Saturday, May 15, 2010

::Murabbiku::


bismillahirrahmanirrahim

Puisi Cinta Buat Seorang Guru

Terangmu bukan bulan Yang mengambang dan menyabit Membias sianar matahari Kemudian hilang selepas malam Sinarmu bukan matahari Ada masa cerah kemudian mendung Sepi di balik awan Yang hanya terbit pagi Pasti tenggelam petang Bukan juga lilin membakar Yang mudah padam dihembus Menanti cair dah habis Tidak seperti pelita malam Marak ketika bersumbu Memuntahkan jelaga hitam Menanti keringnya minyak tanah Engkau guru adalah guru Sifu, mahaguru dan cikgu Yang tetap terang walaupun ditengah malam Yang tetap bersinar walau awan berarak pekat dan berkepul Yang tegar membakar diri biar cair Biar kering minyak tanah Guruku Hanya Tuhan mampu membalas jasamu Setiap hari adalah hari guru Selamat Hari Guru ....

tERima Kasih buat
Murabbi Utamaku
Rasulullah S.a.w
pendIdik yang paling sabar
Mak dan Abah
jua buat
buat guru2ku yang pernah mendidikku di
Pusat Pendidikan dan Pengajian Islam Madinatul Ilmi, Pondok Tok Kenali
Maahad Muhammadi Perempuan
Institut Pendidikan Guru M'sia Kampus Tengku Ampuan Afzan

jasa kalian tak akan pernah luput dari memoriku..
kerana kalianlah..
terbentuk diriku...
duhai murabbi...

No comments: