Bismillahirrahmanirrahim..
Tenang dan sepi suasana di aspuri ... walau ramai yang pulang ke kampung halaman dan bercuti, namun anis masih di sini. Ya Allah.. macam-macam mesej dari adik-adik memenuhi inbox. Tak mampu anis coretkan semuanya di sini.
“anis, yu balik esok, abang ipar yu masuk ICU”
“innalillah, nape yu?”
“pendarahan teruk dalam usus,anis..doktor kata 50-50, doakan ye”
“insya ALLAH, semoga ALLAH memberi yang terbaik buat diri abang ipar yu, banyakkan berdoa, membaca AL-QURAN, dan selawat syifa’, insya ALLAH, anis doakan yang terbaik buatnya”
“Assalamualaikum. Nis, klu orang sakit tenat, selain baca surah yasin surah apa lagi ye kita boleh baca?”
“surah At-taubah, tapi dik, sebenarnya AL-QURAN tu sendiri Syifa, iaitu penyembuh”
“owh, syukran nis”.
mesej yang masuk seawal jam 4pagi membuatkan anis cukup segar pada pagi itu. Muhasabah dan refleksi ....ya ALLAH, besarnya ujianmu pada orang-orang yang anis sayang. Seorang demi seorang..entah sudah berapa orang setengah tahun ini..tp apa gerangan diri ini dihadapanmu...
Astaghfirullah..la ilahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin..
...................................................................................................
“salam kak nis, saya nak tarik diri.. saya x mampu k.nis .. maaf ye k.nis”
seorang lagi adikku hampir tersungkur dipertengahan jalan..dilema antara pilihan hati dan apa yang telah ALLAH telah pilihkan buatmu daie....
kadang-kadang anis sendiri tak mampu menguatkan sesiapa lagi..tapi kak anis sentiasa sedar kak nis perlu dan sentiasa terus kuat dari dulu sehingga detik ini...
adikku, kuatkanlah dirimu demi ISLAM...
nape tak mampu dik??? kak anis juga dulu pernah melalui jalan yang sama dengan dirimu...
mungkin jalannya lebih perit
“entahla kak...adik bukan x mahu..tapi....”
..................................................................................................................................................................
Tidak ada seorang pun dari kita yang hidupnya tidak pernah ditimpa dengan perasaan lelah dalam perjuangan, walau cuma sekali. Terasa berat kaki melangkah, terasa sesak dada menanggung, terasa penat untuk bertahan..tapi adik sudah sampai sehingga tahap ini adakah adik akan mengalah?
Adakah dirimu akan berhenti melangkah? Adakah adik pilih untuk berputus asa? Apakah usaha dirimu selama ini sia-sia? Berapa harga dirimu untuk mengalah?
Tidak!! Jangan sekali-kali berhenti dan mengalah…kerana adik hanya beberapa langkah lagi untuk berjaya
Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)
bersabarlah menghadapi kepenatan dan kesakitan ini. Ingatlah, kepenatan dan kesakitan hadiahnya adalah kejayaan.
adik inginkan halawah dalam berjuang, adik mesti terlebih dahulu merasa pahitnya usaha. Kuatkan semangat, jangan sekali-kali berputus asa. Kuatkan dirimu, pasti berjaya!
Hidup kita memang tidak pernah sunyi dari ujian dan masalah dan mehnah. Ia memang aneh, ia mampu membuatkan kita putus asa, jatuh dan tersungkur. Walaupun dalam setiap hati sudah mengetahui, bahawa ujian adalah rempah dan warna kehidupan, dan Allah SWT sendiri telah menukilkan dalam KitabNya,
“janganlah kamu mengaku beriman sebelum kamu diuji..”(Al Ankabut:2),
kita tetap juga tidak dapat lari dari perasaan ‘down’ yang teramat.
Berasa sedih dan kecewa itu tidak salah, kerana Allah memang menciptakan kita dengan seribu satu perasaan, tetapi yang salah ialah apabila kita berterusan dibelenggu rasa kecewa dan duka sehingga kita takut untuk bangkit lagi.
Maka hari ini, berhentilah dari rasa kecewa, tinggalkan segala perkara yang berlaku dibelakang kita dan bangkitlah. Walaupun begitu, janganlah kita lupa pada yang telah berlalu itu kerana apa yang berlaku di belakang adalah yang membentuk kita pada hari ini.
Katakan pada diri, ‘aku akan terus bangun, berdiri dan berlari, kerana aku bukan lemah!’
Dan ingatlah, Allah sendiri telah berjanji dalam firmanNya:
“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Sesuatu yang diimpikan,
Tak selalu jadi kenyataan.
Tetapi apa yang tak terduga sering berlaku tiba
Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam
Tapi usah kita ketawa memanjang kerana
kemenangan yang belum pasti untuk selamanya
Tiada abid yang ma'sum tanpa dosa,
Apalagi bila berjiwa muda
Namun kegagalan bukanlah mengajar erti kekalahan
Tetapi mengingatkan tentang kemenangan yang tertunda
Mungkin hari ini kita kuat & selesa
Tapi x mustahil esok kita pula rebah tak berdaya
Kuatkan hati wahai pejuang Allah!
..........................................................................................................................................................
p/s:adikku, dalam dunia dakwah tiada yang mudah..kadang pahit,kadang manis itu asam garamnya.. kuatkan dirimu demi ISLAM..insya ALLAH kak anis sentiasa di sisi sebagai sahabat, kakak dan apa jua buatmu, sama-sama kita kuat menguat ye.. moga dikau terus kuat dalam tarbiahnya ..(.^^)(^^.)..
1 comment:
innalillahi wa inna ilahi raaji'uun..
abang ipar yu telah kembali ke rahmatullah pada hari khamis, arwah baru berusia 34 tahun.. sama2 doakan semoga arwah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan diangkat martabatnya di sisi ALLAH S.W.T..amin
Post a Comment