun kadangkala timbul isu KEEGOAN dihati untuk memaafkan orang lain. mungkin kadangkala disinilah silapnya..EGO dalam persahabatan!! tapi sampai bila? adakah jika kita EGO pada hari ini untuk memaafkan orang lain wujudkah jaminan kita juga tidak akan melakukan kesalahan terhadap orang lain malah tidak terfikirkah kita mungkin kesalahan itu lebih besar dari silap orang lain terhadap kita??

MAAF MENAMBAH KASIH [part ni anis petik dari buku bercinta sampai ke syurga karya ust.Hasrizal]

Manusia lain mungkin boleh memaafkan, tetapi maafnya sukar menambah kasih. Mungkin lidahnya mengucap maaf, tetapi hatinya tidak menginginkan pertemuan kedua. Biarlah selesai di sini. “aku enggan bertemu dengan kamu di akhirat sana!” kata hatinya yang berbekas pada maaf yang meninggalkan tawar dan hambar untuk sebuah persahabatan.
tetapi tidak DIA! tidak bagi allah iaitu tuhan yang GHAFUR lagi RAHIM. Bukan sahaja maha pengampun, malah dia juga MAHA PENYAYANG. bukan sahaja dirinya suka mengurniakan keampunan, malah setiap insan yang memohon ampun itu dikasihi dan disayanginya. keampunan yang disusuli kasih sayangnya adalah sesuatu yang maha tinggi. itulah DIA ALLAH yang GHAFFAR, ALLAH YANG RAHIM

benar.... sememangnya hakikat ini benar..tiada mahkluk yang mampu mengambil acuan itu.. memafkan dan seterusnya MENYAYANGI.. malah lebih kerap seorang insan terpaksa memaafkan insan yang lain, akan menjadikan hubungan semakin hambar..

BILAKAH DIKAU BISA MEMAAFKAN DIRIKU [~~]

Yang melakukan kesalahan SEHARUSNYA HENDAKLAH dimaafkan. Pemaafan ini hendaknya disertai dengan kesadaran bahwa yang memaafkan berpotensi pula melakukan kesalahan. teringat pula pada sebuah kisah ketika Misthah --seorang yang selalu dibantu oleh Abu Bakar r.a.-- menyebarkan berita palsu tentang Aisyah, putrinya, Abu Bakar dan banyak orang lain bersumpah untuk tidak lagi membantu Misthah. Tetapi Al-Quran turun menyatakan:

Janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabat(-nya), orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah dijalan Allah, dan hendaklah mereka memaafkan, serta berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampuni kamu? Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (QS An-Nur [24]: 22).

Sebahagian dari ciri orang bertakwa dijelaskan dalam Quran
Ali Imran (3): 134, iaitu:

Maksudnya mereka mampu menahan amarahnya, dan memaafkan, (bahkan) berbuat baik (terhadap mereka yang pernah melakukan kesalahan terhadapnya), sesungguhnya Allah senang terhadap orang yang berbuat baik.

memang benar bukan mudah untuk memaafkan orang lain..tapi cubalah..cubalah untuk belajar memaafkan..

coretan hati: anis humaira
2 julai 2009
7.12 malam

No comments: