Wednesday, May 5, 2010

::temuduga itu::

bismillahirrahmarrahim

minggu ini, anis melihat adik-adik yang datang ke IPTAA untuk temuduga Kursus Perguruan Lepasan Spm ( KPLSPM ) setelah berakhirnya temuduga untuk KPLI minggu lepas. Masing-masing yang datang dengan bersemangat ditemani ibubapa tercinta. Teringat pula bagaimana kisah sebelum anis boleh “terjerumus” (dahsyat jugala) ke bidang perguruan, bidang yang memang boleh dikatakan anis memang tak minatla...(^^.) teringat juga sebelum masuk MAAHAD MUHAMMADI LILBANAT dulu pun, anis memang macam terpaksa juga... tapi ternyata segala yang berlaku ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat kita kan?

Teringat lagi, Tingkatan enam memang saat paling gembira kerana disaat itu anis merasakan ketenangan dan ketika inilah perasaan anis pada MMP tidak dapat digambarkan. Entah mengapa MMP yang dahulunya anis sendiri tidak mahu menjejakinya menjadi bumi kesayangan anis…di sinilah banyak kenangan telah dilakar susah senang ..pendek kata semua memori memang menggamit perasaanku. Berakhirnya Ziaratul Mahabbah, iaitu program yang terakhir yang anis handle (lawatan ke Johor,Melaka, Selangor under PERTINA) …saat itu anis dapat merasakan bahawa anis bakal meninggalkan bumi MMP tercinta. Saat inilah saat paling pedih bagi diri anis. Anis tidak pernah terfikir bahawa anis bakal meninggalkan MMP tanpa kerelaan anis dan pastinya bukan pada tahun tersebut. Semuanya bermula apabila keluarnya keputusan SPM. Alhamdulillah dengan usaha, doa dan tawakkal ilallah anis memperoleh keputusan yang cemerlang. Namun, dengan tekad anis semenjak tingkatan lima lagi untuk mengambil STAM sebagai satu usaha untuk menggapai impian anis, anis mengambil risiko dengan menolak tawaran UIAM walaupun ketika itu anis mendapat tawaran dalam bidang yang anis impi-impikan. Bagi anis, ilmu masih perlu ditimba dan anis sendiri tidak bersedia untuk berhadapan dengan dunia luar, anis ingin memantapkan diri ini dengan ilmu agama agar kelak anis tidak tenggelam di dunia yang penuh dengan kepalsuan ini.Namun manusia hanya mampu merancang..allahlah yang menentukan yang mana terbaik buat hambanya.

Mak abah anis begitu bersungguh-sungguh untuk memastikan diri ini dapat memasuki institut perguruan. Namun anis masih seperti biasa sentiasa bersemangat ke sekolah belajar dan menghafaz untuk memastikan imtiaz dalam genggaman anis. Untuk tidak mengecewakan ibubapa anis mengikuti semua kehendak mereka bermula dengan mengisi borang institute perguruan kemudian menghadiri temuduga sehingga anis terpaksa meninggalkan peperiksaan untuk kertas MUET pada pertengahan tahun ini. Temuduga adalah satu pengalaman yang bermakna kepada anis .Memandangkan tarikh temuduga bertembung dengan tarikh peperiksaan pertengahan tahun..anis lebih memilih untuk menumpukan perhatian kepada peperiksaan akibatnya pada malam temuduga barulah anis mula kalut melakukan persiapan untuk temuduga. Kadang-kadang, jujurnya anis rasa sedih sangat melihat mak abah bersungguh-sungguh untuk memastikan anis dapat menjadi seorang pendidik yang lebih terjamin masa depannya. Sedangkan anis masih hanyut dalam dunia impian anis. Keesokan harinya, kami[anis,k.yang iaitu kawan aku dan ibubapa] bertolak ke tempat temuduga selepas selesai solat subuh kerana waktu temuduga aku jam 7.45pagi dan tempatnya agak jauh. Setibanya ditempat temuduga satu peristiwa yang mengejutkan anis telah berlaku isk3..anis telah tertinggal fail yang mengandungi semua sijil dan surat beranak. Anis agak terkejut, memang terkejut sangat2 sehingga tidak terkata-kata mana tidaknya seingat anis, semalam sebelum tidur anis telah menyusun sijil di dalam fail. Ketika itu anis dapat merasakan kekecewaan dalam diri mak abah. Perasaan bercampur baur ketika itu antara sedih,kecewa dan gembira. Sedih kerana mengenangkan pengorbanan orang tua dan gembira kerana anis mungkin dapat menggapai impian yang anis da impikan dan mungkin tidak akan menjadi seorang guru lagi.Namun sangkaan anis melesat sama sekali …penemuduga anis memang baik hatinya. Dia memberi kata putus bahawa anis diberi masa sehingga jam 12 tengahari untuk mengambil fail tersebut. Abah segera pulang dan anis pula dipanggil ke dalam bilik untuk ditemuduga walaupun tanpa fail sijil tersebut.Saat berakhirnya temuduga tersebut anis dapat merasakan mungkin anis terpilih ke institute perguruan lantaran mulut agak petah berbicara tadi dan mungkin juga tidak atas kecuaian terlupa membawa sijil sebenar dan hanya membawa salinan bagi sijil-sijil tersebut.

PS:.. akhirnya aku nekad membuat keputusan....hanya ALLAH yang mengetahui betapa keranaNyA aku korbankan cita-citaku..semoga ENGKAU menunjukkan hikmahMu.. TERINGAT lagi Malam itu...aku meluahkan masalahku pada kak Ainun balasnya:

adikku..
tika hatimu gundah gulana
antara kecintaan hatimu dan redha tuhanmu
aku ingin sekali kau mengerti
sesungguhnya apa yang diredhainya
pastinya yang terbaik untuk dirimu
jika kau meninggalkan sesuatu yang kau cintai
hanya untuk tuhanmu
pasti dia akan menggantikan untukmu sesuatu yang jauh lebih baik dari itu
percayakah engkau pada janji-janjiNya
tunggulah adikku
janjinya pasti akan datang
Hanya Dia yang Maha mengetahui
betapa keranaNya kau korbankan hidupmu..

begitulah berbisanya kata-kata yang begitu menusuk kalbuku dan ketika itu berderai jatuh butir-butir manik halus dari mataku..

.............................

kita selalu sanggup berkorban apa sahaja demi orang tercinta bukan? bagaimana pula antara kita dengan ALLAH? adakah kita sanggup mengorbankan kecintaan terhadap dunia dan kehendak nafsu demi CINTA kita sebagai hambanya?

No comments: